Pages

Tuesday, December 6, 2011

PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING PENIPU!!!

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna. 


Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri.

Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O Marketing)
50. Woh Chee Houw - Sales Manager (Hai-O Enterprise)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni. 

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga). 

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja. 

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O. 

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah; 

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00 

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00. 

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk) 

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk) 

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10] 
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)



8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat. 

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.



Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00. 

Dipetik dari Zaharudin,net Facebook

sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............


Salam Ukhuwah..~


Aku cuma sharingkan artikel di sini

68 comments:

  1. MLM=Maharaja lawak mega

    ReplyDelete
  2. Klu btl penapis 200.00-350.00 hrganya x berkualiti lgi,xkan ada org yg dk bt biz ni,.buag msa ja nk prgi menjaja bnda ni smua,.ada lgi water filter yg lain hrganya hampir mencecah 4000++++,.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Saya baru jadi ahli Hai-o. Tapi tak kena bayar RM21,000 pun. Saya join sebab ada cikgu ni promote produk Bio ever cream & BB plus utk rawat sakit lutut mak saya. Jadi saya pun belilah. Mana tahan tgk mak sakit lutut sampai solat pun kena guna kerusi sbb tak leh rukuk & sujud.
    Lepas 2 bulan penggunaan alhamdulillah lutut mak saya ok & blh solat spt biasa cuma masih rasa sengal2 je dia cakap. So saya pun tanya mcm mana nak jadi ahli kat cikgu tu. Dia kata bayar RM50 je.
    Sebelum saya join saya ada tgk blog2 berkaitan penipuan hai-o termasuk blog ni. Baru saya faham yg penipuan ni bergantung kepada leader masing2. Sebab Hai-o ni banyak ejen jualan. Jadi setiap ejen mesti ada leader & group tersendiri.
    Alhamdulillah group & leader yang saya pilih mengamalkan bisnes berTuhan(Allah s.w.t). Sentiasa mengingatkan niat bisnes utk Allah & memberi manfaat pada org lain & apabila dpt bonus jgn lupa berzakat. Selalu ingatkan anak buah jangan menipu. Sebab sekali kita menipu sampai mati org tak kan percaya.
    So nasihat saya pilih leader yg berkualiti. Assalamualaikum... From:Czarith Sofiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok yg jual produk tu betul, tp knapa mesti jual barang yg mcm aneh2 org2 jarang dengar aek? 😅 N, bukan kata Hai-O je, Smart Tycoon pon utk prmulaan Modal as ahli RM50 jugak. Ke, pelopor 2 company ni orang yg sama mcm mne? 😅 Ok kalau orang yg sama pon mana dia dpt barang2 tu? Knapa susah sgt nk jumpa produk2 yg dua2 company tu jual?

      Delete
    2. betul....nak join Hai O ni sebenarnya bayar yuran keahlian dah dapat join...saya salah seorang yang buat Hai O filter air bio aura... mula2 tu memang termakan pujukan upline.. tapi kita yang patut mengukur baju di badan sendiri. mereka pujuk tapi keputusan tetap di tangan kita... saya dulu mereka offer beli 10 dengan bayaran RM21k tu...tapi saya fikirkan risiko tak laku barang tu...so saya ambik la separuh..kalau rugi pun boleh hadiahkan water filter tu kat mak, mak mertua atau kawan2 yang kawin kan? hihihi.... bulan pertama dapatla merasa bonus tu... tapi saya tak belanja pun..saya bayar balik loan yang saya buat modal... begitu juga dengan bulan ketiga dan keempat..(sebab ada kawan2 jadi downline)...tapi lepas tu dia jalan slow... jadi saya jual water filter... tapi saya tak jual 2100 (masa tu saya fikir nak test market dan nak dapat balik duit modal agar saya tak menyesal). kalau kawan2 beli cash atau 2x payment saya jual RM1900 dan yang bayar ansuran 10 bulan saya jual RM2100. merasa jugak income masuk bulan2. Alhamdulillah lepas modal dan ada sedikit untung di situ hihiihi

      nak cerita pula downline saya... dia marah jugak mula2 tu sebab xder hasil... filter pulak 10 bijik tak terjual... so saya bantu la dia jual dan buat kutu... akhirnya dia dapat balik modal...takderlah saya makan sumpah seranah member tu...

      yang seorang lagi, dia buat bisnes... dia sewa water filter tu kat bini2 pegawai kerajaan yang jadi surirumah..sewala untuk 3 tahun RM150 sebulan free servis (ala cuci batu filter jer... ganti filter beli kat Hai O jugak... dapat bonus dari Hai O juga)... tamat tempoh sewa dia jual pulak filter tu sebagai barang second hand... senyum lebar dia... bayangkan 10 bijik filter sewa 150 sebulan = income dia RM1500 sebulan kali la 3 tahun bersamaan 36 bulan... kan dah dapat RM54 000 itu sewaan sahaja tau... yang dia jual second hand tu tak kira... bonus dia beli filter tu kat Hai O tak kira lagi....

      Jadi sebenarnya, pendapat saya la....kalau kita gagal kat satu corner tu...try la corner ikut lain... jangan menyesali kesilapan kita... tapi jadikan kesilapan tu untuk buat kejayaan yang lain..Allah jadikan sesuatu supaya kita mengambil iktibar...

