Pages

Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Wednesday, November 25, 2015

Tuesday, September 9, 2014

PR1MA Di Seremban Sentral, Negeri Sembilan (Seremban) & Projek Pembangunan Semula Stesen Keretapi Seremban

Cadangan kawasan tapak projek
20.36 Ekar
 
Cadangan saiz unit:
Jenis A : 825 kps (2 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
Jenis A1 : 804 kps (2 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
Jenis B : 1,008 kps (3 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
Jenis C : 1,214 kps (3 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
 
Lokasi & akses mudah
Bandar Seremban, Negeri Sembilan
Akses mudah melalui Jalan Tuanku Antah, Jalan Rasah, Jalan Sungai Ujong, Jalan Tuanku Munawir dan Jalan Dato' Bandar Tunggal
 
Cadangan kemudahan 
Dewan Komuniti
Kawasan Papan Luncur
Gimnasium
Gimnasium Luar
Dek Yoga
Taman Permainan
Perpustakaan
Tadika
Taska
Klinik
Kedai
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung/Pelanskapan
Surau
Pejabat Pengurusan
Bilik Air Lelaki / Perempuan
 
Ilustrasi reka bentuk konsep bergantung kepada kebenaran daripada Pihak Berkuasa tempatan.

Maklumat Lanjut : pr1ma

Monday, February 17, 2014

Borang Permohonan SKIM MYHOME (Subsidi Rumah Pertama)

Bagi yang masih kurang jelas mengenai SKIM MyHome yang baru diumumkan beberapa hari lepas. Berikut merupakan maklumat-maklumat yang anda perlu tahu:

Fakta Bantuan Skim MyHome
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah

Syarat Kelayakan Skim MyHome
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  • Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome
  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Borang Permohonan Skim MyHome
  • Setakat info terkini, orang ramai boleh memohon di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. 
  • Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
  • Tarikh Permohonan Skim MyHome. Mulai 1 April 2014

TERKINI
  • Pihak KPKT akan memaklumkan mekanisme borang untuk pemaju dan pemohon di negeri masing-masing dalam masa terdekat. 

Skim MyHome: Pendapatan bawah RM3000 layak terima subsidi RM30 Ribu

PUTRAJAYA: Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014.

RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut namun pemohon bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang digariskan ialah pembelian rumah ini merupakan pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual selama 10 tahun.

Menurut perdana menteri, pemaju swasta perlu memohon kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah skim ini.

Subsidi maksima RM30,000 pula bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju.

Najib ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di Putrajaya. -Astro Awani
UPDATE: MAKLUMAT BORANG PERMOHANAN SKIM MYHOME (KLIK SINI)

Thursday, January 2, 2014

Semakan Undi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

Salam Sejahtera .. Boleh check sudah untuk menyemak samada berjaya atau tidak untuk cabutan undi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia .
 
Klik SINI untuk membuat semakan.

Monday, December 30, 2013

Perumahan PRIMA @ PR1MA

Perbadanan PR1MA memberi peluang kepada penduduk Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri. Untuk mengetahu lebih lanjut perumahan ini bolehla lawati laman web PRIMAwww.pr1ma.my dan semak kelayakan untuk memohon.Selamat mencuba...

Tuesday, December 24, 2013

TIPS KEPADA PEMBELI RUMAH

Photo: TIPS KEPADA PEMBELI RUMAH

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
1. Pastikan Pemaju Perumahan
~Mempunyai lesen yang sah dan masih berkuatkuasa
~Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa

2.Pastikan status tanah:
~Hakmilik Kekal atau Pajakan (Tempoh tamat)
~Rezab Melayu *Semakan dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri

3. Brosur Penjualan Rumah / Risalah boleh didapati secara Percuma daripada pemaju
~No Lesen Perumahan dan tarikh sah laku
~No Permit Iklan Jualan dan tarikh sah laku
~Nama dan alamat:
a) Pemaju Perumahan berlesen
b) Ejen yang diberi kuasa (jika ada)
c) Pemegang Surat Kuasa Wakil (jika ada)
d) Syarikat Pengurusan Projek (jika ada)

