Pages

Monday, November 9, 2015

Info: Perkara Yang Anda Patut Tahu Di Malaysia


Jalan Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah di Malaysia




Tahukah anda, Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya.



Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile. Dari situ, sebagaimana resam Tun Dr M yang sememangnya mahukan infrastruktur lebih besar dari Barat (mega projek dengan semangat Malaysia Boleh!), beliau mencadangkan satu sistem jalan roundabout yang cukup besar mengelilingi Putrajaya yang mampu menampung perarakan yang besar seperti perarakan Hari Kemerdekaan.


2) Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji


 















Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?

Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.

Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.

3) KL ibukota kilat di dunia

 

Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.

Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.

Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.

Sumber: Cari.com

No comments:

Post a Comment