Susunatur
bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang
penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang
berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.
3
konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan
Cave. Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada
orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula
adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam
kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu
untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.
Semoga
perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan
contoh dan keperluan yang perlu ada bagi sesebuah kelas abad ke 21.
Selamat beramal! ;)
Sumber: Cikgu Shamsudin
No comments:
Post a Comment