Tips kali ini untuk
kawan-kawan yang working wife yang rajin memasak eloklah diamalkan,
sediakan bahan-bahan pada weekend…bukan apa plan in advance , ini dapat
elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Walaupun saya
tidak bekerja tapi saya tetap sediakan bahan-bahan terlebih awal,
selain memudahkan ,menjimatkan elektrik, dapur nampak lebih bersih
teratur kemas, selain itu dapat menjimatkan masa, masa yang ada boleh
layan anak-anak..lagi best dapat melayan internet..hehehe. Sebelum itu
mari kita semak apa yang kita perlu sediakan dahulu.

Sayur herba- halia, kunyit
hidup, lengkuas - wrap dengan cling wrap. masukkan di dalam petiais,
halia sekiranya dalam kuantiti yang banyak besar , potong bahagian yang
hendak di guna untuk 2,3 hari, sebahagian lagi di wrap cling.

Sayur berdaun - Bila balik dari
pasar, keluarkan semua sayur-sayur ini biar sebentar wap panas keluar.
Bila dah sejuk bungkus dengan surat khabar. Baru masukkan dlm peti
sejuk. Kalau balik pasar terus masuk dlm fridge nanti sayur akan berwap —
membuatkan dia cepat kuning. Kemudian- potong siap2, jangan
basuh/bilas, simpan dalam container plastik tupperware, plastik ware ,
letak di dalam peti, InsyaAllah bole tahan sehingga seminggu, kadang2
lebih.

Ikan -
siang, cuci bersih ,kalau ikan tak cuci/siang nanti darah dia menodai
badan dan mata — akhirnya ikan nampak tak cantik dan simpan dalam bekas
yg sesuai, plastik pun boleh,pastu letak asam keping atau belimbing.
Satu bekas untuk sekali masak,supaya nanti tak perlulah nak keluar dan
rendam/thaw ikan banyak2 sekali gus padahal nak masak 2 ekor.Untuk
segarkan ikan yang dibeku ,rendam dalam susu segar 15 minit.
Seafood-
Udang basah seperti biasa ,kemudian gaul udang tersebut dengan gula
kasar rata-rata setelah membersih dan membuang kulitnya. Kemudian simpan
udang itu dalam peti sejuk.

Ayam- kalau nak simpan ayam
seekor , asingkan dahulu organ bahan dalam macam hati, pedal, masukkan
dalam plastik, kerana bahagian2 ini boleh mengeras bila berada dalam
perut ayam..kalau di potong, bersihkan dan asingkan bahagian tulang dan
isi / dipotong kecil-kecil (persedian bihun goreng ) senang hendak
dibawa keluar nanti.


Daging - boleh tahan lama di
dalam peti dibungkus dengan plastik kedap longgarkan ikatan atau foil
seperti pic diatas boleh tahan selama 2bulan, kemudian potong (besar2
pun takpe) tanpa cuci mengikut keperluan masakan. simpan seperti ikan
/ayam tadi.

Telur- kalau yang sudah di
pecahkan boleh juga dibekukan dengan masukkan sedikit gula /
garam..mengikut quantity telur,simpan di dalam bekas (tupperware).Jangan
isi terlalu penuh.

Perencah / cili kisar - gunting
cili kering 2 cm panjang…..kemudian goncangkan penapis biar biji
cili jatuh..kemudian barulah di cuci.. masukkan air..masak diatas api
tunggu mendidih. Angkat dan toskan, sambil tu buang saki baki biji cili
yang ada, kemudian blender,.kalau nak sediakan campur bawang..boleh
kisar bersama bawang… pindahkan ke dalam bekas kecil-kecil
seperti gambar diatas kemudian bekukan boleh tahan berbulan-bulan..

