Pages

Wednesday, November 30, 2011

Top 10 Goals of the Week

Bangga betul rasanya bila jaringan gol yang dilakukan oleh Nazmi Faiz,semasa perlawanan Harimau Muda vs Bahrain Ahad lepas merupakan jaringan gol yang masuk rangking Top 10 dalam minggu ini. Syabas Nazmi Faiz

.
Klik Sini untuk lihat senarai Top Goal

Selamat Pengantin Baru Buat Azrul dan Rusniza

Tahniah diucapkan kepada member kilang Honda Melaka, Azrul dan pasangannya, Rusniza yang telah selamat diijabkabul pada 25.11.2011. Majlis akad nikah telah diadakan pada 29 Zulhijjah 1432H selepas Asar di Rembau di rumah sebelah pihak perempuan. Majlis perkahwinan di rumah pihak perempuan diadakan pada 26.11.2011 bersamaan dengan 30 Zulhijjah 1432H dan majlis menyambut menantu diadakan pada 1 Muharram 1433H bersaman dengan 27.11.2011 di Tampin


Semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan kekal hingga ke akhir hayat...Insya Allah

Tuesday, November 29, 2011

Jual dan beli online...

Korang biasa guna tak web untuk pembelian barang secara online? Selamat ke pembelian barang secara online ni ye? Bagi aku aktiviti jual dan beli secara online ni ada kebaikan dan kelemahan dia. Kebaikan dia sudah tentula menjimatkan masa, mudah tanpa melihat muka penjual. Kelemahannya pula kita tidak pasti barang yang dibeli tu memenuhi atau pon tidak kehendak kita, duit yang dikirim tu selamat ke dan macam-macam lagi. Macam aku sendiri pernah menggunakan perkhidmatan jual beli secara online ni. Dan Al-hamdulillah setakat hari ni aku berpuas hati. Jom kita tengok antara web yang biasa menjadi pilihan untuk aktiviti jualan secara maya :-


                1) www.mudah.my

                   
                     2) www.lelong.com.my


                     3) www.ebay.com.my


                     4) www.shashinki.com.my



  Web yang lain tentu ada lagi, tapi yang aku tau yang ni je. Kalau ada yang lain, korang boleh tambah ye. Adios..

Pengantin diarak dengan tandu...

Assalamualaikum,

Cuti sekolah ni, ramailah orang yang buat majlis perkahwinan.Pada hari minggu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri jemputan kahwin. Yang menarik perhatian aku pada waktu itu ialah pengantin diarak dengan tandu(betul ke perkataan ni)...hehe... Masih ramai lagi ke pengantin diarak dengan tandu ni ye. Tempat aku pergi tu di Tampin. Aku difahamkan semua ahli keluarga pengantin majlis perkahwinan keluarga diaorang memang diarak dengan tandu. Tempat lain tidak tahulah.. 

Pengantin yang diarak dengan tandu

Inilah rupa tandu tu.

Thursday, November 24, 2011

Jom makan...

Pada minggu lepas, selepas aku balik dari Kota Tinggi, aku rasa teringin sangat nak makan 'chicken chop'. Kedai 'chicken chop' tempat aku makan ni di antara jalan Masjid Tanah ke Melaka. Kedai ni yang uniknya dibuat bawah rimbunan pokok-pokok sawit tepi jalan utama. Agaknya sebab itula nama kedainya pon dinamakan sebagai Gerai makan De Sawit....Harga yang ditawarkan tidak mahal sangat. RM8.00 sahaja. Rasanya pon sedap. Anda perlu mencubanya sendiri.

Chicken Chop sebelum makan


Selepas makan, habis licin..

Tuesday, November 22, 2011

Proton Saga FLX 1.6 SE bakal dilancarkan......



Mantap,bergaya, menawan....... itu yang boleh dikatakan bila melihat muka depan brochure atau pamplet Proton Saga FLX 1.6 SE ini yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Menurut sumber, pelancarannya mungkin diadakan pada hujung bulan ini.
Difahamkan, Saga FLX 1.6 SE baharu dilengkapi enjin CamPro 1.6 liter dan dipadankan dengan sistem transmisi CVT. Selain itu kusyen kulit, lampu combi rekaan baru, kit badan sporty dan warna merah menawan menjadikan model ini begitu elegan sekali di dalam kelasnya.
Jadi adakah Saga FLX 1.6 SE ini bakal menggugat model Myvi SE dan Extreme? Sudah tentu, kali ini buku bertemu ruas. Nampaknya persaingan antara Proton dan Perodua kini sudah memasuki era baru, siapa saja pemenangnya, kita sebagai pelanggan mendapat banyak kelebihannya.Kita tunggu bilakah pelancarannya nanti...