      Delete
    3. yg untung sapa..syarikat juga. tak pening produk tak laku..hehe

      Delete
  4. asslm.. nama sy siti. sy pun join hai-o pas baca forum org2 yg tgh usaha nk pregnant. mereka berjaya pregnant dgn izin Allah pas mkn herba Maharani.. sy pun jd ahli dan mkn herba tu. alhamdulilah sy pun pregnant. sy pun x kena byr RM21,000 tu. leader sy x de paksaan dia kata ikut suka korg nk guna sdiri atau nk jual. sy pilih utk jual sbb dpt bonus.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam .. mmg btl ea jamu maharani tu utk nk prgnant ?? Sy mcm nk try tp tkt2 gak ...

      Delete
    2. Assalam...mmg betol.dgn izinNya.InsyaAllah..tp tiada paksaan untuk beli.kami di ajar spaya tidak memaksa dan kami d ajar bersyukur.sya pn bru masuk ahli rm50.kalau tidak sya tak percaya.disebabkan mak sya pernah minum kopi yg nenek sya punye..mak sye trus suruh sya cari kopi mineral tu..bile tahu pasal produk ni.terus sye jd ahli.produk nye bkn tipu malah berkesan..leader2 sya pn tidak memaksa.sya rase ini kes dulu2 nk kaya cpt.tpksa pujuk kwn n tipu kwn..maaf

      Delete
  5. Diorang nh pndai pilih mgsa..bkn sume org yg die jdkn mngsa...ramai yg jd mngsa org keje gomen..sbb sng nk buat loan..yg keje biasa2 die offer msuk jd ahli jela...jual kopi jual mcm2 lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini betul.xde ke cara utk dptkan blk duit sy?sy labur rm 23k. Mujur sy x libatkan org lain.klu x berdosa sy.tp knp biz ni masih bergerak aktif lg tanpa tindakan undang2?.nasihat sy klu ada 23k tu baik labur kt bank @ buat bisnes kecil2an ke,tu lbih berkat. Wassalam.

      Delete
    2. Sy lg haru dibuatnya sbb yg buat loan bukannya sy,tp suami sy.Buat loan 23k utk korset.Sbnrnya bila dgr korset tu blh membantu menjaga sistem dlmn perempuan,sy pn nk try...bila dh jmp dgn sorg bdk pmpuan ni die pun tny la mcm2.Pastu die kata nk terangkn kena ade suami sy sekali.

      Then bila jmp kali kedua,die terus buka cerita psl bisnes.Kami mintak fikir dlm 2 hr,pastu jmp blk.Sbb kami mmg nk buat bisnes tp masih mencari2 bisnes ape.Tp bila dgr die pny ayat2 manis...akhirnya kami pun join.Yg bt kami nk join tu bila die kata die yg akan tlg jualkan stok korset yg sy ade tu.Dpt la 10 set korset.Die kata 1 free utk sy pakai sendiri.Padahal itu dh termasuk dlm 10 set yg suami sy bt loan tu,free tang mana plk??? bbrp bln sy buat,kwn2 gelakkan sy.Dorg kata org ramai yg blacklist psl hai-o ni.Sy x peduli dorg ckp,sy buat je.Kwn2 suami lg la xnk sbb dorg dh bt loan hai o ni lebih byk dr kami.

      Bila jmp blk bdk pmpuan tu,die blh plk kata xkn die nk jualkan semua korset downline die.Jual lh sendiri.Byk lg lh ayat yg die ckp,die putar belitkan.Smp skg masih ade lg stok korset kt umh sy.Ade kwn yg dh guna ckp korset tu x bagus,sakit2 bdn die pakai.Mula2 bila sy pakai,sy xtau sbb sy x pnh pakai korset,tp dh lama baru sy rasa mmg sakit bdn sy.Pastu melecehkn.

      Nasib baik kwn lama sy ni tunjuk sy satu peluang bisnes,MLM jgk tp x menindas org...ramai gak org hai o yg pangkat dh tinggi join bisnes ni.Pun ade korset jgk,tp x lh mcm hai o pny.Yg ni mmg selesa dn plg penting x buat stok byk2.Bukan semua MLM penipu,yg penting kita kena pandai tgk company strong atau x,produk,ade simpan stok atau x dn yg paling penting sekali plan bisnes.

      Sy akui sejak join bisnes ni,byk membantu sy dn suami settlekn hutang.X pyh nk simpan stok bagai.Guna utk diri sendiri sekali seumur hidup je.X pyh pening kepala psl nk tanggung rugi,sbb xde ape yg rugi pun.Dpt income besar lg ade.

      Delete
    3. Boleh saya tau jenis bisnes awk yg baru ni?

      Delete
  6. saya pun join Hai-O dan guna produk2 Hai-O. saya pun join dengan modal rm50 sahaja. saya beli produk sebab nak pakai sendiri. oleh kerana saya x mampu beli water filter, saya tak beli lah, walaupun memang dikatakan bagus dan banyak kebaikan yg dah dialami orang lain. sama juga macam kita teringin nak beli kereta mewah, duduk rumah banglo 8 bilik, tapi kalau kemampuan kita kereta biasa2, rumah 3 bilik, yg tu lah yg kita beli. ukur baju di badan sendiri. buat pelaburan ikut kemampuan kita sendiri juga. kanke bisnes ni bisnes kita sendiri...

    upline saya pun tak pernah paksa beli barang lebih2 buat stok. apa guna ada stokis kalau kita duk tambun stok sendiri? cuma kalau produk2 yang hari2 memang ada orang nak beli tu, lebih mudah bagi kita kalau kita dah ada simpan, boleh terus bagi aje kat orang yang nak bila dia kasi duit. itu je.

    maafkan saya, bukan tak bersimpati dengan orang yang kerugian dan sebagainya, tapi saya x faham macam mana boleh mereka ni buat keputusan nak keluarkan modal gitu kalau mereka sebenarnya tak mampu. bukan ke nak bisnes MLM ni salah satu sebabnya ialah untuk keluarkan kita dari hidup susah dan beban hutang? lojik ke yang utk buat gitu kita kena lebih berhutang pulak? bagi saya siapa mangsa dan siapa bukan tak bergantung pada apa orang offer kat kita, tapi lebih bergantung kepada cara kita berfikir dan buat keputusan.

