Menteri Besar Negeri Sembilan Darul khusus. Dari Pertamo sampai Ketujuh. Pemimpin yang memacu pembangunan Negeri Sembilan. Banggo den ado tok ketuo yang hebat dan bijak ni... #waghihbersatu
6 Fakta Padang bola sepak rumput tiruan di Kompleks Belia dan Sukan,Paroi.
1.Negeri Sembilan Merupakan negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini.
2.Jenis rumput tiruan ialah 'fieldturf',Kini sudah siap sepenuhnya dipasang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
3.Kos membina padang rumput tiruan ini berjumlah RM2.5 juta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta II (PFI II).
4.Padang rumput tiruan yang diguna ini juga mendapat akreditasi
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk
pertandingan antarabangsa.
5.Kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.
6.Mengikut statistik Padang rumput tiruan ini mempunyai tahap kepudaran
yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya,cuma lima peratus kepudaran
dikesan dan boleh digunakan dalam apa juga keadaan cuaca, sama ada panas
atau hujan.
2.Masjid ini berkeluasan lebih daripada 20,000 meter persegi dan ditadbir serta dibiayai oleh MAINS.
3.Dibina dengan kos RM 22.6 juta.Pembinaan bermula sejak 2012 dan telah siap pada pertengahan Oktober 2014.
4.Masjid ini terletak di kawasan rekreasi City Park,Seremban 2.Masjid
ini juga bercirikan seni bina Islam Turki juga menyediakan pelbagai
kemudahan moden termasuk perpustakaan, bilik komputer di samping
kemudahan asas untuk jemaah.
5.Masjid ini mempunyai kapasiti lebih daripada 2,500 orang pada satu-satu masa, termasuk ruang solat untuk 400 wanita.
7 Fakta Megenai Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). 1.Projek Pembinaan Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menelan belanja hampir RM59 juta.
2.Menara ini mempunyai 18 tingkat dan bakal menjadi mercu tanda kemajuan bandar Seremban.
3.Menara MAINS ini juga akan menyediakan ruang bagi menempatkan semua agensi agama negeri ini di bawah satu bumbung.
4.Ketika ini kedudukan jabatan serta agensi-agensi agama ini seperti
Pusat Zakat agak bertaburan, maka pembinaan ini kita dapat terjemahkan
impian untuk menempatkan semua agensi berkaitan di bawah satu bumbung
kecuali mahkamah.
5.Menara tersebut turut dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan selain ruang perniagaan serta restoran yang
bercirikan konsep pembinaan Maghribi.
6.Menurut YAB. Dato’ Seri
Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan beliau
menegaskan,keseluruhan kos projek ditanggung melalui dana pelaburan
MAINS serta pinjaman dibiayai oleh Bank Islam Malaysia Berhad.
7.Kini Menara MAINS ini dalam proses akhir pembinaan.
Semoga Syiar Islam di Negeri Sembilan terus berkembang.Mari Sama2 kita
doakan supaya segala urusan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan
MAINS dipermudahkan. Amin
Pembuka tirai 2012, pasukan bola sepak Negeri Sembilan berjaya menundukkan Kelantan 2-1 di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu yang lalu dan mencipta sejarah tersendiri bergelar Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) buat kali pertama.
Saingan Liga Malaysia kini hampir kepada sepak mula.. Logo Liga Level 1 (Astro Super League) dan Logo Liga Level 2 (Astro Primier League) sudah pun diketahui, dengan berlogo Button "Play" selain itu terdapat juga Liga Level 3 (Liga FAM) .
Untuk perlawanan pembuka tirai 2012 bola sepak di Malaysia, perlawanan piala Sumbangsih antara Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan diadakan pada 7 Januari 2012 bermula jam 8.45 malam.
Pada Sabtu lepas, aku telah berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Negeri Sembilan dan Johor di Stadium Mini, Tampin. Aku sampai kat sana perlawanan sudah pon bermula 15 minit.