Tahniah Malaysia

Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.


Bagi aku, perlawanan malam tadi perlawanan yang sungguh mendebarkan setiap orang yang menontonya. Rasanya bagi yang ada sakit jantung adalah dilarang untuk menonton tersebut. Walau apapon sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Muda yang bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

Ong Kim Swee 

Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.

Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.

Sekalung tahniah kepada jurulatih Ong Kim Swee dan barisan skuad Harimau Muda yang mempertahankan pingat emas bola sepak sukan sea yang dimenangi 2 tahun lalu. Syabas Malaysia.

Monday, November 21, 2011

Bila Nikon D800 nak dilancar di Malaysia?

Sebenarnya aku dah lama dengar berita ni awal tahun 2011 lepas lagi. Tetapi sehingga hari ini model ni bayang pon lum lagi dapat dilihat di Malaysia.Aku pon tak nak cerita panjang, jom kita lihat serba sedikit Nikon D800 ini.Geram dibuatnya. Harga pon tak tahu lagi. Mesti lagi mahal dari Nikon D700 agaknya.

Pandangan Hadapan Nikon D800


Pandangan Belakang

Spesifikasi hampir sama dengan model Nikon D700.


  • Smaller and lighter than D700

  • Resolution: 7360×4912 (36MP)

  • CF+SD memory card slots

  • Slightly larger display

  • Excellent video quality, better than D3s

  • Video modes: 1080p/30/25/24 and 720p/60/30/25/24

  • AF identical to D3/D700

  •  
    Walau apapon kita tunggu dan lihat sahaja bilakah model ini akan dibawa masuk ke Malaysia.

    Malaysia VS Indonesia Sea Games 2011. Adakah Malaysia Akan Membawa Pingat Emas Sekali Lagi bagi tahun 2011?






    Akhirnya final bola sepak Sea Games 2011 akan menemukan sekali lagi Malaysia VS Indonesia. Mungkin hasrat sebahagian penyokong Malaysia melihat final bola sepak sepak Sea Games 2011 menemukan di antara Malaysia vs Vietnam tidak kesampaian. Nampaknya, Indonesia terlalu gah untuk melangkah masuk ke pentas final.

    Sebelum itu pada perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Myanmar Sabtu lalu, di saat akhir perlawanan, pasukan Malaysia berjaya mengubah sedikit permainan sehingga keputusan Malaysia Vs Myanmar berkesudahan 1-0 hasil jaringan kemenangan oleh Fakri Saarani pada minit 85. Walauapapun, Tahniah Malaysia!!

    Walauapapon kita sebagai rakyat Malaysia mengharapkan pasukan Harimau Muda akan terus mengaum di Stadium Gelora Bung Karno untuk mempertahankan pingat emas bola sepak sukan sea 2011.

    Trip ke Kota Tinggi

    Pada petang Jumaat lepas, aku berkesempatan untuk membawa kedua orang tua aku untuk menghadiri majlis kenduri sepupu sebelah abah aku di Kota Tinggi. Mak sedara aku ni adik abah aku. Aku pada mulanya bercadang nak ikut jalan highway je dan turun samada di Kulai/Kota Tinggi ataupon Pasir Gudang. Tetapi abah suruh ikut jalan Muazam Shah-Rompin-Mersing-Felda Tenggaroh-Kota Tinggi. Perjalanan yang jauh dan lama. Kami bergerak dari Kuala Pilah pukul 2.30 petang selepas solat Jumaat..Kami berhenti solat Asar di sebuah masjid lama di Rompin pukul 4.45. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti lagi di Mersing untuk mengisi minyak. pada waktu ini jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami teruskan perjalanan dan berhenti makan di kedai makan simpang masuk ke Felda Tenggaroh jam 7.30 malam. Kalau tidak silap Felda Tenggaroh ni tempat asal pelakon Memey. Sampai di rumah sepupu aku lebih kurang pukul 9.00 malam. Penat sungguh memandu rasanya.Dalam perjalanan hujan tidak berhenti-henti turun. Syukur Al-hamdulillah.

