Pages

Showing posts with label Automotif.. Show all posts
Showing posts with label Automotif.. Show all posts

Monday, March 11, 2019

Perodua Aruz

Hasil carian imej untuk perodua aruz


Perodua Aruz, model SUV terbaru pengeluar tempatan itu, hari ini mula dibuka untuk tempahan di seluruh negara. Selain itu, harga anggarannya juga telah didedahkan. Ditawarkan dalam dua varian, SUV tujuh-tempat duduk berkenaan hadir dengan tanda harga bermula dari RM72,200 bagi varian 1.5 X dan RM77,200 bagi varian 1.5 Advance (AV). Harga ini adalah untuk Semenanjung Malaysia, atas jalan tanpa insurans. Lengkap dengan jaminan kilang selama lima tahun atau 150,000 km.
Dengan pengumuman rasmi dari Perodua ini, harga Perodua Aruz berada pada tahap RM20k lebih rendah berbanding model yang dibangunkan seiringan, Toyota Rush yang diumumkan harga anggarannya ketika pengenalan bermula dari RM93k hingga RM98k. Aruz juga lebih murah berbanding Honda BR-V, yang dijual antara RM81k hingga RM88k.
Kelengkapan standard bagi Aruz termasuk lampu utama LED, rim aloi 17-inci, corong pendingin hawa untuk barisan kedua, sistem tanpa kunci dan butang Push Start, pengimbas Touch n Go binaan dalaman, slot pengecas bagi semua barisan, enam beg udara dan kamera undur.
Aruz AV pula menerima tambahan lampu LED automatik, landasan pada bumbung, kemasan kulit, stereng balutan kulit dengan kawalan telefon, perakam video digital (DVR) dan input HDMI. Varian tertinggi ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0.

Ia sama dengan sistem ASA yang ada pada Myvi sebelum ini, tetapi kali ini hadir dengan penambah baikan; termasuk di dalamnya ciri Pre-Collision WarningPre-Collision BrakingFront Departure Alert dan Pedal Misoperation Control, tetapi dengan tambahan pengesanan pejalan kaki bagi pra-perlanggaran.
ASA 2.0 juga memperkenalkan tahap kelajuan pengaktifannya yang lebih luas – sehingga 80 km/j (dulu hanya 30 km/j), pengesanan pejalan kaki/membrek sehingga 50 km/j – sama seperti yang dilihat pada sistem Toyota Rush.
Model terbaru Perodua ini dilengkapi dengan enjin Dual VVT-i cekap tenaga (EEV), dengan ciri Eco Idle dan kadar penggunaan minyak 15.6 km/l. Enjin ini dijangka berkongsi unit 2NR yang sama ditawarkan pada model Myvi, yang turut digunakan oleh Toyota Rush. Toyota juga mendakwa penggunaan minyak model Rush mampu mencapai 15.6 km/j, dan menggunakan transmisi automatik empat-kelajuan, pacuan roda depan.
Perodua Aruz ditawarkan dalam lima pilihan warna – Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White dan Amazon Green. Hijau berkenaan merupakan warna baru yang diperkenalkan untuk model ini, sementara putih merupakan warna solid. Apa pandangan tentang harga yang diumumkan ini?


Wednesday, December 9, 2015

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar



Nak balik kampung atau memulakan perjalanan yang jauh ? sudahkah anda check tayar anda? Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Kalau dah tak elok tayar tu boleh la diganti dengan yang baru. Okay.. ceritanya disini tao nak kongsikan kepada anda semua Info Kod Tayar kenderaan supaya anda tidak ditipu oleh penjual tayar. Ikuti penerangan di bawah ini...

Wednesday, May 27, 2015

Asal Usul No Plate Di Malaysia

Gambar Hiasan
Mesti ade yang nak tau jugak macam mana asal usul no plat ni. Kenapa plat johor mula dengan J. Kenapa perak dgn A. Kenapa dan kenapa???
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?

Friday, January 3, 2014

Myvi Model Paling Laris Terjual Di Malaysia Untuk Tahun 2013

myvi




Tahniah diucapkan buat Perodua Myvi yang mengungguli carta jualan kereta paling laris di Malaysia untuk tahun 2013. Data yang digunakan adalah sehingga November 2013.

