Pages

Tuesday, December 20, 2011

Percuma Proton Saga FLX 1.3 (M) dan Ipad 2

Boleh dapat percuma ke Proton Saga dan Ipad 2?Mana ada benda yang percuma kat dunia zaman sekarang ni.....Tapi tidak mustahilkan....Kat sini aku nak kongsikan cerita bagaimana nak dapatkan Proton Saga FLX 1.3 dan Ipad 2 dengan percuma.




Kalau sesiapa yang rasa banyak duit sikit belila Berita Harian. Dan tentu perasan yang Berita Harian sedang menganjurkan peraduan Cabaran Laluan Berliku. Di mana kalau berminat untuk menyertainya kenala ada borangnya yang disertakan dalam Berita Harian yang korang beli tu atau pon pada yang tak berapa kaya tu borang boleh juga diambil di opis korang bekerja. Isi maklumat yang diperlukan dan lukiskan garisan dari titik A ke titik B. Senang je tu...Lepas tu kumpul untuk satu minggu bersama dengan kepala surat khabar iaitu Berita Harian bukan Berita Kosmo ye...Peraduan dijalankan bermula dari 7 Disember 2011 hingga 3 Januari 2012. Minggu ni sudah masuk minggu ke 2. Untuk memenangi Proton Saga FLX 1.3 dengan percuma kena hantar borang  7 Disember 2011 hingga 3 Januari 2012. Manakala untuk memenangi Ipad hadiahnya mengikut mingguan. Jom sertai sekarang.

Nota Kaki: Aku bukan orang Berita Harian

No comments:

Post a Comment