    Wallahu Aklam.

    ReplyDelete
  7. Org meleis ni asek kena tipu jerlahh..hahaha xtau nk nanges or gelak..why oh whyyyy

    ReplyDelete
  8. untung lah saudara saudari masuk ahli rm50 shj..kawan2 saya promote suruh join dgn keahlian rm21 000.00..janji manis klu tak dapat downline aku tolong carikan..dapat 10 penapis air tapi saya tak minat..ingat senang ke nak jual penapis tu dgn harga rm2000.smpi sekarang dia masih belum dpt sorg pun downline.. aku terpaksa beli satu dr mmber aku sbb aku kesiankan member aku yg terpedaya join hai-0. aku kesiankan pada dia sbb terpaksa byar hutang bank rakyat. up-line yg janji nak tolong pun menghilangkan diri selepas dpt duit rm21k. penapis hai-o org dah tak percaya,,pembohong..member aku yg berenti kerja gov dulu sengsara hidup diaorg menanggung hutang..di sogokkan dengan wish, estima dan caldina semua lupa diri. member aku terpaksa menjual sendirian penapis tu tanpa dipedulikan oleh up-line ( padahal kawan sekolej ) dan menjualnya secara hutang ansuran serendah rm20 sebulan kat org kg..produk ubat2 hai-o baru lagi selepas penapis air dah x boleh jalan.

    ReplyDelete
  9. saya jual produk COWAY.. ade komen ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, xda masalah selagi ada usaha dan faham tentang syarikat, product, pelan pemasaran.

      Setiap product ada kelebihan sendiri.

      Ada bnyak jenis Product:
      Mcm kategori sis ni, kategori sis sentiasa kena cari cust baru.

      Cth mcm kita jual kereta, satu cust satu kereta, so next cust. Jarang satu rumah ada lima penapis air.. Itu maksud sy sis.

      Apa pun, semoga berjaya, stp apa yg kita buat jdkan pengalaman berharga dlm hidup kita.

      Delete
    2. Pada pendapat saya, xda masalah selagi ada usaha dan faham tentang syarikat, product, pelan pemasaran.

      Setiap product ada kelebihan sendiri.

      Ada bnyak jenis Product:
      Mcm kategori sis ni, kategori sis sentiasa kena cari cust baru.

      Cth mcm kita jual kereta, satu cust satu kereta, so next cust. Jarang satu rumah ada lima penapis air.. Itu maksud sy sis.

      Apa pun, semoga berjaya, stp apa yg kita buat jdkan pengalaman berharga dlm hidup kita.

      Delete
  10. As Salam.
    Sekadar perkongsian. Saya pun baru ja diperkenalkan dgn Hai-O ni. Alhamdulillah la saya tak terjebak. Dah hampir buat loan sebenarnya. Tp mungkin Allah nak bantu sbb proses nk buat jd tergantung sbb ms tu kredit kad sy dlm proses replacement sbb fraud case.

    Plg best kawan yg ajak sy join ni bukan la kwn rapat tp tiba-tiba dia mcm rapat sgt and asyik ajak jumpa. Baru la tau rupanya ada agenda.

    Dan sekarang bila sy x dpt join terus layan mcm org yg tak kenal. Berbeza sgt dgn mula dulu. Plg best sy bgtaw keadaan sebenar boleh dia bg ayat dkt saya. "Tak elok tangguh2 ni, tangguh2 ni amalan syaitan." Sentap jugak la ms tu sbb mcm memaksa kita sgt. Rupanya tu time hujung bulan and dia nk closing utk bonus.

    Approach ms nak ajak join pun asyik ulang pasal trip oversea, car fund dgn brg2 branded. Mstu dh terfikir. Ni nak berniaga ke nak riak. Mula2 mmg ingat nk jual brg. Tp bila dia sentuh pasal kema cr buss partner yu terus terfikir oh MLM ke ni. Terus teringat ada ustaz dulu pe4nah bahas tentang pendapatan bila kita jpin MLM. Apa pun Alhamdulillah sbb x terjebak. Pd yg nk mula join tu fikir la panjang2. Kita buat loan dh kira berhutang. Nk bayar dgn interest lg tiap bulan. Tak tentu brg kita boleh jual. Sy tengok member sy tu ckp indah ja semua. Bg sy nk rezeki kita kena usaha. Lg pun kalau dh niat kita nak riak dr buss ni apa la gunanya. Bila kita ckp diorang kata dengki. Tp yg diorang tak hbs ulang pasal mkn gaji tu mcm mn pulak. Tak mcm hina punca rezeki org ke?

    Wallahu alam.

