Canon cuba meraih perhatian peminat fotografi diluar sana dengan
melancarkan kamera DSLR Bingkai Penuh (Full Frame) pada harga mampu
milik terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu Canon EOS 6D pada hari ini.
Kamera EOS 6D ini merupakan DSLR Full Frame paling kecil dan ringan yang pernah
dihasilkan oleh Canon setakat ini.
Spesifikasi Canon EOS 6D
Canon EOS 6D dilengkapi dengan 20.2 Megapiksel FX-format CMOS
sensor yang dikuasakan oleh enjin pemprosesan (processing engine)
Digic 5+.
EOS 6D ini mempunyai skrin TFT LCD bersaiz 3.0 inci dengan 1040K
dots. Berbanding dengan Nikon D600 yang mempunyai 39 titik Autofocus, EOS 6D
ini hanya mempunyai 11 points Autofocus sahaja.
ISO Canon EOS 6D ini pula adalah antara 100 – 25,600 dan boleh
dipertingkatkan sehingga 102,400. Rakaman berterusan (continuous shooting)
pula boleh dilakukan pada kadar 4.5 frame per second (fps).
Rakaman video dengan kualiti Full HD 1080 pada kadar 30fps juga boleh
dilakukan menggunakan kamera DSLR ini.
Kamera ini disertakan dengan 2 slot kad SD, bagi membolehkan
pengguna menggunakan kad SDSC, SDHC atau SDXC untuk storan gambar dan video.
Dimensi kamera DSLR Canon ini adalah bersaiz 145 x 111 x 71mm
(panjang x lebar x tebal) dan seberat 770 gram termasuk bateri. EOS 6D
menggunakan bateri Li-Ion LP-E6.
Kelebihan yang terdapat pada Canon EOS 6D ini berbanding dengan
kamera DSLR yang lain adalah ianya dilengkapi dengan WiFi dan GPS terbina dalam
(built-in). Pengguna EOS 6D sudah tentu dapat mengurangkan kos
tanpa perlu membeli peranti tambahan untuk menggunakan fungsi-fungsi ini.
Tarikh dan Harga Canon EOS 6D Dipasaran
Harga rasmi/runcit (official/retail price) Canon EOS 6D ini
dipasaran Amerika Syarikat adalah US$2,099 (harga di Malaysia sekitar RM6,510)
untuk badan sahaja (body only) atau US$2,899 (sekitar RM8,990)
bersama-sama dengan lensa (lens) EF 24-105mm f/4L IS USM.
Nampak gayanya, trend syarikat-syarikat kamera
ini adalah dengan mengeluarkan DSLR Full Frame pada harga berpatutan atau mampu
milik bagi menarik pembeli menggunakan kamera jenama buatan mereka. Dan dengan
pelancaran Canon EOS 6D ini, terdapat satu lagi model kamera DSLR yang boleh
dipilih oleh para pengguna di Malaysia nanti.
Bila agaknya model ni masuk pasaran Malaysia ye?
Sumber: http://www.kelabwebmaster.com