    Thursday, November 17, 2011

    Hujan..Oh..Hujan..



    Pada petang Jumaat ini,bersamaan 18 Nov 2011 aku akan pergi ke Kota Tinggi untuk menghadiri kenduri sepupu aku yang tinggal di sana. Sepupu aku ni sepupu belah abah aku.Jadi sebelum aku pergi ke sana kena servey ramalan cuaca dahulu.
    Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia ,Kota Tinggi dijangkakan hujan  tidak turun pada Jumaat, tetapi akan hujan pada sebelah petang. Pada pagi Sabtu tu pula, dijangkakan hujan akan turun sampailah ke petang.Aku mengharapkan majlis sepupu dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan yang mencacatkan majlis. Di samping itu aku juga harap perjalanan aku ke sana selamat sampai ke destinasi pergi dan balik. Amin

    Monday, November 14, 2011

    Bola Sepak Sukan Sea 2011 : Malaysia 4 - Kemboja 1

    Malaysia melakarkan kemenangan kedua bola sepak selepas menewaskan kemboja pada hari Ahad yang lepas. Ujian yang paling getir adalah ketika bertemu dengan Indonesia pada 17 Nov 2011 Khamis ini nanti. semoga berjaya anak-anak buah Ong Kim Swee untuk ke peringkat akhir nanti.

    Thursday, November 10, 2011

    Sukan Sea 2011: Malaysia 2 vs Thailand 1


    Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan musuh tradisi Thailand dengan jaringan gol 2-1 pada perlawanan kedua pada hari Rabu semalam. Jaringan Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar  pada minit ke-25 dan Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-85. Manakalau jaringan dari Thailand dijaringkan oleh Natarid Thammarossopon pada minit ke-77. Semoga Malaysia akan pertahankan pingat emas Sukan Sea Bola Sepak yang dimenangi pada tahun 2009 lalu. Jom kita tengok video jaringan gol yang terhasil dari perlawanan semalam.

    Tuesday, November 8, 2011

    Salam Aildil Adha 1432H

    Sambutan Hari Raya Korban kali ini, aku sambut dengan penuh sederhana sahaja bersama dengan keluarga di Kuala Pilah.Macam biasa mak sediakan juadah wajib kuah kacang dimakan dengan nasi himpit dan rendang daging. Lemang pula beli di tepi jalan sekitar Kuala Pilah. Harga lemang pada masa sekarang saiz sederhana antara RM6 hingga RM10 sebatang.

    Kuah Kacang dan Nasi Himpit

    Lemang dan rendang
         

    Adik beradik aku ramai yang pulang kecuali adik bongsu aku yng pulang berhari raya di Kelantan.Hari Raya kedua kami dikejutkan dengan panggilan telepon dari Julia, sepupu aku di Kemaman, Terengganu atas pemergian ayahandanya ataupon kami panggil pak ngah. Mak dengan abah terus bersiap-siap untuk pergi menziarahi keluarga mak ngah di sana. Mak n abah balik Kemaman dengan along petang semalam juga. Al-fatihah untuk pak ngah.

    Friday, November 4, 2011

    Canon EOS 450D


    SOLD OUT
    Assalamulaikum kawan-kawan...ni cuma tolong kawan opis jual kamera, urgent

    - Canon EOS 450D
    - kit lens 18-55mm
    - lens 50mm
    - speedlight 430EXII
    - shutter count dalam 10K++

    semua nak jual sekali terus, harga dalam RM3000 (nego)

    owner nak jual sbb nak wat biz...
    ain : kosong satu tujuh - onam kosong sombilan onam tigo sembilan onam 

    Selamat Hari Raya Korban

    Al-hamdulillah, masih diberi kesempatan lagi untuk meraikan Hari Raya Korban ataupon dikenali Hari Aildiladha pada 10 Zulhijjah1432H bersamaan pada 6 Nov 2011 hari Ahad ini. Cuti raya kali ini sampai hari Isnin sahaja. Hari Selasa sudah masuk kerja semula. Tetapi petang Selasa nanti kawan-kawan pejabat ajak pergi ke SMK Zaaba Kuala Pilah untuk pemilihan pemain untuk kejohanan Sukan dan Kebudayaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor pada bulan Disember nanti.

    Thursday, November 3, 2011

    N9 Juara Piala Malaysia 2011


    Tahniah kepada pasukan N. Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia tahun 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 yang lalu. Hobin Jang Hobin.....