    ReplyDelete
  11. Hahaha.. saya antara org2 yg tertipu oleh leader hai o... saya pernah mhadiri 1jamuan mkn mlm utk penganugerahan up2line.. wah bkn main bongkak n sombongnyer usahawan terpilih mlm tuu... sy rasa kat 20x dia dok ucap t.kasih n melahirkan rasa bertuahnya kpd tokey2 berbangsa cina, tp xskali pon ucap t.kasih n bsyukur kpd Allah yg mmberinya rezeki yg berlimpah ruah... n ade skali ucpan drpd mrk2 ini yg lgsg yg xbleh diterima oleh sy, cam ni la bunyinya..' klu nk mintak rezeki ngn Allah jgn mintak skt2.. mintak bnyk2.. klu stakat 2 3 ribu, xpyh mntk kt Allah, mntk kt kawan2 pon bleh dpt..' betapa takburnye mrk2 ini... sbb tu sy dh xjoin ngn hai o.... skrg sy join ngn biz yg lbh menenangkn jiwa sy, rakan biz yg sentiasa ingat mengingati utk bersyukur kpd Allah.. sekian, wallahualam.

    ReplyDelete
  12. dad jugak yg x paham2.. dorang byr 21k untuk water filter 10x.. setakat bb plus or pape buat apa nk byr smpai 21k... admin nie crite pasal water filter.. apa2 produk sblm kita join make sure kita kaji.. lgpun MLM nie ada unsur penindasan..kalau nk berniaga ada kena cri org ke ape ke whatever lar.. better jgn join..

    ReplyDelete
  13. water filter haio ini tak bagus langsung. coway tu mmg dia focus gila2 buat water filter dan air filter. geng2 philips la jgk. dpt pengiktirafan water filter pulak tu. utk haio ni lebih kpd MLM. so faham2 aje la. semua MLM ni menipu je kerjanya. produk harganya seposen dua, tapi di naikkn harga sehingga berjuta dollar.

    saya byk dh menkaji MLM ni. beratus MLM ni saya dh kaji. siapa ada thesis doktor lg. MLM ni natikahnya ajar org tipu org je. produknya tolak ke tepi. ada MLM yg produk elok, tapi kebykkn MLM produknya mcm babi. mcm tupperware tu produk elok punya la.

    itu aje la kata2 dari anonymous.

    ReplyDelete
  14. sy pun jd mangsa...serba salah sy nk tulis bkenaan ni..smpai skrg xbis pun brg yg nk dijual..21k bt loan..huhu..brg hai o mmg bgus..tp mahal..bla diingtkan kembali time mula2 nk msuk hai o..sy dah diperangkap oleh cikgu di mana tmpt sy bkerja sbg guru ganti..dia ajak sy g umah dia mlm2 kononnya nk bincg..tp upanya bwk geng..sy ingt kbetulan..tp bla bc blog org lain mmg situasi tu sma mcm yg sy kena..sggup dorg..bt mkn2 bagai..patut mknan byk..upanya dah dirancang..sy pon join..konon nya bln2 bleh dpt income..tp sbenarnya bgntung jualan kita..bila dah msuk bru tahu..mcm kena pukau plak..hehe..myesal xikut nsihat bakal isteri time tu..(skrg dah jd isteri..hehe..)..sy redha..sy usaha utk jual jgak..tp sy xnak cri downline sbb ni akan myusahkan dorg..n kna keja kuat..(susah kalo jd org bwh..;()...) so sy mjual shj..skrg sy bru join wassup kepala2 cdm hai o..atas alasan sy nk mintk tip mjual..huhu..(tpaksa mengerah kudrat utk abiskan jualan n pura2 sokong dorg)..huhu..kalo difikirkan 21k...bleh bukak bisnes lain tu..smoga Allah mmbuka hati mereka utk menolong org2 yg teraniaya mcm kami..Amin..

    ReplyDelete
  15. saya baru beli penapis hai-o dari seseorang..dia jual 150 je...ada 8 stok kat rumah dia..

    ReplyDelete
  16. cmne nk buat biz kalau rase rm23k tu besar? sy yg tak buat MLM ni pun boleh fikir. sy buat biz konvesional. starting biz jek dh modal 50k..dh 3 tahun buat pon tak balik modal lg. tu la silap orang kite. nk kaye raye, tp modal nk kuar ciput..baru buat 2 bulan dh komplen.biz ni bukan semate2 berape cepat kite nak kayer, tapi brape lame mampu bertahan..haha..23k cukup meyh nk buat biz?? lawak la korg ni..

    ReplyDelete
  17. hampir terjebak dgn hio premium beautiful..usaha2, tp aku berdoa kalau ini mmg rezeki aku, ini jalan yg betul..permudahkan urusan aku, tup2 loan x lepas..then beberapa bulan lepas tu upline2 ramai dah stop sbb katanya upline die menipu lbeh..syukur r, aku ter kuar rm50 je utk ahli..nk pki brg g je sendiri kt stokis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sye pn bru jd ahli rm50.sye prcya n dah pnh gune produknye.alhamdulillah dgn izinNya.sbb tu sy masuk ahli

