Pages

Monday, February 17, 2014

Borang Permohonan SKIM MYHOME (Subsidi Rumah Pertama)


Bagi yang masih kurang jelas mengenai SKIM MyHome yang baru diumumkan beberapa hari lepas. Berikut merupakan maklumat-maklumat yang anda perlu tahu:

Fakta Bantuan Skim MyHome
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah

Syarat Kelayakan Skim MyHome
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  • Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome
  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Borang Permohonan Skim MyHome
  • Setakat info terkini, orang ramai boleh memohon di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. 
  • Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
  • Tarikh Permohonan Skim MyHome. Mulai 1 April 2014

TERKINI
  • Pihak KPKT akan memaklumkan mekanisme borang untuk pemaju dan pemohon di negeri masing-masing dalam masa terdekat. 



Skim MyHome: Pendapatan bawah RM3000 layak terima subsidi RM30 Ribu




PUTRAJAYA: Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014.

RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut namun pemohon bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang digariskan ialah pembelian rumah ini merupakan pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual selama 10 tahun.

Menurut perdana menteri, pemaju swasta perlu memohon kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah skim ini.

Subsidi maksima RM30,000 pula bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju.

Najib ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di Putrajaya. -Astro Awani
UPDATE: MAKLUMAT BORANG PERMOHANAN SKIM MYHOME (KLIK SINI)