Pages

Wednesday, November 4, 2015

Tips: Emergency Call Smart Phone

 
Dipetik dari FB Faris Foxz

Salam, nk share sedikit tips. harap2 ia bermanfaat buat kita semua.
Selalunya smartfon korang mesti lock dgn pasword/pin kan? Pernah tak terfikir kalau waktu tu korg dlm kecemasan seperti kemalangan dan tidak sedarkan diri, dan ketika itu jugalah tiada sebarang pengenalan diri pada anda.

Monday, November 2, 2015

Kopi Mansor @ Mr Manshor Kopitiam Power - Seremban


Bagi penduduk yang tinggal di sekitar Seremban, tentu kopi manshor ini tidak asing lagi. Aku mula mengenali kopi ini buat pertama kali ketika kedai ini dibuka di Pakar Paroi Seremban. Rasa kopi ini memang pahit kerana salah satu ramuanya ialah buah tunjuk langit. Kopi ini begitu terkenal di Seremban sehinggakan ramai kawan-kawan luar N Sembilan yang datang akan minta untuk tunjukkan kedai kopi ini.  Menurut pemlik kedai ini, kopi yang dijual dikatakan kopi yang 'TERMAHAL DAN TERSEDAP DI DUNIA'.


Seri Pajam Adventure Run 2015 Di Taman Nusa Intan, Senawang



Pemaju Seri Pajam telah menganjurkan Seri Pajam Adventure Run 2015 pada 1 November 2015 bertempat di Nusa Intan. Aktiviti dijalankan pada seawal pagi jam 5.30 pagi untuk pendaftaran peserta. Larian adalah sejauh 8km seperti dalam peta di bawah.

Tuesday, October 27, 2015

Hard Disk Drive & Solid State Drive – Kelebihan & Kekurangannya

                            


Semasa proses membina atau membeli sesebuah PC/laptop, harddisk adalah diantara barang utama yang menjadi pilihan. Dari segi kapasiti, jenama, hinggalah kelajuan harddisk tersebut. Dan hari ini aku ingin memeningkan lagi kepala korang semasa proses pemilihan harddisk. Adakah korang akan membeli harddisk atau hard drive (HDD) yang selalu diguna ataupun menggunakan solid state drive (SSD). Mesti korang tertanya-tanya, yang manakah lebih bagus dan berbaloi? Apakah pula perbezaan diantara kedua-duanya.
Jadi hari ini aku nak huraikan sedikit mengenai jenis, kelebihan dan kekurangan diantara kedua-duanya.


Friday, June 19, 2015

Siapa semput bila tiba masa nak renew road tax kereta?

 
Ramai orang merana bila tiba waktu nak perbaharui cukai jalan kereta.
Kenapa?
Sebab semput nak bayar insurans kereta.
Ahaa... masa beli kereta tu, cari yang mana nampak bergaya je. Kira bayaran ansuran bulanan je.
Terlupa nak kira berapa harga tayarnya yang perlu diganti selepas 2 -3 tahun. Lagi lupa nak tengok amaun insurans dan cukai kereta yang perlu dijelaskan setiap tahun.
Oh.. lagi besar cc kereta lagi pikap kan.. Lagi best pecut dan memotong.
Tapi jangan lupa, lagi besar cc kereta, lagi mahal cukai jalannya. Lagi mahal pula harga kereta, lagi besar amaun insurannya.

Wednesday, May 27, 2015

Asal Usul No Plate Di Malaysia

Gambar Hiasan
Mesti ade yang nak tau jugak macam mana asal usul no plat ni. Kenapa plat johor mula dengan J. Kenapa perak dgn A. Kenapa dan kenapa???
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?