Pages

Monday, November 16, 2015

Hati-Hati Hutang Kereta

Hati-Hati Hutang Kereta
----------------------
.

Hari ini ramai orang yang berkereta, Kebanyakan darinya dari golonga yang muda dan baru bekerja serta kewangan yang masih belum kukuh. Perkara menarik berkenaan dengan hutang kereta ini. Antaranya;


+ ramai generasi muda bankrup disebabkan hutang kereta.
+ antara sebabnya, susut nilai kereta sangat tinggi. Keluar sahaja showroom, nilai kereta boleh susut 20%!
+ bila bank tarik kereta dan lelong, selalunya nilai kereta itu lebih rendah dari jumlah loan yang masih tertunggak. Maka peminjam selalunya tak dapat top-up perbezaan itu.
+ loan kereta antara faktor kebocoran kewangan yang paling besar oleh generasi muda. Beli sahaja kereta, at least sudah hilang kemampuan menyimpan RM1,000 sebulan disebabkan kos sebenar memiliki kereta agak tinggi; ansuran bank, petrol, tol, parking, saman, insuran dan road tax, maintenance dll.
+ faktor utama generasi muda tak mampu menyimpan setiap bulan disebabkan terlalu gopoh membeli kereta ketika ia belum benar-benar memerlukan.
.
Untuk elak masalah ini;
.
+ Beli kereta hanya bila benar-benar perlu sahaja.
+ Beli kereta hanya kerana keperluan untuk bergerak dari point A ke point B sahaja, ia bukan sebagai simbol menunjuk2kan status.
+ Benckmark kemampuan sebenar membeli kereta; tempoh pinjaman maksimum 4 tahun. Kalau terpaksa pinjam lebih 4 tahun, itu bermaksud kereta itu DI LUAR KEMAMPUAN kita.

Sumber: Mohd Zulkifli Shafie

No comments:

Post a Comment