Berikut ialah senarai kedudukan berdasarkan jumlah jualan:-

1)    PERODUA MYVI
2)    PROTON SAGA
3)    PERODUA VIVA
4)    PERODUA ALZA
5)    TOYOTA VIOS
6)    PROTON EXORA
7)    PROTON PREVE
8)    PROTON PERSONA
9)    HONDA CITY
10)  HONDA CIVIC
11)  HONDA CRV

Bagaimana pula untuk tahun 2014? Model kereta apakah yang akan menjadi saingan kepada Myvi? Adakah Myvi akan mengekalkan keunggulannya kereta paling laris? Sama-sama kita nantikan. Tentu tahun 2014 akan ada perubahan.

Apa pendapat anda? Adakah anda juga salah seorang pembeli kereta di tahun 2013?

Sumber: AK

Thursday, March 15, 2012

Proton P3-21A Masih Guna Timing Belt & Hydraulic Power Steering ?



Ini maklumat yang aku jumpa dalam blog proton sales. Maklumat yang menarik perhatian aku ialah tentang belting sistem dan power assist steering sistem yang bakal digunakan didalam model ini.




Seperti model-modelnya sebelum ini, sistem Timing Belt masih lagi dipilih untuk dimuatkan dalam model ini, bukan sistem Timing Chain. Aku kurang pasti apakah tujuan mereka. Adakah untuk penjimatan kos pembuatan semata-mata? Pasti ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua sistem timing belt dan timing chain. 

Selain itu, sistem power steering juga masih menggunakan Hydraulic (HPS), bukan Electric (EPS). Kedua-dua sistem ini juga banyak kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan side by side. Mungkin tak semua kenderaan sama, dan punyai konsep handling yang berbeza-beza.  Cuma pada aku, kalau model P3-21A ini turut mahu dijual pasaran dunia(global car), sepatutnya model ini dipasang dengan Timing Chain dan sistem power EPS.

    
Sumber: Proton Sales

Wednesday, March 14, 2012

Tempahan P3-21A kini dibuka!!!



Pada 14 Mac 2012 iaitu hari ni, Soft-Launching model P3-21A yang akan berlangsung hari ini secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di semua pusat & wakil jualan Proton Edar di seluruh negara. Walaubagaimanapon perasmian penuh terpaksa ditangguhkan ke awal bulan April nanti. Dan ini juga bermakna tempahan secara rasmi sudah mula dibuka untuk para pembeli sekalian yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran model ini.

Beberapa info yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai butiran tempahan (Booking):

PRICE (Tentative):
- Executive MT (Metallic): RM65,500
- Executive CVT (Metallic): RM68,500
- Premium CVT (Metallic): RM75,500
* Bagi Solid White harga akan berkurang RM450 untuk setiap variasi.


BOOKING FEE:
- RM500



ESTIMATED WAITING PERIOD:
- 1 to 2 Months


FUEL CONSUMPTIONS:
- 7.8 Litre / 100KM


MAINTAINANCE:
- Every 10,000KM


VARIANTS:
- EXECUTIVE MT: 5 speed Campro 1.6 IAFM+
- EXECUTIVE CVT: 6 speed Campro 1.6 IAFM+
- PREMIUM CVT: 7 speed Pro-tronic Campro 1.6 CFE


OTHERS:
- Hot Press Materials (body)
- Platform diambil dari P6 (Exora)
- Italdesign Giugiaro


NAMA MODEL:
- Masih belum diketahui



Sumber: Proton Blog

Friday, January 20, 2012

Bank Perketat Lulus Pinjaman Pembelian Kenderaan Mulai 2012



PERSATUAN Pengedar Proton Edar (Peda) menjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang sukar membabitkan jualan keseluruhan Proton berikutan institusi perbankan memperketatkan kadar kelulusan bagi pembeli kenderaan itu.

Presidennya, Armin Baniaz Pahami berkata, jaringan wakil Peda kini berdepan kadar penolakan serius dengan kebanyakan bank enggan menerima permohonan belian daripada pelanggan yang tidak mempunyai gaji purata bulanan RM1,800 ke atas.

"Lebih 70% daripada permohonan belian ditolak. Malah, graduan yang baru tamat pengajian dan mempunyai pendapatan purata RM2,000sebulan turut dikehendaki mengemukakan penjamin untuk membuat pembelian.

"Situasi ini tentunya akan memberi impak besar terhadap jualan kenderaan Proton bagi tahun ini," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas pengambilalihan 42.74% kepentingan dalam Proton Holding Bhd oleh DRB-Hicom Bhd, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan polisi dalaman kerana ia akan menjejaskan wakil penjual secara langsung.

"Kami mengerti dengan keperluan Proton untuk mendapatkan suntikan modal baru bagi membolehkannya lebih kompetitif," tambahnya lagi.