Pages

Friday, December 30, 2011

mface Laman Web Sosial Malaysia pertama

Majlis pelancaran Mface di Hotel Doubletree By Hilton,Ampang 



MFACE LAMAN WEB SOSIAL MALAYSIA PERTAMA | Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface. Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.

Thursday, December 29, 2011

Domino Pizza Tampin

Domino Pizza Tampin

Hari ini aku bercuti sampai awal tahun depan. Kiranya nak berehat-rehat sebelum masuk tahun baru 2012 yang tinggal tidak berapa lama lagi. Jadi cuti hari ini aku saja-saja jalan ke Melaka. Masa aku lalu jalan di Tampin aku perhatikan ada Domino Pizza baru dibuka. Lokasi Domino Pizza ni berhadapan dengan pasar Tampin. Tapi mengikut kata sepupu aku, mulanya tempat tu nak dibuka MC Donald. Tapi tak kisahla. Jadi Tampin pada masa kini telah mempunyai 3 rangkaian makanan segera iaitu Pizza Hut, KFC dan yang terbaru Domino Pizza. Bila pula nak pergi makan kat sana ye...errmmm

Tuesday, December 27, 2011

Samsung Series 9 Pencabar MacBook air

Samsung Series 9



Salam sejahtera pembaca budiman,
Hari ini ramai yang orang bercuti. Ada yang sambung cuti sampai awal tahun depan.Pada yang bekerja, selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah. 

Monday, December 26, 2011

Jangan pakai atau beli Samsung Galaxy Note


Sehingga hari ini,pengeluar Samsung telah mengeluarkan beberapa model Smartphone,Tablet yang menjadi sebutan dan kegilaan ramai di seluruh dunia. Antaranya adalah model Samsung Galaxy Ace, Galaxy S, Galaxy S11, Galaxy Tab, Galaxy Note dan yang terbaru adalah Galaxy W dan Galaxy Y.


Saturday, December 24, 2011

Facebook Timeline kembali ke Facebook Profile




Hai...semalam masa aku usik-usik aku punya facebook, aku sengaja cuba-cuba untuk menggunakan facebook timeline seperti yang dihebohkan. Mulanya macam menarik,  sebab tengok kombinasi gambar yang dihasilkan.Macam blog pon ada juga rasanya bila gunakan facebook time line ni.










Friday, December 23, 2011

Harga Speedlight Nikon SB910

Nikon SB910

Masa aku sedang syok meng 'google' semalam, aku dah dapat info harga untuk Speedlight Nikon SB910. Sebelum ni aku ada ceritakan yang Nikon telah pon mengeluarkan model Speedlight SB910 yang baru. Entry post terdahulu boleh klik kat sini.


Thursday, December 22, 2011

Rumah Seri Pajam ( Part 2)



As salam...

Seperti yang dijanjikan, hari ini aku sambung entry sebelum ini mengenai Rumah Seri Pajam (Part 2). Sesiapa yang masih belum tahu pasal entry Rumah Seri Pajam (Part 1) sila  'klik kat sini'. Jadi selepas sarapan pada hari Ahad yang lepas, tanpa berlengah masa aku pon bergerak ke Seremban. lebih kurang pukul 11 pagi. Aku sampai sana pukul 12.30 tengah hari. Jadi aku pon terus ke khemah yang disediakan dan makan...heheh....


Tuesday, December 20, 2011

Percuma Proton Saga FLX 1.3 (M) dan Ipad 2

Boleh dapat percuma ke Proton Saga dan Ipad 2?Mana ada benda yang percuma kat dunia zaman sekarang ni.....Tapi tidak mustahilkan....Kat sini aku nak kongsikan cerita bagaimana nak dapatkan Proton Saga FLX 1.3 dan Ipad 2 dengan percuma.


Monday, December 19, 2011

'Friendly' Negeri Sembilan vs Johor


Pada Sabtu lepas, aku telah berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Negeri Sembilan dan Johor di Stadium Mini, Tampin. Aku sampai kat sana perlawanan sudah pon bermula 15 minit.


Friday, December 16, 2011

Happy Birthday Zure Azure

Selamat Hari Lahir yang ke 29 tahun pada 14 Dis 2011 yang lalu diucapkan kepada Zure Azure.Didoakan Zure Azure dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan,tambah anak lagi, banyakkan amalan jangan mengumpat je seiring dengan pertambahan usia dan pertambahan gaji pada tahun hadapan.Semoga dengan pertambahan usia ini akan menjadikan beliau lebih matang dalam menjalani kehidupan harian.

