Pages

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, December 28, 2015

Tips Frozen Makanan & Bahan Masakan

Tips Frozen Makanan & Bahan Masakan

Tips  kali ini untuk  kawan-kawan yang  working wife yang rajin memasak eloklah diamalkan, sediakan bahan-bahan pada weekend…bukan apa plan in advance , ini dapat elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Walaupun saya tidak bekerja tapi saya tetap sediakan bahan-bahan  terlebih awal, selain memudahkan ,menjimatkan elektrik, dapur nampak lebih bersih teratur kemas, selain  itu dapat menjimatkan masa, masa yang ada boleh layan anak-anak..lagi best dapat melayan internet..hehehe. Sebelum itu mari kita semak  apa yang kita perlu sediakan dahulu.

Tuesday, December 15, 2015

Ajinamoto Yang Perlu di Ketahui


Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan.

Ajinomoto

Saturday, November 21, 2015

Info: Roti Sabak di Senaling, Kuala Pilah

Penduduk di Kuala Pilah, khasnya di Pekan Senaling tentu sinonim dengan roti sabak. Jom saksikan video ini.



Sumber: FB

Saturday, February 11, 2012

Keropok Lekor Terengganu di Johol



Anda suka tak makan keropok lekor? Keropok lekor tu macam mana pula rupanya?Rupa keropok lekor tu lebih kurang nacam dalam gambar di bawah ni.

Monday, January 30, 2012

Yanie Pizza Kuala Pilah



Korang tentu dah biasa makan Pizza Hut, Pizza Domino dan lain-lain lagila.  Pernah rasa Pizza Melayu? Ya, sebuah kedai yang menjual pizza telah pon dibuka di Kuala Pilah. Kedai tersebut terletak di barisan KFC, Court Mommoth atau lebih tepat lagi kedai lama LENO Kuala Pilah. Kedai ni pada mulanya beroperasi di simpang traffik light dekat dengan Sekolah Memandu Wong. 


Aku dah rasa 2 kali.Pizza yang dihasilkan setakat ini Pizza perisa Ayam dan Daging. Pengurusan kedai perlu menambah baik mutu persembahan pizza yang dihasilkan untuk bersaing dengan Pizza Hut, Pizza Domino. Walau apapon pujian juga harus diberikan kerana bukan mudah orang melayu untuk menyaingi pesaing yang sudah lama bertapak. Bagi aku, aku berbangga kerana sekurangnya. Kuala Pilah ada identiti tersendiri lepas ni selain dari cendol dan rojak Ibrahim. Moga Yanie Pizza terus maju.


Sumber: Anak2 N9

Thursday, December 29, 2011

Domino Pizza Tampin

Domino Pizza Tampin

Hari ini aku bercuti sampai awal tahun depan. Kiranya nak berehat-rehat sebelum masuk tahun baru 2012 yang tinggal tidak berapa lama lagi. Jadi cuti hari ini aku saja-saja jalan ke Melaka. Masa aku lalu jalan di Tampin aku perhatikan ada Domino Pizza baru dibuka. Lokasi Domino Pizza ni berhadapan dengan pasar Tampin. Tapi mengikut kata sepupu aku, mulanya tempat tu nak dibuka MC Donald. Tapi tak kisahla. Jadi Tampin pada masa kini telah mempunyai 3 rangkaian makanan segera iaitu Pizza Hut, KFC dan yang terbaru Domino Pizza. Bila pula nak pergi makan kat sana ye...errmmm