Pages

Thursday, September 14, 2023

Pelancaran KAB Gold

 


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt.


Pada petang 3 Februari 2021, dengan rasminya KAB Gold dilancarkan. Pengasas syarikat ini ialah Ustaz Khairul Anuar Basri dan Datuk Mohd Daud Bakar. KAB Gold didaftarkan bawah syarikat KAB Goldynamics sdn bhd. Mari kita ikuti ucapan ringkas pengasasnya di bawah.



Sama-sama kita doakan usaha murni ini berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bersama-sama syarikat emas pelaburan yang lain yang ada di Malaysia.

KAB Gold mengeluarkan gold bar 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 100g dan akan datang 250g serta 1000g. Disamping itu, ada juga 1 dinar dan 1/2 dinar. Harga kesemua item ini boleh dirujuk di website kabgold.my

Harga yang ditunjukkan adalah tanpa kos tersembunyi. Buat masa ini, pelanggan boleh membeli secara pos dan mereka boleh pos ke seluruh negara.


Oh ya, mereka juga mempunyai akaun emas yang mana amat istimewa. Anda boleh beli emas serendah 0.25g, dan anda juga boleh keluarkan fizikal apabila cukup target. Apa yang sangat menarik berkenaan akaun ini adalah anda tidak perlu tinggalkan sebarang baki didalan akaun untuk kekal aktif. Ini satu-satunya akaun emas sebegini yang ada di Malaysia saat artikel ini ditulis. Nama akaun emas ini ialah Uncang emas. Ia sempena pada zaman Rasulullah, uncang digunakan untuk menyimpan emas dan perak.

Uncang Emas KAB ini telah dilancarkan pada 1 March 2021 dan belian adalah secara online.



Rebut peluang menjadi sebahagian dari keluarga KAB Gold secara percuma buat masa ini dengan mendaftar terus di https://kabgold.my/introducer/KAB9869  untuk mendapat support dari saya sebagai gold Advisor. Pendaftaran adalah percuma. Selepas mendaftar, semak email anda untuk verification & login di kabgold.my

 

Sekian dahulu kali ini, sama-sama kita doakan kemajuan syarikat emas muslim ini supaya dapat bersaing ke peringkat antarabangsa. Visi mereka amat baik dan Datuk Daud sendiri mempunyai halatuju yang jitu.

Sekian,


Mohd Syahriman b Sulaiman
Gold Advisor
KAB Gold

Friday, March 29, 2019

Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan





Assalamualaikum.. Dah lama xupdate blog dan juga dah lama xupdate prkembangan Bandar Sri Sendayan.  Hari ini berkesempatan lalau ke sana. Wah kagum rasanya banyak perubahan. Antaranya sudah ada masjid yang hampir siap. Carian dibuat dengan En Googole masjid ini dinamakan dengan nama Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan. Disertakan gambar masjid ini yang diambil dalam internet.












Monday, March 11, 2019

Perodua Aruz

Hasil carian imej untuk perodua aruz


Perodua Aruz, model SUV terbaru pengeluar tempatan itu, hari ini mula dibuka untuk tempahan di seluruh negara. Selain itu, harga anggarannya juga telah didedahkan. Ditawarkan dalam dua varian, SUV tujuh-tempat duduk berkenaan hadir dengan tanda harga bermula dari RM72,200 bagi varian 1.5 X dan RM77,200 bagi varian 1.5 Advance (AV). Harga ini adalah untuk Semenanjung Malaysia, atas jalan tanpa insurans. Lengkap dengan jaminan kilang selama lima tahun atau 150,000 km.
Dengan pengumuman rasmi dari Perodua ini, harga Perodua Aruz berada pada tahap RM20k lebih rendah berbanding model yang dibangunkan seiringan, Toyota Rush yang diumumkan harga anggarannya ketika pengenalan bermula dari RM93k hingga RM98k. Aruz juga lebih murah berbanding Honda BR-V, yang dijual antara RM81k hingga RM88k.
Kelengkapan standard bagi Aruz termasuk lampu utama LED, rim aloi 17-inci, corong pendingin hawa untuk barisan kedua, sistem tanpa kunci dan butang Push Start, pengimbas Touch n Go binaan dalaman, slot pengecas bagi semua barisan, enam beg udara dan kamera undur.
Aruz AV pula menerima tambahan lampu LED automatik, landasan pada bumbung, kemasan kulit, stereng balutan kulit dengan kawalan telefon, perakam video digital (DVR) dan input HDMI. Varian tertinggi ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0.

