Monday, April 30, 2012
Selamat bercuti Hari Pekerja
Besok 1 Mei 2012 diistiharkan cuti di seluruh Malaysia. Apa nak buat cuti ni ye...heheh... walau apon PM kata ada pengumuman penting nak diberi malam ini. Tentu nak umumkan kadar minimum kerja di sektor swasta. walau apaon aku nak berehat2...
Proton Preve dilancarkan
Lamanya aku tak update blog. Kerja tengah banyak, jadi agak sukar untuk 'update' blog aku ni. Ok aku cuma nak bagitau yang Proton Preve telahpon dilancarkan pada 16 April 2012 yang lalu secara rasminya. Walaupon sudah lewat, xapalakan... Pada hari pertama pelancaran, aku berkesempatan untuk melihat model terbaru proton ini di show room. Erm apa yg boleh aku khabarkan masih banyak yang perlu dibaiki oleh Proton. Aku pon xnak cerita lebih2 sebab korang semua boleh nilaikan sendiri. Tapi yang bestnya aku ngan kawan g makan jamuan yang disediakan pada hari pertama pelancaran...hehehe....
Thursday, March 15, 2012
Proton P3-21A Masih Guna Timing Belt & Hydraulic Power Steering ?
Ini maklumat yang aku jumpa dalam blog proton sales. Maklumat yang menarik perhatian aku ialah tentang belting sistem dan power assist steering sistem yang bakal digunakan didalam model ini.
Seperti model-modelnya sebelum ini, sistem Timing Belt masih lagi dipilih untuk dimuatkan dalam model ini, bukan sistem Timing Chain. Aku kurang pasti apakah tujuan mereka. Adakah untuk penjimatan kos pembuatan semata-mata? Pasti ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua sistem timing belt dan timing chain.
Selain itu, sistem power steering juga masih menggunakan Hydraulic (HPS), bukan Electric (EPS). Kedua-dua sistem ini juga banyak kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan side by side. Mungkin tak semua kenderaan sama, dan punyai konsep handling yang berbeza-beza. Cuma pada aku, kalau model P3-21A ini turut mahu dijual pasaran dunia(global car), sepatutnya model ini dipasang dengan Timing Chain dan sistem power EPS.
Sumber: Proton Sales
Wednesday, March 14, 2012
Tempahan P3-21A kini dibuka!!!
Pada 14 Mac 2012 iaitu hari ni, Soft-Launching model P3-21A yang akan berlangsung hari ini secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di semua pusat & wakil jualan Proton Edar di seluruh negara. Walaubagaimanapon perasmian penuh terpaksa ditangguhkan ke awal bulan April nanti. Dan ini juga bermakna tempahan secara rasmi sudah mula dibuka untuk para pembeli sekalian yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran model ini.
Beberapa info yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai butiran tempahan (Booking):
PRICE (Tentative):
- Executive MT (Metallic): RM65,500
- Executive CVT (Metallic): RM68,500
- Premium CVT (Metallic): RM75,500
* Bagi Solid White harga akan berkurang RM450 untuk setiap variasi.
BOOKING FEE:
- RM500
ESTIMATED WAITING PERIOD:
- 1 to 2 Months
FUEL CONSUMPTIONS:
- 7.8 Litre / 100KM
MAINTAINANCE:
- Every 10,000KM
VARIANTS:
- EXECUTIVE MT: 5 speed Campro 1.6 IAFM+
- EXECUTIVE CVT: 6 speed Campro 1.6 IAFM+
- PREMIUM CVT: 7 speed Pro-tronic Campro 1.6 CFE
OTHERS:
- Hot Press Materials (body)
- Platform diambil dari P6 (Exora)
- Italdesign Giugiaro
NAMA MODEL:
- Masih belum diketahui
Sumber: Proton Blog
Wednesday, February 29, 2012
Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini. Program perumahan RMR1M ini membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa. Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.
Friday, February 24, 2012
Realiti Burung Angry Birds
Pernah main tak permainan Angry Bird? Tentu pernah main di handpone canggih korang atau pon kat PC. Taukah korang sebenarnya karektor burung dalam permainan Angry Bird tu di dalam nyata? Jom kita saksikan gambar kat bawah ni:
Kesahihan tidak dapat ditentukan. Sebab sumber diperoleh dalam google..hehe..
Thursday, February 23, 2012
Maklumat Proton P3-21A didedahkan
Salam semua.. Pada masa sekarang ini rakyat Malaysia tertunggu-tunggu kemunculan model terbaru Proton iaitu Proton Tuah atau dikenali kod P3-21A. Bagi aku mungkin model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi. Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognyachedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.
Subscribe to:
Posts (Atom)