Zure Azure malu-malu sewaktu diminta memotong 'kek'


Wednesday, December 14, 2011

Koyak dan Menang

As salam... 

aku nak nak kongsi satu pengalamaan...masa tu tesco seremban 2 baru je dibuka. selang 2 ke 3 minngu kemudian aku baru berpeluang nak pergi ke sana.....jadi masa aku jalan-jalan kat tesco tu , aku didatangi/disapa oleh gadis melayu....lupa pulak nama dia sapa....aku namakan dia sebagai Siti jela eh....Siti cakap cuma mengisi borang survey mereka dan sebagai balasan aku akan diberikan cenderamata berupa mug. Aku bertanya padanya untuk kepastian yang aku hanya perlu mengisi form tanpa membayar apa2.. 

lepas je aku isi form dan bagi kat Siti, dia pon mulalah keluarkan kad. Siti minta aku koyakkan je kad tu..setelah koyak apa yang aku nampakla gambar di dalamnya...

Aku orang bertuah yang ke 8.
Belakang - gambar Ah So yang beli barang beribu2 sambil tunjuk thumbs up


Hadiahnya induction cooker yang diorang jual pada harga RM3,288.00 dan air purifier yang diorang jual pada hargaRM2,888.00 serta potongan RM100 untuk mana-mana barangan mahal atau murah yang bakal aku beli nanti. Siti kata murah ek 2 benda ni? Betul ke free? Bila aku bukak aje kertas tu, Siti yang over-excited konon.. lalu berlakon (padahal kes ni sama mcm kad gores dan menang) konon2 dia sangat terkejut dengan nasib aku yang sangat ong hari ni sebab kebanyakan orang cuma menang periuk nasi dan voucher atau paling teruk ialah tulisan 'TERIMA KASIH'. Lepas tu dia panggil beberapa kawan yang sama-sama ada di sekitar booth tu dan salah seorang nama dia Apek call manager dia (konon) sebab dia pelik dengan 2 hadiah yang aku dapat... "Betul ke kad ni ada 2 hadiah besar?" Beriya-riya Apek suruh aku dengar conversation dia dengan manager dia. Siap serah phone tu kat aku dan minta cakap ngan manager dia. Aku cakap pon lebih kurang jela.....Padahal aku dah bosan n... Aku tak excited langsung. Aku dah rasa bosan dan tanya  "Apa saya perlu buat sekarang?"


"Abang kena beli mana-mana produk kita, saya tolak RM100 dan serta merta abang bawak balik 2 hadiah free ni."

"Meh tengok apa produk ada..."

Yang ada cuma 6 (ENAM) barang dalam kedai dorang.... aik??? ni je ke yang ada.

Microwave Oven RM3,388.00
Vacuum Cleaner RM2,880.00
Induction Cooker (2 kepala) RM3,288.00
Air Purifier RM2,888.00
Water Treatment RM2,999.00
Set Periuk Belanga RM2,888.00



Induction Cooker, Air Purifier brand Roset


Semua barang yang diaorang jual mahal-mahal...xda pon harga yang bawah RM100...Apek tu pulak cakap nak pow aku belanja KFC sbb aku dapat voucher  yang tersangatla murahnya. Aih, dahla jual barang yang harga mahal nak mampus. Ada hati lagi nak pow...wah banyak cantik...Aku pon lagi mulala keluarkan ayat-ayat mengelak. Tapi susah gak nak lepaskan diri masa tu..Akhirnya berjaya juga lepas sejam lebih bersesi-soal jawab. Dalam hati aku cakap, yg budak melayu tu pergila cari kerja lain, jangan kerja yang menganiaya orang lain. Ish..Ish...
  
Kadang-kadang masa aku g jejalan kat Giant Senawang, modus operandi yang sama juga diaorang ni buat kat luar pintu masuk Giant tu. Sedih diaorang ni, cari rezeki dengan memperdayakan orang lain.

Tuesday, December 13, 2011

Proton Tuah di MITC

Lanjutan dari post sebelum ini, aku letakkan beberapa keping gambar Proton Tuah yang dipamirkan di MITC tempoh hari.