~ Status Tanah:
a) Pemegang Bebas
b) Pajakan- Pastikan tarikh tamat pajakan
c) Bebanan- samaada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman

~ Diskripsi Kedudukan :
a) Spesifikasi bahan binaan rumah
b) Luas bangunan
c) Kemudahan perkhidmatan
~ Nama projek perumahan
~Tarikh projek perumahan dijangka siap
~Harga jualan setiap jenis rumah
~Bilangan unit mengikut jenis rumah
~Nama pihak berkuasa tempatan (pelan bangunan dan no rujukan)

Sumber Rujukan :
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Mega 3 Housing
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Wednesday, December 18, 2013

Pengudaraan di dalam Rumah

Photo: Pengudaraan di dalam Rumah

Malaysia merupakan negara yang berada di kawasan beriklim tropika bermaksud panas dan lembap sepanjang tahun. Aliran udara dan angin yang baik memainkan peranan yang penting untuk memastikan keselesaan penghuni sesebuah rumah terjamin. 

Pengudaraan dan aliran udara di dalam bangunan moden kini dibangunkan mengikut piawaian-piawaian daripada Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) (1984), serta Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dll. 

Pembinaan rumah-rumah kami di Mega3 &Raya baiduri  yang berkonsepkan rumah moden antaranya dalam aspek pengudaraan yang lebih praktikal, seperti tingkap yang boleh dibuka luas di bilik bahagian depan dan belakang serta ruang tingkap atas di bilik tengah untuk pencahayaan dan pengudaraan yang menjamin keselesaan penghuni-penghuni rumah kami.

Tips udara bersih di dalam rumah:

1. Buka tingkap sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari untuk membolehkan aliran udara masuk ke dalam ruang kediaman yang udaranya tercemar dengan bau bahan kimia, cth: gas memasak, penyembur serangga,dll.

2. Bersihkan Kipas angin dan pendingin hawa dengan kerap 

3. Pastikan susun atur perabot menggalakkan pengudaraan. Boleh juga mengubah kedudukan perabot yang ada di dalam rumah setiap 3 bulan sekali.

4. Gunakan bahan pembersih dan penyegar kediaman semula jadi atau mesra alam.

Sumber: Mega 3 Housing

Saturday, December 14, 2013

Kenali fasiliti di kediaman anda......."On-site Detention Pond (OSD)" atau "Kolam Takungan Air".

Photo: Kenali fasiliti di kediaman anda......."On-site Detention Pond (OSD)" atau "Kolam Takungan Air". 

-Dewasa ini, kadar taburan hujan di Malaysia tidak menentu dan tidak dapat dijangkakan. 

-Seringkali kita dikejutkan dengan banjir kilat di Taman-taman perumahan walaupun sistem perparitan telah dibina oleh pihak pemaju begitu sempurna sekali dengan merujuk perkiraan oleh 'Consultant atau Jururunding' bertauliah. Bagaimanapun banjir kilat tetap berlaku. 

-Oleh yang demikian, Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) amat prihatin dengan situasi ini dengan mewajibkan setiap projek perumahan berskala kecil atau besar mestilah dibina OSD. 

-Kaedah pembinaan dan rekabentuk OSD adalah tidak statik dan ianya dibina mengikut tempat, ruang atau pun sekitar kawasan sesuatu projek didirikan. 

-Untuk projek skala besar pihak PBT mewajibkan Takungan Berpusat di bina disuatu kawasan khas, manakala projek berskala kecil OSD akan dibina samaada disebelah hadapan rumah atau dibelakang rumah ataupun menggunakan 'backlane-drain' atau parit belakang rumah disekeliling kawasan perumahan tersebut.

- OSD ini dibina adalah bertujuan memberikan 'kelegaan' atau 'buffer' daripada curahan air hujan dari bumbung rumah melalui 'perimeter-drain' atau 'parit keliling kaki lima rumah' ke OSD sebelum dialirkan ke parit longkang utama. 

