Pages

Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Proton Preve dilancarkan



Lamanya aku tak update blog. Kerja tengah banyak, jadi agak sukar untuk 'update' blog aku ni. Ok aku cuma nak bagitau yang Proton Preve telahpon dilancarkan pada 16 April 2012 yang lalu secara rasminya. Walaupon sudah lewat, xapalakan... Pada hari pertama pelancaran, aku berkesempatan untuk melihat model terbaru proton ini di show room. Erm apa yg boleh aku khabarkan masih banyak yang perlu dibaiki oleh Proton. Aku pon xnak cerita lebih2 sebab korang semua boleh nilaikan sendiri. Tapi yang bestnya aku ngan kawan g makan jamuan yang disediakan pada hari pertama pelancaran...hehehe....

Thursday, March 15, 2012

Proton P3-21A Masih Guna Timing Belt & Hydraulic Power Steering ?



Ini maklumat yang aku jumpa dalam blog proton sales. Maklumat yang menarik perhatian aku ialah tentang belting sistem dan power assist steering sistem yang bakal digunakan didalam model ini.




Seperti model-modelnya sebelum ini, sistem Timing Belt masih lagi dipilih untuk dimuatkan dalam model ini, bukan sistem Timing Chain. Aku kurang pasti apakah tujuan mereka. Adakah untuk penjimatan kos pembuatan semata-mata? Pasti ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua sistem timing belt dan timing chain. 

Selain itu, sistem power steering juga masih menggunakan Hydraulic (HPS), bukan Electric (EPS). Kedua-dua sistem ini juga banyak kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan side by side. Mungkin tak semua kenderaan sama, dan punyai konsep handling yang berbeza-beza.  Cuma pada aku, kalau model P3-21A ini turut mahu dijual pasaran dunia(global car), sepatutnya model ini dipasang dengan Timing Chain dan sistem power EPS.

    
Sumber: Proton Sales

Wednesday, March 14, 2012

Tempahan P3-21A kini dibuka!!!



Pada 14 Mac 2012 iaitu hari ni, Soft-Launching model P3-21A yang akan berlangsung hari ini secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di semua pusat & wakil jualan Proton Edar di seluruh negara. Walaubagaimanapon perasmian penuh terpaksa ditangguhkan ke awal bulan April nanti. Dan ini juga bermakna tempahan secara rasmi sudah mula dibuka untuk para pembeli sekalian yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran model ini.

Beberapa info yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai butiran tempahan (Booking):

PRICE (Tentative):
- Executive MT (Metallic): RM65,500
- Executive CVT (Metallic): RM68,500
- Premium CVT (Metallic): RM75,500
* Bagi Solid White harga akan berkurang RM450 untuk setiap variasi.


BOOKING FEE:
- RM500



ESTIMATED WAITING PERIOD:
- 1 to 2 Months


FUEL CONSUMPTIONS:
- 7.8 Litre / 100KM


MAINTAINANCE:
- Every 10,000KM


VARIANTS:
- EXECUTIVE MT: 5 speed Campro 1.6 IAFM+
- EXECUTIVE CVT: 6 speed Campro 1.6 IAFM+
- PREMIUM CVT: 7 speed Pro-tronic Campro 1.6 CFE


OTHERS:
- Hot Press Materials (body)
- Platform diambil dari P6 (Exora)
- Italdesign Giugiaro


NAMA MODEL:
- Masih belum diketahui



Sumber: Proton Blog

Thursday, February 23, 2012

Maklumat Proton P3-21A didedahkan





Salam semua.. Pada masa sekarang ini rakyat Malaysia tertunggu-tunggu kemunculan model terbaru Proton iaitu Proton Tuah atau dikenali kod P3-21A. Bagi aku mungkin model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi. Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognyachedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.


Monday, January 30, 2012

Pemenang Peraduan Cabaran Barliku Berita Harian 2012



Entry ini adalah sambungan dari entry sebelum ini. Klik di sini untuk lihat entry tersebut.


Nampaknya Kereta Proton Saga FLX diberikan secara percuma kepada remaja yang berusia 17 tahun. Remaja yang bertuah itu ialah Ahmad Ridzwan Bakhtiar Effend yang merupakan pembaca setia Berita Harian,apabila dipilih sebagai pemenang utama pertandingan Cabaran Laluan Berliku Berita Harian yang melayakkannya membawa pulang hadiah kereta Proton SAGA FLX 1.3 (M) Standard bernilai RM37,000.

Friday, January 20, 2012

Bank Perketat Lulus Pinjaman Pembelian Kenderaan Mulai 2012



PERSATUAN Pengedar Proton Edar (Peda) menjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang sukar membabitkan jualan keseluruhan Proton berikutan institusi perbankan memperketatkan kadar kelulusan bagi pembeli kenderaan itu.

Presidennya, Armin Baniaz Pahami berkata, jaringan wakil Peda kini berdepan kadar penolakan serius dengan kebanyakan bank enggan menerima permohonan belian daripada pelanggan yang tidak mempunyai gaji purata bulanan RM1,800 ke atas.

"Lebih 70% daripada permohonan belian ditolak. Malah, graduan yang baru tamat pengajian dan mempunyai pendapatan purata RM2,000sebulan turut dikehendaki mengemukakan penjamin untuk membuat pembelian.

"Situasi ini tentunya akan memberi impak besar terhadap jualan kenderaan Proton bagi tahun ini," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas pengambilalihan 42.74% kepentingan dalam Proton Holding Bhd oleh DRB-Hicom Bhd, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan polisi dalaman kerana ia akan menjejaskan wakil penjual secara langsung.

"Kami mengerti dengan keperluan Proton untuk mendapatkan suntikan modal baru bagi membolehkannya lebih kompetitif," tambahnya lagi.

Friday, January 13, 2012

Model Kereta Proton 2012 setaraf import?



Entry aku ini adalah sambungan dari entry sebelum INI  Jadi kat sini aku kongsikan cerita yang aku perolehi dari isupanas. Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia agar kereta ini akan menjadi kebanggaan negara.

Tuesday, January 3, 2012

Proton Saga Untuk Dijual

Proton Saga untuk dijual

Proton Saga untuk djual. Ada tak yang berminat nak beli agaknya kereta proton seperti gambar di atas?