Pages

Wednesday, August 27, 2014

Apa Itu Cellmaxx ??

CellMaxx ™ adalah makanan kesihatan berasaskan alga hijau biru  yang di kenali sebagai Aphanizomenon flos Aquae (AFA)  dari Tasik Klamath, Oregon, Amerikal Syarikat.  Produk ini kaya dengan nutrisi lengkap seperti  Polisakarida, Phycocyanin, Klorofil, L-selectin ligand, Vitamin, Trace Mineral, Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA). Kajian menunjukan pengambilan CellMaxx ™ sebanyak 1 ke 2 paket seharimampu menyokong pemebeasan sel-sel stem dewasa daripada tulang sumsum dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semulajadi.

Penyelidikan baru juga menunjukkan Blue Gree Alga (Aphanizomenon flos Aquae/AFA) badan sokongan sistem penyembuhan semulajadi dan membantu menyembuhkan, menjana semula dan membaiki sendiri secara semulajadi. Aphanizomenon flos Aquae juga terbukti secara klinikal untuk menyokong pembebasan Natural Killer (NK) Sel untuk menghapuskan sel-sel bermutasi dan sel-sel kanser daripada formula khas body. Formula bioaktif AFA juga membantu memetabolismekan protein dan membantu menghapuskan sisa toksik menyokong badan dalam menentang patologi acuan, yis, kulat, dan virus.

PHENYLETHYLAMINE (PEA)

•Membantu merawat penyakit Attention Deficit Disorder (ADD) dan Autism

•Membantu mengatasi kemurungan

•Meningkatkan konsentrasi dan fokus terutamanya pada kanak-kanak

•Mengatasi penyakit nyanyuk / pelupa

•Meningkatkan pengaktifan membran sel otak

PHYCOCYANIN

•Menghalang pembentukan enzim inflamantori / keradangan

•Mampu merawat pelbagai penyakit seperti asma,gout,thyroid, sinus dan buah pinggang

POLYSACCHARIDE

•Membantu penghasilan Sel NK(Natural Killer Cell)sebagai benteng pertama melawan sel kanser dan virus didalam tubuh

•Membantu pengerakkan dan penyerapan Sel Induk Dewasa secara optima

•Menurunkan paras kolestrol dan membantu penyerapan nutrisi serta mengawal gula dlm darah

L-SELECTIN LIGAND

•Membantu penghasilan dan pengaktifan Sel Induk Dewasa dari tulang sum-sum secara semulajadi

Adalah CellMaxx selamat digunakan? 

Ya selamat. Cellmaxx berfungsi untuk menyuburkan dan menyokong fungsi sistemik badan. Kami mengesyorkan anda berunding dengan perubatan atau penjagaan kesihatan profesional sebelum anda memakan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesihatan atau keadaan perubatan.

Adakah CellMaxx disyorkan untuk kanak-kanak dan ibu mengandung?

CellMaxx adalah selamat untuk wanita hamil, wanita menyusukan bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan bahawa wanita hamil atau menyusu berunding dengan pakar perubatan atau penjagaan kesihatan sebelum mereka memakan CellMaxx.

Apakah dos harian yang disyorkan? 

Dos harian yang disyorkan ialah 1 gram (1 bungkus) bagi setiap hari untuk orang yang sihat dan 2-3 gram (2-3 bungkus) setiap hari untuk rawatan penyakit. Sila berunding dengan perubatan atau pakar kesihatan profesional sebelum anda memakan CellMaxx.

Info: Cellmaxx Seremban

Admin: Tak pernah dengar lagi produk ni di pasaran. Just share je..

Monday, July 7, 2014

Bandar Sri Sendayan - Ladang Anggur

Sebenarnya masa aku servey2 untuk beli rumah, barulah aku tau kat N9 ni ada ladang Anggur yang terletak di Sendayan. Kiranya ada jugala tarikan pelancong untuk datang ke Sendayan tu.

Ladang anggur Sendayan Valley terletak lebih kurang 6 km dari Jalan Seremban-Port Dickson, 90 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Bandar Seremban dan hanya 20 km dari KLIA. Ini menjadikan Sendayan Valley sebagai ladang anggur paling dekat dengan bandar.

Petikan gambar dari web MPN

Menurut pemilik ladang anggur berkenaan yang diusahakan oleh Syarikat A-WINN Global Market Services Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan ladang dibuka untuk dilawati oleh ramai setiap hari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 petang dengan bayaran RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak. Maklumat ni diperolehi dari ladang webnya 3 tahun dulu. Tetapi bebaru ni aku lalu ladang anggur ni macam dah tidak diusakan lagi. Mungkin faktor kepanasan dan pertambahan rumah yang makin meningkat.

Mungkin pihak yang berkaitan seperti MPN perlu lakukan sesuatu agar tarikan pelancong ni musnah begitu sahaja.

Sumber: MPN dan blog santai

Friday, April 18, 2014

Kualiti Rumah Seri Pajam (SPD)

Tentu ramai nak tau kualiti rumah yang dibuat oleh  syarikat Seri Pajam ni ok ke tidak. Tetapi kat sini, aku hanya letakkan gambar yang berlaku di Warisan Puteri. Dan biarlah pembaca yang menilai sendiri. Harap kualiti rumah SPD dijaga sama bukan sekadar kejar keuntungan semata.

UPDATE : Gambar di bawah ni baru je berlaku di Taman Nusa Intan pag Jumaat (18 Apr 2014) Tetapi bukan rumah, cuma tembok Indah Water je yang runtuh.