      Delete
  18. herm..kenapa la aku xjumpa blog nie dari dulu..aku masuk join Hai-O nie masa aku keja kat KL, tahun 2012. da sorang colleague aku ni yang perkenalkan, xrapat pun dengan die, Hai-O punye pasal jadi rapat. Maybe die tengok aku nie macam bodoh2 kot senang nak convince masa tu. Masa nak join tu memang niat dlm hati nak buat bisnes nie, nak tolong mak ayah kat kampung.. sampai 65k aku loan..gila lah..yg lagi gila, loan aku tu lepas, sebab aku baru lagi keja, xda apa2 pinjaman lain.. lepas tu smpai sekarang la aku menanggung derita bayar loan tu tiap2 bulan.. so sekarang, kalau orang cakap2 psl MLM, ko tunjuk la emas seguni pun depan mata aku, xda nya aku nak pecaya. aku pekakkan telinga jak. aku hidup jadi manusia biasa, lagi seronok. duit utk makan and enjoy pun cukup. lepas kerja, boleh balik rumah terus spend time dgn family daripada habiskan masa pegi talk Hai-O yg kadang2 sampai pukul 2/3 pagi baru habis..lepas tu kat office mengantuk. menyesal memang menyesal.. tapi takpa la..aku anggap semua nie sebagai PENGAJARAN dalam hidup aku. Terima kasih Tuhan sebab menduga aku and bagi pengajaran yang sangat berharga nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan Plan Hai-O yg salah, tapi manusia tamak haloba yang menggelarkan diri mereka leader sebenarnya yg punya angkara.

      Delete
  19. Alhamdulillah saya join hai-o modal rm50 je.... sekarang saya dah dapat modal semula, dapat untung dan dapat bonus bulanan... in shaa allah, biar modal kecil kalau fokus nak berbisnes memang dapat untung... kadang2 ada yg nak cepat naik pangkat tu yg terus ambil modal besar.. lagi 1 mana2 MLM pun sama nak untung... tapi dalam group saya kami tidak menindas orang bawahan, malah kami sama2 membantu satu sama lain... Berminat nak join jadi ahli, jom wassup saya, modal rm50 sahaja. Kami di stg (smart tycoon group) hai - o akan membantu anda... wassup 012 2677011 fb: Nur farhana abdullah.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulilah sya pun sama juga mcm Vinia85, hnya RM50 itk pndaftraan..

    Klu berminat boleh whatsApp
    +60193413702

    ReplyDelete
  21. byk buruk dr baik rupa ye.. tabur pelbagai kata2 manis..hurmm, nasib baik sy cari info sblm join stg ni.. terima kasih admin & yg share pgalaman.

    ReplyDelete
  22. maaf mencelah ..saya minta semua baca apa yang saya nak bagitahu disini...kesalahan kita semua sebenarnya adalah kita tak kaji dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.Kita melakukan pelaburan adalah atas dasar hendak kaya semata-mata dan kabur mata dengan skim yang ditawarkan tanpa kita menimba ilmu dahulu berkenaan apa yang kita hendak ceburi...Saya sedikit kecewa dengan admin yang menuduh sebarangan dan asyik menyalahkan Hai-o semata-mata tanpa mengkaji terlebih dahulu beberapa group yang ada dalam hao i yang tidak disebut disini seperti Taipan 181,189 dsb.Saya minta admin kaji dahulu jangan asyik menyalahkan orang lain shj ...saya seakan ingi bertanya kepada ramai yang rasa tertipu ,adakan anda diberi ilmu terlebih dahulu atau anda join hai o semata-mata hendak kaya tanpa ada suatu ilmu pon .....

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum isteri saya baru join hai o ni jugk tp hanya dgn rm50 shja. Baru je 1 minggu tp permintaan thadap produk hai o ni byk. Paling byk org minta min kaffe dan maharani. So rasanya klu nak tipu pun mgkn leader bagi group2 tertentu saja yg bgitu. Mlm lain pun sama jugk bkan smua Bagus dr cra leader mngurus jk tu. So rasanya bagi saya kena tgk lah dulu sblum nak beli atau join klu da melibatkan ribuan ringgit klu rasa ragu2 xpayah tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlu mne ade modal rm50..skrg bila dh ramai yg xnk wat loan dgn modal m=besar maka difikirkan produk kecil kecilan dgn modal pn kecil.

      Delete
  24. Dlm perniagaan tiada yg siapa paksa siapa, nak berniaga kena sediakn akal, hati dan mental.. Sy join member Hai-o tiada pun sampai nak loan sana sini utk buat budget.. Itu semua dari diri sendiri.. Tak semestinya lpas join terus dup2 jadi kaya raya.. Step by step.. sy sendiri nmpk mentor2 sy berjaya dlm STG.. Syukur, group kmi semua membantu kmi utk terus maju..
    Buat secara berhemah dan berdisiplin Reward yg dapat sangat memuaskn hati.. So, think positive.

    ReplyDelete
  25. tulisan ini sebenarnya di tulis oleh seseorang yang samada dengan niat dan sengaja untuk menjatuhkan Hai-O ataupaun dia tak faham business plan dan produk Hai-O. Sebenarnya, bukan Plan/produk Hai-o yang penipu tapi yang menipunya adalah sikap sesetengah manusia yang menggelarkan diri mereka leader mengguna pakai plan hai-o utk skim cepat kaya bagi keuntungan mereka sendiri.

    tidak ada dalam mana-mana pernyataan bahawa join hai-o perlu bermula dgn 65k, 20k, mahupun 5k. Peraturan yg begitu adalah daripada orang yg kononnya menganggap diri mereka sbg leader yang dengan jelas berniat utk menipu mangsa.

    penulis sepatutnya perlu menjelaskan siapakah leader yang terlibat daripada sekadar hanya menyebut Hai-O. Penulis juga sepatutnya perlu menyebut bangsa apa yang terlibat dalam menggunakan plan Hai-O untuk Skim cepat kaya yang kemudiannya digunakan utk menipu bangsa apa pula?


    sekarang ini apa niat penulis sebenarnya? memburukkan satu pihak dengan menutup peluang bangsa sendiri utk menjana pendapatan ke?

    fikir-fikirkanlah.....

