Pages

Friday, January 27, 2012

MyKad Struktur Baru Diperkenal Tahun 2012



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan struktur baru padaMyKadMyKad baru 2012 itu diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.


Tujuan utama penukaran Mykad sedia ada kepada MyKad struktur baru adalah untuk mempertingkatkan tahap kualiti/daya ketahanan dan ciri-ciri keselamatan fizikal bagi menangani masalah pemalsuan atau ubahpinda maklumat di permukaan fizikal MYKad


Ciri-ciri keselamatan MyKad telah dipertingkatkan iaitu seperti di bawah ni;


a) Memastikan MyKad tulen/tidak diubahpinda


                   * Percetakan UV pada permukaan kad asas untuk memudahkan 
                      pengesahan kad secara visual;
                   * Bahan duragard yang akan terkoyak sekiranya ada cubaan 
                      menanggalkannya;
                   * Teknik turisan laser pada permukaan MyKad; dan
                   * Hologram kinepatch yang mempunyai ciri keselamatan yang lebih tinggi 
                      bagi menggantikan hologram bunga raya dan rama-rama sedia ada.


b) Memastikan gambar tidak diubahpinda


                    * Cetakan imej menggunakan turisan laser dan bersebelahan dengan  
                       gambar warna untuk membuat perbandingan imej. Microtext yang 
                       mengandungi nombor kad pengenalan dicetak di bawah gambar berwarna.


c) Perubahan pada artwork MyKad


                    * Reka bentuk dan corak hologram kinepatch bunga raya dan rama2;
                    * Penukaran UV Portrait kepada turisan laser dengan letter screen
                    * Mencetak perkataan 'Malaysia Identity Card' pada bahagian permukaan 
                       depan MyKad (untuk kegunaan antarabangsa jika diperlukan)


Orang ramai boleh mula mendapatkan kad pengenalan baru tersebut dengan segera di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam manakala pendaftaran bagi negeri lain pula dibuka pada 15 Februari pada harga RM10. Walaupun penukaran kad pengenalan baru tidak diwajibkan tetapi ia amat digalakkan atas faktor peningkatan daya ketahanan MyKad yang telah dilaksanakan.






JPNM juga menjanjikan MyKad struktur baru ini akan menyelesaikan rungutan orang ramai berkenaan MyKad sedia ada mudah rosak.


Revolusi Kad Pengenalan Malaysia


Sumber: Berita Harian, JPNM

No comments:

Post a Comment