Pages

Monday, September 22, 2014

Pelaburan Emas



Pada masa sekarang ni kos keperluan hidup memang tinggi. Jadi sampaikan ada yang buat macam-macam kerja sampingan untuk menampung keperluan tersebut. Salah satu cara kaedah yang saya perhatikan sekarang ni, ramai yang membuat pelaburan emas. Ermmm.. emas dari dahulu sehingga sekarang memang mendapat permintaan tinggi tidak kira tempat, taraf hidup dan budaya hidup.

Jadi macam mana emas boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan? Cuma yang pastinya macam2 syarikat menawarkan pelaburan emas ini seperti DEPB, Pegasus dan sebagainya. Pelaburan pula boleh terdiri dari pelbagai kaedah seperti Loaded 1, Loaded 8 , ETA7, ETA14 dan lain-lain lagi. Pelaburan sebegini pasti ada juga risiko. Yang pastinya risiko sudah tentu dari Bank Negara. Status pelaburan sebegini terpulangla kepada pihak yang lebih arif untuk menilai.


Ramai yang nak beli emas tetapi harga emas sekarang dah beribu. Tetapi jika nak tunggu memang tak akan beli. Jadi apa perlu buat sekarang ialah BELI dan TUNGGU.
Tak kisahlah anda beli berapa banyak janji beli. Asalkan jangan emas celup sudah. Cuba kita bandingkan diri kita dengan bangsa lain. Tak payah pergi jauh-jauh, kalau tengok tanah sekarang.
Majoriti tanah sekarang dekat Malaysia bangsa lain dah pegang. Kalau tak ada istilah REZAB Melayu rasanya semua tanah kat Malaysia ni dah susah nak cari pemiliknya orang melayu.
Kalau nak cerita pasal tanah, tak ada lagi tanah yang sekarang ni harga bawah RM1000. Jika anda ada RM1,000 dan cadang nak beli ASET, apa yang bermain dalam kepala anda ?
Dengan duit RM1,000….boleh beli kereta ? Itu bukan Aset malah Liabiliti yang merugikan jika hanya buat berjalan.
Beli baju ? Baju lepas 3 tahun dah jadi baju buruk dan tidak mendatangkan pendapatan.
Beli Buku-buku anak sekolah supaya anak dah besar nanti berkejaya bagus dan boleh sara anda bila dah tua. Janganlah letakkan beban pada anak-anak….dia dah besar nanti mungkin lagi banyak komitmen dari kita sekarang. Lama lagi tu..
Beli perniagaan ? Tak ramai yang ada kemahiran nak berniaga dengan modal RM1000 ke bawah. Kalau ada yang ditawarkan diluar sana pun akhirnya tak menjadi macam buat MLM, Skim, Saham, Main Kutu…
Jadi kalau pening kepala tak tahu nak beli apa dengan bajet kecil seperti RM1,000, belilah emas dan perak dan simpan. Bukan bererti lepas beli emas RM1000 dah selesai masalah. Belum lagi melainkan anda dah beli emas RM1,000,000.
Jadi lepas beli emas itulah permulaan anda. Anda mungkin tidak tahu, dengan memiliki emas, anda mempunyai medium penarik. Ramai kawan kawan yang dah memiliki emas kehidupan dia berubah.
Macamana tu ? Tahukah anda emas ni ada getaran menarik kekayaan. Jadi cuba bezakan antara orang yang ada emas sebanyak 1 gram dengan orang yang ada emas sebanyak 1 kilogram. Mana yang mempunyai tarikan gelombang yang tinggi ?
Ya, tentu sekali yang mempunyai banyak. Dan sebelum nak membeli emas jadi banyak , beli dulu sedikit demi sedikit. Jangan beli lepas tu tak lama terdesak nak jual. Memang tak jadilah perubahan pada diri.
Admin dulu bermula dengan membeli 10 gram. Kemudian entah bagaimana simpanan stok emas sendiri dah ada berkilo-kilo. Target berikut pula bercita cita nak ada bertan tan pulak ni… :-)
Jadi dah tahu, apa perlu buat ? Beli emas sekarang. Terpulang anda boleh beli emas di mana-mana sahaja.Yang penting niat.
Akhir sekali tanam dalam kepala kata-kata ini :
KITA TIDAK PERLU MENJADI HEBAT UNTUK BERMULA SEBALIKNYA KITA PERLU BERMULA UNTUK MENJADI HEBAT.

Tuesday, September 9, 2014

PR1MA Di Seremban Sentral, Negeri Sembilan (Seremban) & Projek Pembangunan Semula Stesen Keretapi Seremban














Cadangan kawasan tapak projek
20.36 Ekar
 
Cadangan saiz unit:
Jenis A : 825 kps (2 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
Jenis A1 : 804 kps (2 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
Jenis B : 1,008 kps (3 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
Jenis C : 1,214 kps (3 Bilik Tidur, 1 Bilik Air)
 
Lokasi & akses mudah
Bandar Seremban, Negeri Sembilan
Akses mudah melalui Jalan Tuanku Antah, Jalan Rasah, Jalan Sungai Ujong, Jalan Tuanku Munawir dan Jalan Dato' Bandar Tunggal
 
Cadangan kemudahan 
Dewan Komuniti
Kawasan Papan Luncur
Gimnasium
Gimnasium Luar
Dek Yoga
Taman Permainan
Perpustakaan
Tadika
Taska
Klinik
Kedai
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung/Pelanskapan
Surau
Pejabat Pengurusan
Bilik Air Lelaki / Perempuan
 
Ilustrasi reka bentuk konsep bergantung kepada kebenaran daripada Pihak Berkuasa tempatan.

Maklumat Lanjut : pr1ma