Pandangan Sisi

Pandangan Hadapan

Proton Tuah

Sumber Gambar : Petly Fazly

Rumah Seri Pajam ( Part 1)

Antara bunting yang digantung

Sepanjang perjalanan pergi kerja dan balik banyak iklan tentang Rumah Seri Pajam digantung di sekitar bandar Seremban. Bunting yang digantung menunjukkan ada pelancaran rumah di Nusa Intan, Senawang yang dijadualkan pada 17 dan 18 Dis 2011 ini nanti. Jadi pada 17 Dis itu nanti akan diadakan juga konsert Nadi Baru SPD (Seri Pajam Development). Artis yang dijemput oleh Seri Pajam ialah Pop Shuvit, V.I.P, Shila Hamzah dan Adam. Jadi tunggu sambungannya. Aku rasa akan pergi tengok rumah berkenaan. Tapi nak tengok konsert tu tak tau lagi dapat ke tidak sebab ada kenduri pada 17 Dis tu nanti.  Jom kita tengok beberapa gambar yang aku letakkan dalam 'entry' ini.

Test Drive Proton Saga FLX SE 1.6 dan 1.3 with CVT


Pada Ahad yang lepas, aku telah berkesempatan untuk menguji pandu kereta Proton Saga FLX SE 1.6 dan 1.3 di Pusat Jualan Proton Edar, Senawang. Aku pergi pada hari minggu, jadi memang lengang jelah Pusat Jualan tu, jadi dapatla aku mencuba kedua-dua model. Aku ditemani jurujual Ida pada waktu itu. Apa yang boleh aku katakan, proton saga FLX SE 1.6 dan 1.3 yang dijana oleh enjin Campro IAFM + CVT memang bagus. Penukaran gear tidak terasa langsung dan pemanduan memang lancar, tidak seperti memandu kereta auto yang biasa. Tahniah kepada Proton kerana menghasilkan kereta yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Harga yang ditawarkan juga cukup kompetetif iaitu bawah RM50K.


Proton Saga FLX SE 1.6 with CVT

Brosur Proton Saga FLX 1.3 with CVT


Thursday, December 8, 2011

Proton Baru, Tuah/Espire/P3-21A Dilancar Februari 2012?

As salam..


Masa aku google tentang SBPA, terjumpa artikel  yang menceritakan pasal Proton Tuah yang akan dilacarkan tahun depan. Sebelum ini,ada juga la terbaca berkaitan Proton Tuah, Lekir, Lekiu, Jebat dan Kasturi yang dipamerkan semasa KLIMS 2010 pada bulan Disember tahun lepas. Tapi yang menarik perhatian aku adalah model Proton Tuah ni. 



Wednesday, December 7, 2011

Renew Lesen Memandu JPJ

Hai, jumla lagi..korang dah renew lesen memandu JPJ belum? Aku pernah alami lesen memandu mati sehingga sebulan lebih . Jadi atas sebab itulah agaknya JPJ mengambil inisiatif untuk memperbaharui lesen memandu masing-masing sebelum tarikh lahir masing-masing sampai. 

Tuesday, December 6, 2011

PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING PENIPU!!!

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna. 

Monday, December 5, 2011

Di manakah jalan ini?



Di manakan papan tanda ini boleh ditemui?Saja je main teka-teki dulu dengan korang semua...heheh...nak tau lebih lanjut jom kita tengok gambar yang lebih dekat....

Friday, December 2, 2011

Nikon D90

As salam...Aku cuma tolong iklankan je. Kalau nak tau lebih lanjut sila hubungi tuan punya badan ye.

STILL AVAILABLE
Untuk maklumat lanjut sila KLIK di sini.

teka-teki klasik permainan percuma - main online secara percuma puzzle klasik

teka-teki klasik permainan percuma - main online secara percuma puzzle klasik

Speedlight Nikon SB910 dibawa masuk ke Malaysia

Semalam, aku saja-saja masuk web Nikon Malaysia. Bila masuk je, aku tengok Nikon telah melancarkan produk baru iaitu Speedlight SB910. Masih panas lagi. Kalau mengikut catatan dalam web Nikon Malaysia, SB910 akan masuk ke Malaysia dalam bulan Disember ni. Wah, memang menarik ni. Nasib baik aku tak beli lagi speedlight. Harga belum pasti lagi berapa yang akan dijual. Tapi aku rasa tentu harganya lebih sedikit dari

Thursday, December 1, 2011