Pages

Friday, March 28, 2014

SUN TUNNEL - Pencahayaan Semulajadi Di Dalam Rumah


Salah satu konsep pencahayaan semulajadi ke dalam rumah yang dapat menjimatkan bil elektrik adalah dengan menggunakan pencahayaan matahari. Kebiasannya pencahayaan ini diperoleh melalui cermin-cermin tingkap.
Untuk kawasan yang lebih gelap atau tiada tingkap seperti di lalaun doorway atau bilik salinan, penggunaan alat yang dikenali sebagai 'Sun Tunnel' ini dapat membantu membekalkan cahaya semulajadi ke dalam ruang tersebut melalui siling rumah.

Kebanyakan kontraktor pada masa ini banyak menggunapakai konsep serupa tetapi menggunakan solusi yang lebih mudah iaitu bumbung lutsinar dan cermin pada bahagian siling.

Walaubagaimanapun, solusi tersebut tersebut walaupun jauh lebih murah, tidak se-elegan dan mempunyai beberapa isu iaitu :
1. Nampak bayangan kekuda atap, perlu gunakan cermin gelap
2. Perlu dicuci setiap 3 bulan kerana pengumpulan habuk pada cermin

Alatan khusus Sun Tunnel pula dapat mengelakkan kedua-dua masalah di atas. Cuma belum dapat kepastian samaada Sun Tunnel ni ada di jual di Malaysia atau tidak.

Sumber:Mahligai Idaman.

Thursday, March 27, 2014

MH370 - UNTUNGNYA MEREKA BERADA DI DALAM PESAWAT MH370 YANG HILANG TU


Setiap hari entah siapa yang doakan kita. Kalaupun kita pergi... Berapa doa yang di kirim untuk kita disana. Namun bertuah bagi mereka yang berada di dalam pesawat MH370 yang sampai saat ini hanya boleh di klasifikasi sebagai HILANG sebab masih tiada bukti yang jelas, hanya teori & analisis dari pakar Britian sahaja yang mengesahkan ia berakhir di lautan hindi.


Sungguh aku cemburu dengan kamu semua.. Kamu sangat bertuah. Sejak kehilangan kamu, berjuta manusia mendoakan. Bila kau di sahkan terkorban.. Banyak airmata tumpah & banyak jugak al fatihah di hadiahkan. Sesungguhnya kamu adalah insan2 terpilih. Andai benar kamu terkorban.. Maka syahid la bagi mu (bagi yang muslim).


Pada waris2 mangsa... Hapuslah airmata. Mati itu pasti cuma kita tidak tahu dimana & bagaimana. Mereka akan jadi sejarah yang kekal dalam ingatan berjuta insan.

Pada lautan hindi luas terbentang, Jika kau ingin menyimpan jasad mereka, cukuplah sekadar beri petanda yang nyata mereka kini sedang beradu dalam dakapanmu. Ya Allah.. sesungguhNya kau lebih mengetahui segalanya.. Berilah kami sedikit petunjuk agar kami tahu hidup atau mati mereka. Biar jelas segalanya tiada lagi spekulasi atau teka teki.

Petikan: networkedblogs.com

Tuesday, March 11, 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MH370

Negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dari radar menara kawalan yang berlepas dr KLIA ke Beijing pada pagi Sabtu yang lalu. Maka banyakla andaian2 yang dikeluarkan. Antaranya ada yang kata terhempas di laut, tawanan di udara dan sebagainya.

Walau apa pon sebagai rakyat Malaysia kehilangan pesawat ini akan dapat dirungkai oleh pihak berwajib agar tidak menjadi persoalan di fikiran rakyat Malaysia dan dunia. Sama-samalah berdoa agar pesawat ini dapat ditemui dalam keadaan baik dan menggembirakan.