Pages

Monday, December 9, 2013

Seremban Property Master Plan (You will never see this before)





Interesting to see Seremban Property and Land Banks Combination by Major Developers like Sime Darby Property on Ainsdale, IJM Land Berhad on Seremban 2 and S2 Height, Matrix Concepts on Bandar Sri Sendayan, and Enstek.  


Info : Seremban Property

Tuesday, December 3, 2013

Cara Lihat Tempoh Penggunaan Tayar

 




As-salam, hari ni nak berkongsi cerita pasal tayar ....Bile ternampak ramai yang jual tayar 2nd, ada yang claim bunga 70% la, 90% la dsb....Tapi korang betul2 tau cara yg betul tgk tread tayar? Peratikan dlm gambar tu, 'Tread Wear Indicator'. Bila bunga taya cecah je indicator tu, tayar tu dh 'WAJIB' tukar. Yg dlm gambar tu TWI utk tread tgh, klu utk tread tepi korang google la sendri.Kebanyakan pengilang buat tayar dengan ketebalan 8mm, Kajian MIRA di UK (Motor Industry Research Association), minimum 'legal tread depth' adalah 1.6mm, sebab kalau tebal bunga kurang dari 1.6mm, tayar dah tak efisien untuk buang air atas jalan basah. Macam mana pun, ada pengilang yang buat 'Tread Wear Indicator' ini dengan ketebalan 2mm dan 3mm ikut jenis bunga tayar. Jadi kalau tebal tayar baru tu 8mm, TWI lak 3mm, korang cuma ada 5mm bunga tayar je yang boleh pakai.... Bukan niat nak jatuhkan bisnes sesape,mungkin seller pun tak reti tengok tread, tapi ini cerita pasal safety...Semua orang berhak tau! 


Sumber: 

EFRL Owner Club

Monday, December 2, 2013

Perumahan Alfafa

 

Jom tengok link yang aku jumpa ni untuk mengetahui lebih lanjut Perumahan Alfafa ini.

 Klik SINI

Wednesday, November 13, 2013

SKIM RUMAH PERTAMAKU





Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar telah ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

Perumahan PRIMA 2014 Tawar Bayaran Bulanan Serendah RM400 - RM500 Bagi Rumah RM200,000?

Perumahan PRIMA 2014 Tawar Bayaran Bulanan Serendah RM400 Bagi Rumah RM200,000?


ddd


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan terbarunya memaklumkan pembeli Perumahan PRIMA Malaysia 2014 hanya perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM400-RM500 untuk sebuah rumah beharga RM200,000. Semak butirannya selanjutnya….


Friday, November 8, 2013

Pemasangan Bike Carrier Adalah SALAH Disisi Undang-Undang Malaysia


        Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian 
  • Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.

Pemasangan air spoiler, aerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  
  • Pemasangan door visor pada kenderaan.

Pemasangan door visor  hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi

  • Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.

- Pemasangan tambahanbumper atauprotecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilah tidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
- Pemasangan protecting guards (kangaroo bar) mestilah tidak menutupi lampu-lampu kenderaan dan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.
- Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.

  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.

- Sekiranya rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ianya mestilah ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflap.
- Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.
 
  • Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan

- Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top mestilah dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis  kenderaan.
- Pengubahsuaian tersebut mestilah dilakukan pada bahagian tengah bumbung sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian yang lain.
 
  • Pemasangan membawa tangga / bot / surf board

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginyatidak boleh melebihi 230mm dari paras bumbung.
- Lebar dan panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Tangga / Bot / Surf board yang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
- Tangga / Bot / Surfboard yang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.
- Roda hadapan kenderaan mestilah menanggung sekurang-sekurang 20% berat bot / surf board.
 
  • Penukaran kotak gear manual / automatik

- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member', ‘steering linkage' dan ‘steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan mounting'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting'.
 
  • Pemasangan kanopi / kanvas

- Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih ini atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
- Panjang, tinggi dan lebar kanopi mestilah tidak melebihi dimensi asal kenderaan.
- Ketelusan Cahaya Tampak pada semua cermin tingkap kanopi mestilah tidak kurang daripada 50%.
- Tempat duduk tambahan adalah tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut.
- Lampu brek ketiga hendaklah dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas pemasangan kanopi dilakukan.
 
  • Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel)

- Pemasangan winch, winch bar, snorkel, side step dan rear bar hendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
- Winch Bar, Rear Bar dan Side Step yang dipasang hendaklah tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
- Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.
 
  • Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan.
- Ukuran tinggi pemasangan para bumbung mestilah tidak melebihi 230 mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Mana-mana kenderaan tidak boleh membawa muatan yang mengunjur melebihi belakang, hadapan atau tepi badan kenderaan.
- Ukuran basikal  di atas bumbung kenderaan mestilah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan kuat dan kemas supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain
 
- Pemasangan bike carrier pada bahagian belakang kenderaan adalah tidak dibenarkan
  • Pemasangan spotlight
- Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaha.
- Pemasangan spot light mestilah bewarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan kepada lampu sedia ada.
- Pemasangan spot light di atas bumbung kenderaan adalah tidak dibenarkan.
- Hanya dua (2) unit spot light sahaja dibenarkan untuk pemasangan pada kenderaan.
- Spot lighthanya boleh digunakan semasa aktiviti off road sahaja dan hendaklah ditutup apabila digunakan di atas jalan raya.
- Ketinggian pemasangan spot light hendaklah tidak melebihi 5 kaki (1524mm) dari atas permukaan jalan.


 
Artikel ini diambil daripada laman Web Rasmi JPJ Malaysia. 
(http://www.jpj.gov.my/garis-panduan-mengenai-pengubahsuaian-kenderaan-persendirian)