Biasanya pengeluar telefon akan membangunkan dua kamera, satu di
depan manakala satu lagi di belakang yang selalunya mempunyai resolusi
berlainan.
Tapi, lain pula dengan satu syarikat dari China, Oppo yang mencipta
satu saja kamera bagi model N1. Uniknya, kamera tersebut boleh
diputarkan 206 darjah dari belakang ke depan dan sebaliknya yang lengkap
bersama resolusi 13 megapiksel.
Operasi kamera yang pantas dibuka (0.6 saat) menjadikannya antara
yang terpantas merakam foto. Manakala jika kamera dipusing pada putaran
120 darjah, ia secara automatik akan mengaktifkan skrin utama.
Kamera telefon ini mempunyai lebih 10 modul, 50 kabel dan 67 komponen
yang tidak mudah rosak menunjukkan betapa seriusnya syarikat Oppo mahu
menyaingi nama-nama besar. Enjin khas pemproses imej Pure Image juga
tawarkan Oppo.
 |
| rantai kunci yang mengawal secara mudah alih | |
 |
| Skrin belakang boleh disentuh |
Oppo boleh didatangkan bersama rantai kunci yang bukan saja menjadi
alat kawalan untuk menekan 'shutter' kamera tetapi mengesan telefon
dalam jarak 15 meter radius sekiranya anda tersalah letak.
Manakala body aluminium penuh telefon ini bukan saja menghasilkan
rekaan premium tetapi warna cantik yang diperkemaskan menidakkan stigma
peranti buatan China langsung tidak berkualiti tinggi.
Saiz skrin 5.9 inci cukup untuk penggunaan seharian tetapi yang lebih
menarik ia memperkenalkan cara baru menggunakan telefon pintar yang
mana pengguna saja mampu menyentuk skrin depan tetapi badan belakang
peranti berkeluasan 12 sentimeter persegi bagi mengoperasikan serta
menggerakkan aplikasi.
Ia mula dijual pada harga lebih kurang RM1,790 dan beroperasi pada OS Android 4.2 Jelly Bean dan keupayaan bateri 3610mAh.
Sumber: My News