Showing posts with label Proton Tuah. Show all posts
Showing posts with label Proton Tuah. Show all posts
Monday, April 30, 2012
Proton Preve dilancarkan
Lamanya aku tak update blog. Kerja tengah banyak, jadi agak sukar untuk 'update' blog aku ni. Ok aku cuma nak bagitau yang Proton Preve telahpon dilancarkan pada 16 April 2012 yang lalu secara rasminya. Walaupon sudah lewat, xapalakan... Pada hari pertama pelancaran, aku berkesempatan untuk melihat model terbaru proton ini di show room. Erm apa yg boleh aku khabarkan masih banyak yang perlu dibaiki oleh Proton. Aku pon xnak cerita lebih2 sebab korang semua boleh nilaikan sendiri. Tapi yang bestnya aku ngan kawan g makan jamuan yang disediakan pada hari pertama pelancaran...hehehe....
Thursday, March 15, 2012
Proton P3-21A Masih Guna Timing Belt & Hydraulic Power Steering ?
Ini maklumat yang aku jumpa dalam blog proton sales. Maklumat yang menarik perhatian aku ialah tentang belting sistem dan power assist steering sistem yang bakal digunakan didalam model ini.
Seperti model-modelnya sebelum ini, sistem Timing Belt masih lagi dipilih untuk dimuatkan dalam model ini, bukan sistem Timing Chain. Aku kurang pasti apakah tujuan mereka. Adakah untuk penjimatan kos pembuatan semata-mata? Pasti ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua sistem timing belt dan timing chain.
Selain itu, sistem power steering juga masih menggunakan Hydraulic (HPS), bukan Electric (EPS). Kedua-dua sistem ini juga banyak kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan side by side. Mungkin tak semua kenderaan sama, dan punyai konsep handling yang berbeza-beza. Cuma pada aku, kalau model P3-21A ini turut mahu dijual pasaran dunia(global car), sepatutnya model ini dipasang dengan Timing Chain dan sistem power EPS.
Sumber: Proton Sales
Wednesday, March 14, 2012
Tempahan P3-21A kini dibuka!!!
Pada 14 Mac 2012 iaitu hari ni, Soft-Launching model P3-21A yang akan berlangsung hari ini secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di semua pusat & wakil jualan Proton Edar di seluruh negara. Walaubagaimanapon perasmian penuh terpaksa ditangguhkan ke awal bulan April nanti. Dan ini juga bermakna tempahan secara rasmi sudah mula dibuka untuk para pembeli sekalian yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran model ini.
Beberapa info yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai butiran tempahan (Booking):
PRICE (Tentative):
- Executive MT (Metallic): RM65,500
- Executive CVT (Metallic): RM68,500
- Premium CVT (Metallic): RM75,500
* Bagi Solid White harga akan berkurang RM450 untuk setiap variasi.
BOOKING FEE:
- RM500
ESTIMATED WAITING PERIOD:
- 1 to 2 Months
FUEL CONSUMPTIONS:
- 7.8 Litre / 100KM
MAINTAINANCE:
- Every 10,000KM
VARIANTS:
- EXECUTIVE MT: 5 speed Campro 1.6 IAFM+
- EXECUTIVE CVT: 6 speed Campro 1.6 IAFM+
- PREMIUM CVT: 7 speed Pro-tronic Campro 1.6 CFE
OTHERS:
- Hot Press Materials (body)
- Platform diambil dari P6 (Exora)
- Italdesign Giugiaro
NAMA MODEL:
- Masih belum diketahui
Sumber: Proton Blog
Thursday, February 23, 2012
Maklumat Proton P3-21A didedahkan
Salam semua.. Pada masa sekarang ini rakyat Malaysia tertunggu-tunggu kemunculan model terbaru Proton iaitu Proton Tuah atau dikenali kod P3-21A. Bagi aku mungkin model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi. Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognyachedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.
Friday, January 13, 2012
Model Kereta Proton 2012 setaraf import?
Entry aku ini adalah sambungan dari entry sebelum INI Jadi kat sini aku kongsikan cerita yang aku perolehi dari isupanas. Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia agar kereta ini akan menjadi kebanggaan negara.
Tuesday, December 13, 2011
Proton Tuah di MITC
Lanjutan dari post sebelum ini, aku letakkan beberapa keping gambar Proton Tuah yang dipamirkan di MITC tempoh hari.
![]() |
| Pandangan Sisi |
![]() |
| Pandangan Hadapan |
![]() |
| Proton Tuah |
Sumber Gambar : Petly Fazly
Thursday, December 8, 2011
Proton Baru, Tuah/Espire/P3-21A Dilancar Februari 2012?
As salam..
Masa aku google tentang SBPA, terjumpa artikel yang menceritakan pasal Proton Tuah yang akan dilacarkan tahun depan. Sebelum ini,ada juga la terbaca berkaitan Proton Tuah, Lekir, Lekiu, Jebat dan Kasturi yang dipamerkan semasa KLIMS 2010 pada bulan Disember tahun lepas. Tapi yang menarik perhatian aku adalah model Proton Tuah ni.
Masa aku google tentang SBPA, terjumpa artikel yang menceritakan pasal Proton Tuah yang akan dilacarkan tahun depan. Sebelum ini,ada juga la terbaca berkaitan Proton Tuah, Lekir, Lekiu, Jebat dan Kasturi yang dipamerkan semasa KLIMS 2010 pada bulan Disember tahun lepas. Tapi yang menarik perhatian aku adalah model Proton Tuah ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)