Dengan tujuan untuk melambatkan aliran air hujan, sementara parit utama mengalirkan hujan ke parit longkang yang lebh besar. 

-Contoh-contoh rekabentuk OSD sedia ada akan kami paparkan diruangan ini tidak berapa lama lagi.

Friday, December 13, 2013

Peranan Warna dalam Kediaman

Photo: Peranan Warna dalam Kediaman

Rumah adalah tempat isterihat yang paling nyaman dan bebas bagi setiap individu setelah sehari suntuk kita menjalankan aktiviti. 

Bagi mereka yang telah memiliki rumah kediaman sendiri atau telah berkeluarga atau telah menpunyai anak-anak yang telah belajar,

- Pemilihan cat didalam bilik tidur utama dan bilik tidur anak-anak amatlah penting bagi proses penyuburan minda. 

-Pada kebiasaannya pemaju perumahan akan mengecat ruang dalaman rumah dengan warna kemasan berwarna putih atau warna cerah asas kerana pemaju tidak mengetahui citarasa sebenar setiap pembeli mereka.

- Pemaju perumahan juga pada kebiasaanya akan membeli cat dalam bentuk pukal dari pembekal bagi tujuan mengelakkan pembaziran. 

-Bagi anda yang ingin mengecat semula ruangan bilik dan ruang tamu anda serta bahagian kitchen, disarankan mempunyai padanan yang sesuai dengan keperluan. 

Sebagai contoh:
1) Ruang bilik untuk anak-anak yang masih dibangku sekolah rendah disarankan menggunakan warna lembut atau dingin seperti hijau pucuk pisang atau biru laut cair atau warna lain yang tidak garang.

-Ini bagi membentuk minda anak anda agar tidak telalu garang apabila berkomunikasi dengan ibubapa, guru-guru atau rakan sekelas.

2) Bagi anda yang mempunyai anak bujang atau anak dara mereka kebiasaannya menggunakan warna yang manja dan tidak terlampau garang atau menyerlah. Kebiasaannya mereka yang remaja adalah dalam prosess mendewasakan diri dan masih memerlukan bimbingan ibubapa. 

3) Disaat inilah warna-warna dibilik tidur memainkan peranan bagi pembentukan minda agar mudah dilentur. 

4) Bagi anda yang telah berumur, jika anda berani melakukan perubahan gunakanlah warna yang agak garang dan gelap agar anda dapat merehatkan diri dengan lena dan tenteram sekali. Disertakan carta warna bagi rujukan anda sekalian.

-Semoga menjadi panduan anda sekalian.
Add caption

-Semoga menjadi panduan anda sekalian

Sumber: Mega3 Housing 

Monday, December 2, 2013

Perumahan Alfafa

Jom tengok link yang aku jumpa ni untuk mengetahui lebih lanjut Perumahan Alfafa ini.

 Klik SINI

Wednesday, November 13, 2013

SKIM RUMAH PERTAMAKU

Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar telah ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

Perumahan PRIMA 2014 Tawar Bayaran Bulanan Serendah RM400 - RM500 Bagi Rumah RM200,000?

Perumahan PRIMA 2014 Tawar Bayaran Bulanan Serendah RM400 Bagi Rumah RM200,000?

ddd

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan terbarunya memaklumkan pembeli Perumahan PRIMA Malaysia 2014 hanya perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM400-RM500 untuk sebuah rumah beharga RM200,000. Semak butirannya selanjutnya….

Thursday, September 5, 2013

Rumah Bunglow Alfafa

Baru-baru ni aku diberitahu oleh kawan ada rumah bunglo semurah RM89,000.00 seunit. Saya sertakan maklumat yang saya perolehi.

