
Semasa proses membina atau membeli
sesebuah PC/laptop, harddisk adalah diantara barang utama yang menjadi
pilihan. Dari segi kapasiti, jenama, hinggalah kelajuan harddisk
tersebut. Dan hari ini aku ingin memeningkan lagi kepala korang semasa
proses pemilihan harddisk. Adakah korang akan membeli harddisk atau hard
drive (HDD) yang selalu diguna ataupun menggunakan solid state drive
(SSD). Mesti korang tertanya-tanya, yang manakah lebih bagus dan
berbaloi? Apakah pula perbezaan diantara kedua-duanya.
Jadi hari ini aku nak huraikan sedikit mengenai jenis, kelebihan dan kekurangan diantara kedua-duanya.
Hard Disk Drive (HDD)
Kita mulakan dengan harddisk atau hard
drive (HDD). Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956.
HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter)
yang berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, semakin
laju/pantas respon HDD tersebut. HDD yang berada dipasaran selalunya
diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200
RPM. Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga
mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (selalunya digunakan pada
laptop/external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiz, perbezaan
connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang aku tahu
adalah IDE dan Serial ATA/SATA.
Bagi IDE, ia mempunyai 40 pin berbanding
dengan sata yang hanya mempunyai 7 pin. Tahap kelajuan proses
pemindahan data juga berbeza untuk kedua-dua HDD ini. Bagi ID, ia
mempunyai kelajuan memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133MB/Saat.
Manakala SATA, ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/Saat.
Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan
memindahkan data sehingga 300MB/saat. Lain-lain adalah pada saiz kabel
sambungan HDD itu sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada
SATA.
Solid State Drive (SSD)
Seterusnya aku mahu memperkenalkan serba sedikit mengenai SSD. Mungkin
korang biasa dengan ‘term’ pendrive ataupun USB drive. Untuk pendrive,
ianya menggunakan mikrocip untuk menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah
SSD ini adalah menyerupai pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya.
Selalunya SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan
kata lain ianya menggunakan non-volatile memory. Ada ura-ura mengatakan
SSD akan kehilangan data secara tiba-tiba selepas bertahun, tetapi aku
rasa ianya hanyalah mitos semata-mata. Disebabkan SSD tidak mempunyai
piring yang berputar, ia mampu membuatkan proses pemindahan data dengan
laju. Sebagai contoh, SandForce SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses
pemindahan data hingga ke 500MB/saat. Hingga ke hari ini, aku hanya
mengetahui SSD mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel
sambungan menggunakan soket SATA.
Perbandingan antara Hard Disk Drive (HDD) & Solid State Drive (SSD)
HDD (Hard Disk Drive)
|
SSD (Solid State Drive)
|
|
Kapasiti
|
Boleh didapati dari 320GB hingga
ke 2TB.
|
Sukar mendapatkan kapasiti yang
tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci
|
Kelajuan Read/Write
|
Dalam lingkungan dari 50 - 120MB/s
|
Selalunya melebihi 200 MB/s dan
terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
|
Encryption
|
Full Disk Encryption (FDE) pada
sesetengah model
|
Full Disk Encryption (FDE)
|
Harga
|
HDD bersaiz 3.5 inci lebih murah
dari 2.5 inci.
Contoh : RM1 = 1GB |
Lebih mahal jika dibandingkan
dengan HDD.
Contoh : RM10 = 1GB |
Bunyi
|
Kadang-kadang ianya menghasilkan
bunyi putaran.
|
Tiada bunyi yang dihasilkan.
|
Kadar Kegagalan
|
kadar kegagalan kira-kira 1.5 juta
jam atau lebih
|
kadar kegagalan kira-kira 2.0 juta
jam atau lebih
|
Terjejas Dengan Magnet
|
Magnet boleh memadam data
|
Selamat dari sebarang magnet
|
Penggunaan Kuasa
|
Menggunakan kuasa elektrik lebih
tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi
pengurangan kuasa bateri.
|
Penggunaan kuasa elektrik yang
rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit.
|
Permintaan Dipasaran
|
Mudah didapati dan terdapat
pelbagai pilihan
|
Sukar untuk didapati. Mungkin
lebih mahal dari biasa.
|
Kelajuan Membuka/Membaca Fail
|
Perlahan daripada SSD
|
Sehingga 30% lebih cepat daripada
HDD
|
Jangka Masa Boot Windows 7
|
Secara purata selama 40 saat atau
lebih.
|
Secara purata selama 30 saat atau
kurang bergantung pada prestasi komputer.
|
Kadar Haba
|
Tidak menghasilkan haba yang
tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen
yang berputar
|
Masih menghasilkan haba tetapi
tidak terlalu tinggi.
|
Kredit: Piratz | ||
---|---|---|
No comments:
Post a Comment