Tuesday, April 8, 2014

OPPO N1 masuk pasaran Malaysia

Biasanya pengeluar telefon akan membangunkan dua kamera, satu di depan manakala satu lagi di belakang yang selalunya mempunyai resolusi berlainan.
Tapi, lain pula dengan satu syarikat dari China, Oppo yang mencipta satu saja kamera bagi model N1. Uniknya, kamera tersebut boleh diputarkan 206 darjah dari belakang ke depan dan sebaliknya yang lengkap bersama resolusi 13 megapiksel.
 
Operasi kamera yang pantas dibuka (0.6 saat) menjadikannya antara yang terpantas merakam foto. Manakala jika kamera dipusing pada putaran 120 darjah, ia secara automatik akan mengaktifkan skrin utama.
Kamera telefon ini mempunyai lebih 10 modul, 50 kabel dan 67 komponen yang tidak mudah rosak menunjukkan betapa seriusnya syarikat Oppo mahu menyaingi nama-nama besar. Enjin khas pemproses imej Pure Image juga tawarkan Oppo.

rantai kunci yang mengawal secara mudah alih 
Skrin belakang boleh disentuh

Oppo boleh didatangkan bersama rantai kunci yang bukan saja menjadi alat kawalan untuk menekan 'shutter' kamera tetapi mengesan telefon dalam jarak 15 meter radius sekiranya anda tersalah letak.
Manakala body aluminium penuh telefon ini bukan saja menghasilkan rekaan premium tetapi warna cantik yang diperkemaskan menidakkan stigma peranti buatan China langsung tidak berkualiti tinggi.
Saiz skrin 5.9 inci cukup untuk penggunaan seharian tetapi yang lebih menarik ia memperkenalkan cara baru menggunakan telefon pintar yang mana pengguna saja mampu menyentuk skrin depan tetapi badan belakang peranti berkeluasan 12 sentimeter persegi bagi mengoperasikan serta menggerakkan aplikasi.

Ia mula dijual pada harga lebih kurang RM1,790 dan beroperasi pada OS Android 4.2 Jelly Bean dan keupayaan bateri 3610mAh.

Sumber: My News

Friday, March 28, 2014

SUN TUNNEL - Pencahayaan Semulajadi Di Dalam Rumah

Salah satu konsep pencahayaan semulajadi ke dalam rumah yang dapat menjimatkan bil elektrik adalah dengan menggunakan pencahayaan matahari. Kebiasannya pencahayaan ini diperoleh melalui cermin-cermin tingkap.
Untuk kawasan yang lebih gelap atau tiada tingkap seperti di lalaun doorway atau bilik salinan, penggunaan alat yang dikenali sebagai 'Sun Tunnel' ini dapat membantu membekalkan cahaya semulajadi ke dalam ruang tersebut melalui siling rumah.

Kebanyakan kontraktor pada masa ini banyak menggunapakai konsep serupa tetapi menggunakan solusi yang lebih mudah iaitu bumbung lutsinar dan cermin pada bahagian siling.

Walaubagaimanapun, solusi tersebut tersebut walaupun jauh lebih murah, tidak se-elegan dan mempunyai beberapa isu iaitu :
1. Nampak bayangan kekuda atap, perlu gunakan cermin gelap
2. Perlu dicuci setiap 3 bulan kerana pengumpulan habuk pada cermin

Alatan khusus Sun Tunnel pula dapat mengelakkan kedua-dua masalah di atas. Cuma belum dapat kepastian samaada Sun Tunnel ni ada di jual di Malaysia atau tidak.

Sumber:Mahligai Idaman.

Thursday, March 27, 2014

MH370 - UNTUNGNYA MEREKA BERADA DI DALAM PESAWAT MH370 YANG HILANG TU

Setiap hari entah siapa yang doakan kita. Kalaupun kita pergi... Berapa doa yang di kirim untuk kita disana. Namun bertuah bagi mereka yang berada di dalam pesawat MH370 yang sampai saat ini hanya boleh di klasifikasi sebagai HILANG sebab masih tiada bukti yang jelas, hanya teori & analisis dari pakar Britian sahaja yang mengesahkan ia berakhir di lautan hindi.

Sungguh aku cemburu dengan kamu semua.. Kamu sangat bertuah. Sejak kehilangan kamu, berjuta manusia mendoakan. Bila kau di sahkan terkorban.. Banyak airmata tumpah & banyak jugak al fatihah di hadiahkan. Sesungguhnya kamu adalah insan2 terpilih. Andai benar kamu terkorban.. Maka syahid la bagi mu (bagi yang muslim).

Pada waris2 mangsa... Hapuslah airmata. Mati itu pasti cuma kita tidak tahu dimana & bagaimana. Mereka akan jadi sejarah yang kekal dalam ingatan berjuta insan.

Pada lautan hindi luas terbentang, Jika kau ingin menyimpan jasad mereka, cukuplah sekadar beri petanda yang nyata mereka kini sedang beradu dalam dakapanmu. Ya Allah.. sesungguhNya kau lebih mengetahui segalanya.. Berilah kami sedikit petunjuk agar kami tahu hidup atau mati mereka. Biar jelas segalanya tiada lagi spekulasi atau teka teki.

Petikan: networkedblogs.com

Tuesday, March 11, 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MH370

Negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dari radar menara kawalan yang berlepas dr KLIA ke Beijing pada pagi Sabtu yang lalu. Maka banyakla andaian2 yang dikeluarkan. Antaranya ada yang kata terhempas di laut, tawanan di udara dan sebagainya.

Walau apa pon sebagai rakyat Malaysia kehilangan pesawat ini akan dapat dirungkai oleh pihak berwajib agar tidak menjadi persoalan di fikiran rakyat Malaysia dan dunia. Sama-samalah berdoa agar pesawat ini dapat ditemui dalam keadaan baik dan menggembirakan.