Kalau sering di gunakan simpan dalam
bekas besar tau botol ,caranya berlainan skit..cili yang dipotong dan
bersihkan tadi di blander dengan minyak masak dan air, kaedah ini boleh
menghancurkan biji cili yg tegar juga..kemudian masak diatas api masukan
minyak, garam dan sedikit cuka, masak sehingga pekat dan kering serta
pecah minyak. Masukkan dalam botol simpan dalam ruangan sejuk.Tahan
berbulan-bulan.Walapun tidak di bekukan.
Kalau
buat kuih seperti karipap/donut- dan ada lebih doh letak di dalam
plastic simpan dalam fridge. Frozenkan,bila rasa nak makan tak perlu
tergesa2 nak beli kat kedai.
Susu,
mayonis, butter, kicap, sos pencicah, home made jam- simpan di dalam
freezer, susu pekat manis tu letak area bawah sekali atas container
sayur.. susu memang agak keras sikit, not really keras tapi mcm thick,
itu normal . kalau letak luar dikuatiri cepat basi.Barang-barang kering
milo,tepung,garam,gula -sumer letak dlm bekas.
Lain2 bahan yang disimpan dlm peti air make sure bertutup, supaya tak bercampur aduk bau, tak dehidrat dan boleh disusun elok2.
Seterusnya untuk yang bekerja . Harap tips yang telah saya berikan dapat menolong anda untuk membantu jadual seharian anda.
-
First asingkan, contohnya nak masak ikan singgang, Asingkan 2 ekor ikan
selar dalam plastik,potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi,
kunyit hidup dan letak dalam plastik container kecik dan labelkan kat
atas kontainer tu .” IKAN SINGGANG”.
-
Ikan /ayam untuk digoreng boleh juga dimarinated ,masuk bahan-bahan
resipi,simpan dalam beg plastik atau bekas,masa nk guna defrost sekejap
selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke
isi.
Jadi buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap utk dimakan panas2.
Jadi buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap utk dimakan panas2.

Masak lauk untuk stock seminggu kata lain
few dish dalam 7/5 menu selalunya masa hujung minggu…tapi nasi
hari-hari kena masak lah ,menu lauk tadi buat untuk sekali hidangan
sahaja , masuk dalam satu bekas tupperware, ambil mana-mana lauk yang
nak makan , defrost and heat-up, Jangan sesekali defrost kemudian masuk
balik dalam peti,sebab sudah tak berapa fresh,tapi kaedah ini memang
menjimatkan dan cepat, bagi anda yang bekerja. Jangan risau makanan tak
akan basi punya.,walaupun lauk bersantan,cuma kaedah ini kurang sesuai
untuk menu sayur.
Apa yang perlu anda buat :-
1.Guna
peti sejuk biasa yang ada 2 compartment 1 untuk freezer dan satu lagi
untuk biasa .. pastikan makanan itu betul-betul beku, so sebelum pergi
kerja keluarkan mana2 yang hendak dimakan malam nanti…taruh dalam
freezer nanti tak lah guna masa lama utk defrost kan semula.

2. Resepi /Menu yang boleh dimasak… gulai lemak cili api, kari, kurma,
tumis asam pedas, segala jenis sambal, lodeh, tempe, rendang apa2 pun
boleh.. nasi beriyani pun boleh… nanti bila reheat nampak dan rasa macam
fresh

3.Guna / beli bekas plastik yang boleh
digunakan dlm microwave… kalau tak ada microwave.. boleh panaskan dalam
periuk biasa/kuali..
Kaedah ini juga
sesuai untuk sesiapa yang nak travel lebih kurang seminggu, susah nak
dapatkan makana halal..beli stok nasi goreng, mee goreng, tom yam dan
sebagainya selama mana berada disana,kemudian masuk dalam ice bag…nanti
sampai sana terus masuk freezer… setiap kali makan.. ambil satu dan
panaskan…Begitu juga kalau ada lebihan nasi kenduri dan sebagainya.
Tips lagi:
1.
Masa masak elakkan pakai gelang, cincin, jam, sebab ada kotoran takut
ikut masuk dalam masakan kita. Plus kalau kita basuh dengan limau nipis,
cincin nanti terhakis.
2. Baca bismililahi allahumma barakkta pada setiap masakan.
3.
Susu yg bertin jangan masukkan terus dalam peti ais dgn tinnya.
Sebaik2nya salin dgn bekas plastik dan labelkan. Sbb tin ada bahan
kimia.
4. Wrap sayur2 dalam plastik yg kecil2.. Jagan lepas balik pasar terus masukkan dengan plastik2 , dikhuatiri ada bakteria.
4. Wrap sayur2 dalam plastik yg kecil2.. Jagan lepas balik pasar terus masukkan dengan plastik2 , dikhuatiri ada bakteria.
Masak
dengan penuh kasih dan sayang..niat masakan ku umpama masakan di
syurga, jangan lupa setiap makanan atau bahan yang di cuci di sertai
dengan salawat kepada junjungan s.a.w.
…………………………………………
…………………………………………
Sesambil kita masak tu kita tak nak lah buang semua benda dlm tong sampah ..nanti busuk kan?
- Buat mcm ni, bila buka sardin atau apa apa makanan dlm tin ..cuci tin tsbt sebelum masukkan dlm tong sampah.
-
Kulit udang, isi perut ikan dll — bubuh dlm plastik kecil simpan dlm
freezer. Bila hari lori bandaraya sampai baru masukkan dlm tong sampah.
Cara ni tak buat tong sampah kita busuk dan dihurung lalat, semut.
Sumber: rosemahiza Blog
No comments:
Post a Comment