Ia sama dengan sistem ASA yang ada pada Myvi sebelum ini, tetapi kali ini hadir dengan penambah baikan; termasuk di dalamnya ciri Pre-Collision WarningPre-Collision BrakingFront Departure Alert dan Pedal Misoperation Control, tetapi dengan tambahan pengesanan pejalan kaki bagi pra-perlanggaran.
ASA 2.0 juga memperkenalkan tahap kelajuan pengaktifannya yang lebih luas – sehingga 80 km/j (dulu hanya 30 km/j), pengesanan pejalan kaki/membrek sehingga 50 km/j – sama seperti yang dilihat pada sistem Toyota Rush.
Model terbaru Perodua ini dilengkapi dengan enjin Dual VVT-i cekap tenaga (EEV), dengan ciri Eco Idle dan kadar penggunaan minyak 15.6 km/l. Enjin ini dijangka berkongsi unit 2NR yang sama ditawarkan pada model Myvi, yang turut digunakan oleh Toyota Rush. Toyota juga mendakwa penggunaan minyak model Rush mampu mencapai 15.6 km/j, dan menggunakan transmisi automatik empat-kelajuan, pacuan roda depan.
Perodua Aruz ditawarkan dalam lima pilihan warna – Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White dan Amazon Green. Hijau berkenaan merupakan warna baru yang diperkenalkan untuk model ini, sementara putih merupakan warna solid. Apa pandangan tentang harga yang diumumkan ini?


Tuesday, January 17, 2017

Tutorial renew roadtax di pejabat pos bermula 1 September 2016 (PROSEDUR BARU)

Bagi korang nak renew roadtax di pejabat pos, aku nak ingatkan terdapat sedikit perubahan prosedur. Bermula 1 september 2016 yang dah lepas, sijil pemilikan kenderaan (VOC) sudah mula diterima di pejabat pos untuk proses pembaharuan roadtax & insuran. Geran original (green card) masih diterima pakai bagi pemilik yang belum membuat pertukaran kepada VOC.

Beza Geran (green card) & VOC:


beza-kadpendaftarankenderaan-rcgreencard-sijil pemilikankenderaan-voc 
*gambar diculik dari google*
Prosedur baru:
  1. Untuk pembaharuan cukai jalan, korang tidak perlu lagi membawa geran atau VOC. Yang penting, ingat no. plat kenderaan & no.IC pemilik kenderaan. Itu sahaja. Geran atau VOC boleh juga dibawa untuk memudahkan petugas kaunter memasukkan maklumat dalam sistem.
  2. Pemilik asal atau wakil yang datang untuk tujuan pembaharuan cukai jalan perlulah membawa IC original (wajib). Kalau pemilik itu sendiri yang datang, perlulah membawa IC (kad pengenalan sendiri) dan begitu juga sebaliknya. IC pemilik asal tidak perlu dibawa jika wakil yang datang, sebaliknya wakil itu sendiri perlu mengemukakan IC-nya. (Jangan risau, walaupun cip IC tersebut rosak, tiada masalah).
  3. Tiada lagi cetakan pada bahagian belakang geran original lama (green card), begitu juga bagi yang menggunakan VOC.
  4. Pemilik asal atau wakil yang datang perlu mengisi maklumat pada resit borang JPJ-01, pada borang tersebut juga cetakan harga / gst dll di-print.
  5. Bagi yang ingin memperbaharui cukai jalan dan insuran sekali, wajib bawa geran atau VOC kerana maklumat kenderaan diperlukan seperti no.enjin, casis dll.
 
