Pages

Tuesday, December 13, 2011

Test Drive Proton Saga FLX SE 1.6 dan 1.3 with CVT


Pada Ahad yang lepas, aku telah berkesempatan untuk menguji pandu kereta Proton Saga FLX SE 1.6 dan 1.3 di Pusat Jualan Proton Edar, Senawang. Aku pergi pada hari minggu, jadi memang lengang jelah Pusat Jualan tu, jadi dapatla aku mencuba kedua-dua model. Aku ditemani jurujual Ida pada waktu itu. Apa yang boleh aku katakan, proton saga FLX SE 1.6 dan 1.3 yang dijana oleh enjin Campro IAFM + CVT memang bagus. Penukaran gear tidak terasa langsung dan pemanduan memang lancar, tidak seperti memandu kereta auto yang biasa. Tahniah kepada Proton kerana menghasilkan kereta yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Harga yang ditawarkan juga cukup kompetetif iaitu bawah RM50K.


Proton Saga FLX SE 1.6 with CVT

Brosur Proton Saga FLX 1.3 with CVT


No comments:

Post a Comment