    ReplyDelete
  26. hahahaha...tengah kencang bole la sembang biz ni ok la, yg atas tak tindas org bawah la, masuk modal kecik la. tunggu la 2 atau 3 taun dri la ni. takpa 2 tahun dari sekarang aku akan cari balik post ni dan nak tgok tahap mana ampa dah pi.

    ReplyDelete
  27. hahahahaha...tengah kencang ble la sembang biz ni ok la, masuk modal kecik la, org atas tak tindas org bawah la. tunggu la 2, 3 tahun dari sekarang.Takpa 2 tahun dari sekarang aku akan cari blik blog ni dan nak tgok tahap mana ampa dah pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju....sy tumpg sekaki..sbbnya sy pun hampir2 join ala2 MLM ni..rugi jugakla rm100..tp alhamdulillah..pgjaran utk diri sndiri.

      Delete
  28. Kalau nak join hai o pergi lah join stg sekian

    ReplyDelete
  29. Kalau nak join hai o pergi lah join stg sekian

    ReplyDelete
  30. Nak tanya ni team projek stg korang ada tak suruh wat ssp/loan bank 20+k untuk buat mini stokis dan sekaligus boleh shortcut naik pangkat SM.team saya semua orang pun berlumba-lumba nak naik pangkat nak dapat bonus besar dengan segera.leader2 pula tiap hari suruh downline/anakbuah meroket banyak2 kalau x buat ssp.yg bekerja kira senanglah tapi yg x bekerja macam mana?memang rasa stress duduk dalam team yg suka push buat loan bank disuruh naik pangkat cepat2.paling stress bila disuruh meroket up 1k tiap bulan.first join memang rasa teruja tapi lama2 join dah rasa x teruja dah.leader2 siap ugut2 lagi nak remove member yg x aktif meroket yg meroket x capai target sales.huhuhu...indah khabar dari rupa projek stg,yg dapat leader dan team yg bagus kira beruntunglah.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dlm team saya la..kata leader dia tak paksa pun sape2 nak buat SSP tapi dlm tak paksa tu kami downline asyik ditakut-takutkan dgn ayat sape lambat tengok je la,jadi cctv la,lembap la,tak bijak la,tak berani la!! Macam ayat mencabar!! Panas telinga wooo..
      Mana yg kemaruk harta dunia tu mmg dia follow rapat2 cakap mentor/leader. Buat loan sampai puluhan ribu. Pastu leader pun puji sampai terjongket-jongket. Ni la contoh org betul2 nak berjaya katanya. Berani berdepan risiko! Panas hati weiii..bukan dengki sbb tgk member tu dah dpt bonus gemok tapi kita yg berfikiran waras dgn tak nak berhutang ni tak pasal2 dpt label pengecut plak! Aiikkk!!

      Delete
    2. Btol....sy pown bru sbln join...xderk sales pown lg...mula2 mmg masing2 push utk ssp 20k sy punye la susah payah kehulu kehilir last2 loan lulus utk 10k jer...tp lps jer dgr sy hnya kje partime terus loan sy xlps n ditolak mentah2 mcm tu jer...n yg paling best sistem akaun buffer sy tetiba jer xblh pakai n sy xblh langsung set time utk posting n masuk ni sy dh dekat 2 minggu xposting pasal produk sbb nye penat kje....n masalah buffer dan sy juga xde masa nk pegang hp...leader bising sy buat pekak telinga jer...mls nk pk sbb xnk stress smpai tempat kje pasal benda ni.?

      Delete
    3. Bawah STG memang ada. Buat mini stokist ikut kemampuan. Tapi ada satu group bawah STG grouo #beU memang akan push new member terus naik Sales Manager sales terkumpul RM20k. Diorang panggil SSP (Smart Saving Plan). So mana yang ada modal ok, mana yang tak ada then banyak yang pinjam loan bank. Group ni pun memang siap ada bagi contact bank juga.

      Modus operandi group ni, diorang akan masukkan dalam group telegram and whataps. Dalam tu leader-leader akan bagi ilmu pasal bisnes dan lain2x. Tapi topik yang akan selalu diulang adalah SSP (RM20k).Leader memang akan follow up hari2x kira nak brainwash tentang SSP. Diorang juga akan selitkan tentang ilmu agama dalam group sebagai sampingan so bolehlah incorporate pakej yang completekan.

      Group ini semua buat online dengan bertag line #ProjekRM1000seMinggu. Pernah hadirkan ke majlis2x anugerah. Kebanyakkan yang hadir banyak yang tak humble dari yang humble. Penampilan kalahkan artis. Jangan terkejut kalau nampak tiba2x majlis bertukar jadi macam konsert. Tiba2x ramai group akan ke depan pentas, dengar sorakan, nyanyian, lompat2x. 🤦‍♀️

      Cubalah pergi stalker kehidupan CDM2X dalam fb. Type #STG, #elitkingdom, #beU atau #Catchampion. Semua posting tentang kemewahan, kereta mahal, rumah harga berjuta, bag jenama mahal e.g channel, free trip dari hai o (sebenarnya bukan free pun, semua tu hasil dari sales terkumpul dari kumpulan) dan macam2x lagi.