borang-resit-urusanjpj-posjpj01

Peringatan: Pertukaran Kad pendaftaran Kenderaan – RC (green card) kepada sijil pemilikan kenderaan (VOC) hanya boleh dilakukan di JPJ.
P/s: Jika petugas kaunter memberitahu korang perlu rujuk JPJ, kenalah pergi kat sana gak. Dalam sistem block. Maksudnya, pembaharuan cukai jalan tidak dapat dilakukan di pejabat pos samada disebabkan ada saman, senaraihitam dll. Manakala, bagi kes *tiada rekod insuran yang sah*, bermaksud samada insuran belum dibuat atau insuran telah dibuat tetapi belum dikemaskini dalam sistem JPJ, boleh jadi sewaktu insuran diperbaharui petugas (syarikat insuran) tersebut melakukan kesilapan seperti salah sambung tarikh insuran. Perlu hubungi pihak insuran tersebut untuk bantuan dan pembetulan.
Yang benar,
Admin

Kredit : saharol
 

Tuesday, February 16, 2016

Tips Tanggalkan '"Road Tax" Kereta Tanpa Tinggal Kesan Gam Di Cermin




Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.

Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.

Selepas setahun, "road tax'' berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, "Road Tax" dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila "Road Tax" ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.


Add caption

Rendam kain dengan air panas.
Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul "Road Tax" yang hendak ditanggalkan

Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

Selepas 5-10 minit. tanggalkan "Road Tax" berkenaan perlahan-lahan.


Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.

Sumber: Siakap Keli

Wednesday, December 30, 2015

4 Makanan Ini Bersihkan Paru-Paru Dalam 72 Jam

4 Makanan Ini Bersihkan Paru-Paru Dalam 72 Jam

4 Makanan Ini Bersihkan Paru-Paru Dalam 72 Jam | Walaupun perokok tahu akan bahaya merokok namun bukan senang bagi mereka untuk berhenti terutama bagi perokok tegar yang sudah merokok bertahun-tahun lamanya.
Salah satu dampak paling merugikan dari rokok adalah efek candu yang ditimbulkannya. Penyebabnya adalah nikotin yang merupakan zat adiktif yang menimbulkan perasaan candu dalam diri perokok. Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimiawi dalam otak terutama hormon dopamine dan norepinephrine yang mengendalikan rasa puas, rileks dan bahagia.
Kalau seseorang mengisap rokok, nikotin di dalamnya akan merangsang otak untuk memproduksi sedikit dopamin, akibatnya si perokok akan merasa rileks dan nyaman. Alam bawah sadar kemudian terus menerus meminta agar dopamin diproduksi lebih banyak, caranya dengan terus menambah asupan rokok.
Sayangnya kebiasaan merokok ini berdampak pada organ tubuh yang lain. Sebatang rokok diketahui mengandung ratusan zat kimia berbahaya seperti amonia, karbon monoksida, nikotin, kromium, kadmium, timbal, dan lain-lain. Memasukkan bahan-bahan kimia ini ke dalam tubuh sama dengan meracuni tubuh sendiri.
Sebuah penelitian pernah dilakukan terhadap paru-paru perokok. Hasilnya, orang yang menghabiskan satu bungkus rokok setiap hari berisiko mengalami kanker paru-paru 20 kali lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok, dimana sebagian besar kasus kanker paru-paru baru muncul ketika perokok telah mencapai usia di atas 40 tahun.
Selain kanser, perokok juga berisiko mengalami infeksi paru-paru yang ditandai dengan gejala batuk menahun dan sering bercampur darah. Pada umumnya perokok mengabaikan gejala ini sampai akhirnya struktur paru-paru jadi rusak sehingga tidak dapat berfungsi normal dan akhirnya akan menimbulkan komplikasi pada jantung.
Tidak ada cara untuk menghindari penyakit-penyakit di atas selain berhenti merokok secara total dan mulai menjalani gaya hidup yang sehat. Tapi bagi anda yang masih sangat sulit berhenti merokok, di bawah ini beberapa jenis makanan yang bisa anda konsumsi untuk membersihkan paru-paru anda dari racun dan zat kimia berbahaya.