Friday, April 19, 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M adalah lanjutan daripada inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar di Putrajaya
Terdahulu program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diperkenalkan dan ia kini telah disinambungkan ke kawasan-kawasan bandar lain di seluruh negeri

Berbeza dengan PR1MA yang terbuka kepada seluruh warganegara, PPA1M dikhususkan khas kepada penjawat awam Malaysia
Tujuan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti
Kaedah Perlaksanaan
Daripada 10,336 unit keseluruhan Program PPA1M ini 5,239 unit akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., manakala 5,097 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras kepada pembangunan PPA1M termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara

 Harga Rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Harga rumah bagi projek ini bergantung kepada keluasan seperti berikut:
1,000 kaki persegi - dari RM150,00 hingga RM220,000
1,200 kaki persegi - dari RM221,00 hingga RM260,000
1,500 kaki persegi - dari RM261,000 hingga RM300,000
Harga sebegini dapat ditawarkan kerana pihak kerajaan memberikan subsidi dalam bentuk premium tanah dan suntikan modal kepada pemaju yang dilantik. 
Menariknya, pemilihan pembeli adalah melalui kaedah cabutan secara undian bagi mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang dilakukan melalui PR1MA. Pembeli juga dikenakan moratorium yakni tidak dibenarkan untuk memindah milik atau menjual rumah yang dibeli dalam tempoh sepuluh tahun tanpa kebenaran kerajaan.

Syarat Kelayakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000.00
  • Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-badan Berkanun Persekutuan
  • Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya
  • Tidak diisytiharkan muflis

Sebagai maklumat lanjut yang berkaitan sila rujuk risalah dengan klik pada tajuk pautan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dalam risalah berformat PDF itu terkandung maklumat yang lebih lengkap untuk difahami oleh pemohon nanti
Borang Permohonan Rumah Penjawat Awam 1Malaysia
Untuk makluman pemohan boleh mendapatkan borang secara percuma dan online (atas talian) sila klik Borang Online Perumaham Penjawat Awam 1Malaysia
Cara Hantar Borang PPA1M
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya
Tarikh Tutup
Tarikh tutup bagi skim pembangunan PPA1M Fasa pertama adalah sehingga 9 Mei 2013
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppj.gov.my

Friday, April 12, 2013

Berapa Harga Sewa Rumah di Seremban?

Ada kawan aku tengah servey2 rumah di sekitar seremban untuk mencari rumah sewa. Dia cakap rumah sewa di seremban ni sudah mahal sama mcm kat KL. Aku pon cuba google sewa rumah dalam mudah.my. Hasilnya di akui mmg ada tuan rumah yang sewakan rumah diaorang dengar harga yang agak tinggi antara RM400 - RM1200....Contoh yang aku jumpa dalam gambar ni. RM1000 disewakan...Dan difahamkan rumah ni telahpon disewa dari seorang penyewa dengar harga RM1000...nak buat rumah sewa jugakla...hahha..

Thursday, February 28, 2013

Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat Yang Terkini

Berikut aku sertakan  gambar dan link untuk melihat rekabentuk rumah mesra rakyat yang ditawarkan oleh SPNB...

1) Rekabentuk 1

Friday, October 19, 2012

Bandar Sri Sendayan

Saban hari, kita lihat harga rumah di Malaysia ni semakin lama semakin meningkat. Dan sebagai manusia yang mempunyai kemahuan untuk memiliki rumah sendiri akan mencari rumah untuk dibeli mengikut kemampuan. Harga rumah di bandar besar seperti Kuala Lumpur sudah melambung terlalu tinggi. Jadi memasing perlu mencari rumah yang berada jauh di luar Kuala Lumpur untuk memiliki kediaman sendiri ini. Keadaan ini berlaku pada yang baru mula bekerja seperti saya sendiri. Jadi pada masa sekarang ni Bandar Sri Sendayan yang baru dibuka menjadi pilihan kepada pembeli untuk mencari rumah sendiri seperti yang diinginkan. Saya sendiri pon boleh dikatakan agak lewat juga mencari rumah Tetapi keadaan berubah apabila rakan opis lama mengajak aku pergi ke showhouse di sana. Al-hamdulillah saya dapat juga memiliki rumah di sana walaupon tidak sebesar mana.

Wednesday, February 29, 2012

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini. Program perumahan RMR1M ini membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa. Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.