      Ok lah cukup di sini saja perkongsian. Nak share banyak sangat. 1 hari tak cukup masa. Akhir kata tepuk dada tanya selera. Be logik and strong. Bila orang kata jangan buat research tentang bisnis ni, lagi anda kena selidik & kaji betul2x. Choice is yours. Jangan menyesal di kemudian hari.

      Delete
  31. Memang benar Hai o diawalnya dulu dalam tahun 2002, saya diajak untuk jadi ahli Hai o masuk jadi ahli rm21k. Memang banyak rm21k.Dia beritahu bahawa dia boleh uruskan pinjaman melalui bank rakyat.Tetapi saya menolak sebab saya dah dengar tentang program Hai o ni. Tetapi sekarang rm50 Kita dah boleh menjadi ahli Dan Kita boleh jual produk.Jika Kita rajin Dan boleh berkominikasi dengan baik, mungkin Kita boleh mendapat keuntungan Dan menambah pendapatan.

    ReplyDelete
  32. 20k modal utk jadik ssp(mini stokis)..dpt bonus 21% tiap2 bulan..ade downline baru tambah lg 1k bagi setiap downline yg kuakan modal 20k gak..mcm sistem piramid pon ade kan..ade sape2 penah join x?barai ke ok je..tq

    ReplyDelete
  33. tak perlu 'tggu 2,3 thn dr skrg pun' nk bace komen blk.. sy sdiri pun dah join hai o dari 2013... mcm org lain jgk byr rm50. mmg takde pun pakse suruh labur smpai berpuluh ribu.. smpai skrg stay jual brgan hai o... alhamdulillah dpt je untung runcit n bonus tiap2 bln.. kenapa perlu labur berpuluh2 ribu kalau tak mampu? nak kaye cepat ke? tu slh diri sdiri la.. sedeyhhh!

    ReplyDelete
  34. Mmglah modal rm50...brg2 dia pun mahal dari yg ada kat pasaraya..contoh pencuci pinggan mangkuk tu...kat kedai rm5 lebih...dia punya rm10 lebih..ntah2 harga sebenar dia rm3 je... kat situ ko kononnya untung...padahal tu duit ko sendiri

    ReplyDelete
  35. Mmglah modal rm50...brg2 dia pun mahal dari yg ada kat pasaraya..contoh pencuci pinggan mangkuk tu...kat kedai rm5 lebih...dia punya rm10 lebih..ntah2 harga sebenar dia rm3 je... kat situ ko kononnya untung...padahal tu duit ko sendiri

    ReplyDelete
  36. saya masuk hai o tahun 2010..wat loan 31k utk bio aura dan korset..sampai skrg 4 bio aura x terjual..3 d jual oleh leader tpi duit x bg sampai skrg..hutang dgn bank dah 8 thun skrg masih berbaki 21k..mmg bodoh waktu mula keje dlu..skrg cri leader x jumpe dah nk tuntut hutang 6k lebih duit bio aura yg di jualnya...tulisan ni bg saya mmg btl pun..kalaulah saya tahu dr awal ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betabahla dpt leader yg x jujur...leader awk memg pulun dok jual korset dgn pnapis air je ke?sdgkan byk produk laen lg hai o ada yg mampu milik mcm min kafe semua tu

      Delete
  37. Maaf sy pon nk menyelit..Sy bnyak join mlm dgn modal 15k..tapi 1 bulan jer burn😀..Tapi syukur sebb jumpa projekstg..modalrm50 sbg ahli.dan setiap bulan dpt bonus and x pernah x byr..on time lgi...and Hai-o x semestinya STG..tapi stg tu mmg HAI-0..nak join group kami bole add fb ya: ida bennida..
    Kita biznes ngn org.bukan biznes ngn natang😀✌

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum...maaf mencelah bukan nk kata bisnes baik or x...tp sekadar nk ckp setiap bisnes MLM mmg ade pro n kontra...so sblm nk join bisness kne kaji dulu sedalam2nya pasal bisnes yg nk d ceburi...jgn smpi da tertipu or rugi bru nak kata bisnes nie mcm tu n mcm ni. Sy ade kawan yg join STG nie da masuk 4 tahun da n sy nmpk perkembangan die dr dlu die ssh n skrg alhamdulillah hidup die senang n dpt bantu keluarga die skali x perlu pun loan n hutang gan bank bagai..sama la mcm org nk niaga kne ade modal kn n modal yg die gunakan adalah hasil dr gaji kje hakiki n bisnes nie die buat part time je..buat sikit2 lama2 jd bukit...mmg betulla org ckp klu nk kaya mmg kne byk usaha n alhamdulillah dr bisnes nie mmg nmpk kesungguhan die berusaha nk bjaya...ape yg penting hubungan kite dgn org sekeliling, family n paling penting dgn ALLAH S.W.T. x kisah la syarikat tu org cine yg punya or melayu skali pun...rasanya ramai jgk org yg makan gaji dgn org cine kn??? so kesimpulannya bergantung pd individu tersendiri klu rasa tertipu x perlu join n jgn mcabar diri sendiri utk buat bisnes nie..sbb bisnes nie perlukan kekuatan JASMANI,EMOSI n MENTAL yg kental.