4 Makanan Ini Bersihkan Paru-Paru Dalam 72 Jam

1. Halia

halia

Halia mempunyai sifat antiseptik dan antibakteri dan juga membantu saluran bronkial untuk menghilangkan zat-zat berbahaya dari paru-paru. Manfaat yang umumnya langsung terasa oleh perokok setelah mengamalkan makan halia adalah pernafasan jadi lega dan terasa lapang. Cara terbaik untuk mengamalkannya adalah dengan mengunyah sepotong halia segar untuk membuka saluran pernafasan yang tersumbat.

2. Limau Bali

limau bali

Limau bali memiliki khasiat yang sangat besar bagi kesehatan terutama untuk melawan kanker paru-paru. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan yang dapat membantu tubuh mencegah sel kanker tumbuh tak terkendali.
Menurut seorang pengkaji, limau bali jeruk bali kaya vitamin C yang menyebabkan buah ini memiliki kemampuan menghambat kerja enzim yang dapat mengaktifkan sel kanker paru-paru. Perbanyaklah mengonsumsi jeruk bali jika anda seorang perokok aktif.

3. Selenium

Selenium

Selenium adalah mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam memperkuat membran paru-paru. Hasil penelitian menyebutkan kadar selenium dalam tubuh berbanding terbalik dengan jumlah sel kanker. Artinya jika selenium banyak maka sel kanker akan menurun atau bahkan hilang, begitu pula sebaliknya.
Mineral Selenium banyak ditemukan dalam semangka, jamur, tiram, bayam dan ubi jalar. Jika anda seorang perokok, anda wajib mengonsumsi makanan-makanan tersebut untukmeningkatkan daya tahan tubuh dan membersihkan paru-paru anda dari racun.

4. Bawang Putih


bawang putih

Sebuah penelitian pernah dilakukan di Jiangsu Provincial Centre for Disease Control and Prevention di China. Hasil riset menyebutkan rajin mengonsumsi bawang putih minimal dua kali seminggu dapat menurunkan akan menurunkan risiko kanker paru sampai 44%.
Bawang putih diketahui mengandung antioksidan yang dapat mengurangi radikal bebas dalam tubuh dan mengandung senyawa allicin yang berfungsi untuk menghilangkan inflamasi dalam tubuh.
Demikian empat buah makanan yang dapat membersihkan paru-paru dari racun akibat merokok. Selain keempat makanan tersebut, anda juga bisa mengonsumsi sirsak sebagai pengobatan penyakit kanker. Semoga bermanfaat, jangan lupa klik like dan sebarkan artikel ini ke teman anda yang perokok aktif.

Kredit: http://mediasensasi.com 

Monday, December 28, 2015

Tips Frozen Makanan & Bahan Masakan

Tips Frozen Makanan & Bahan Masakan

Tips  kali ini untuk  kawan-kawan yang  working wife yang rajin memasak eloklah diamalkan, sediakan bahan-bahan pada weekend…bukan apa plan in advance , ini dapat elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Walaupun saya tidak bekerja tapi saya tetap sediakan bahan-bahan  terlebih awal, selain memudahkan ,menjimatkan elektrik, dapur nampak lebih bersih teratur kemas, selain  itu dapat menjimatkan masa, masa yang ada boleh layan anak-anak..lagi best dapat melayan internet..hehehe. Sebelum itu mari kita semak  apa yang kita perlu sediakan dahulu.