    ReplyDelete
  39. sya join stg pda awalnya memang di tipu...join member tpi upline punch prodak dgn hrga 300 tpi pv tdk masuk dlm akaun sya...dia punch brg guna id dia atau dia bg sa stock yg dia ada...memang badigol punya upline...sya expired kan keahlian pertama dan rejoin kali kedua dengan upline berlainan...dan bergerak secara slow dlm projek stg....teda paksaan dri upline untuk melabur sampi meminjam duit....klu niat nak cepat kaya mengjar level n niat tdk elok memang akan rugi...sya join stg sebb prodak dia memang bagus..

    ReplyDelete
  40. Salam..setiap manusia mempunyai pendapat dan pengalaman yg berbeza..mungkin admin dan org lain rasa ditipu ditindas dipergunakan..kenapa rasa mcm tu? Sbb tak dpt apa yg dijanjikan atau diimpikan kan kan lepas tu loan menggunung berhutang sana sini..1st apa2 jd dlm diri kita jgn slhkan org lain tp salahkan diri sendiri..ataupun jgn salahkan sesiapa tp cuba muhasabah diri..kehidupan ni kalau salahkan sana sini mmg smpi takat tu je kehidupan kita..Allah hidupkan kita utk salah menyalahkan antara satu sama lain ke? Hidup ni ambil negatif saja akn dtgkan pelbagai penyakit..kita ckp pasal MLM..bila sebut MLM mindset people akn fikir "kene cari org kene cari org kene cari org"..ada bisnes tak perlu cari org? Tauke jual baju pun meniaga cari org..sbb pakai bju tu org..semut pakai bju ke? Semua perniagaan perlu cari org..kalau tak cari org siapa nak beli? Berok? Dinasour? Ikan puyu? Ikan kekek mak iloi iloi? Sbb tu kita hidup kene sentiasa belajar..cari ilmu..tambah ilmu..org yg bijak bukan terletak pada sijil education..bukan pada semua A dlm subject..org yg bijak adalah org yg berjaya menuntut pelbagai ilmu dan memperbaiki diri..sy tidak back up MLM ataupun mana2 bisnes..tetapi sy ingin mengajak masyarakat melayu dan malaysia agar tidak berfikiran sempit dan negatif..anda terus menyalahkan semua pihak..jd sy ingin bertanya, apakah sumbanagan yg anda telah berikan sepanjang hidup anda kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat,agama,bangsa&negara? Apa yg sy tahu MLM adalah bisnes dimana kita perlu toughkan marketing plan dgn dibantu produk..sbb tu bezanya MlM dan bisnes yg diusahakan oleh persendirian..persendirian hanya diri sendiri..MLM multilevel marketing..networking..byk..ramai..sesiapa nk join MLM ke hape ke, berdoalah agar dpt leader yg baik2 dan jujur..dan yg lain pun berbisnes tak kisahla jual goreng pisang ke jual gadjet buat MlM ke buat investment ke jgn mengalah dan give up jika anda percayakan nya (but make sure bnda tu betul jgn jual dadah pula) jadilah pedagang pedagang yg hebat dan telus spt Nabi Muhammad S.A.W..bisnes key point dia marketing,produk, dan jgn MALAS (takde bisnes tak cari org, tp ada bisnes tak perlu jumpa org duit masuk) cari dan jumpa istilah yg berbeza..bg muslim percaya pd Allah dan redha dgn segala yg diberi..buruk tu dtg dr kita baik tu dtg dr Allah..stay positive

    ReplyDelete
  41. Nk gelK ke nk nangis ek bce stement ni....
    By the way, syukuri ap y ade..
    Usaha y termmpu...
    Bukn pkse diri kaya dlm mse sbuln k...

    ReplyDelete
  42. HAI O tak pakse pun utk buat loan smpai 21k tu ye.ukur bju dibdan sndiri lah ikot kmampuan.syukur dpertemukan dgn leader yg betol2 membimbing sy.Sy hanya daftar keahlian Rm50 pastu dah boleh start biz ni.kalau ad modal lbih Rm21k tu jadi lah mini stokis.ko guna sendiri o jual produk tu bonus tetap masuk.x ad nipu nye

    ReplyDelete
  43. org melayu senang kena tipu dgn produk mengarut overclaimed.min caffe utk org kencing manis?..tgk ingredients guys..mmg dia x tulis gula..nampak x krimer dia dari syrup glukosa.itu nama lain bagi gula.gula tersembunyi terangan di situ.plus,dia pakai aspertame.u guys tau x aspertame tu menatang apejadah?aspertame tu gula utk org kencing manis.sebenarnya perasa manis.aspertame diperbuat dari bahan kimia.dia bukan dari pokok tebu atau tumbuhan.tp ada side effect jgk.mmg ko claim aspertame tu ada sikit je dlm min caffe..tp kalau ko konsume hari2,bertahun2 siang malam..aspertame boleh sbbkan sawan,sakit kepala,serangan panik secara mengejut,masalah halusinasi (some sort of gila) n perubahan mood.min caffe juga claim,dia ade garam buluh..yg ni aku kahakkan je..korg caye ke die letak garam buloh.kencing lebat..ko tgok process dia? atau ko tau jual je,kaji malas.klu bukan garam buloh soon side effect dia kidney failure.ni la pembunoh senyap yg ko x tau.belom lg maltidetoxrin..rajin2 la mengkaji dan membaca.nk jual produk bkn ko percaya buta je.jauhkn la minumam yg x neutral ni.klu die tulis stevia,bole la ko minum as daily routine..jual produk msti yg selamat pd pengguna.

    ReplyDelete