Pages

Monday, July 7, 2014

Bandar Sri Sendayan - Ladang Anggur



Sebenarnya masa aku servey2 untuk beli rumah, barulah aku tau kat N9 ni ada ladang Anggur yang terletak di Sendayan. Kiranya ada jugala tarikan pelancong untuk datang ke Sendayan tu.

Ladang anggur Sendayan Valley terletak lebih kurang 6 km dari Jalan Seremban-Port Dickson, 90 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Bandar Seremban dan hanya 20 km dari KLIA. Ini menjadikan Sendayan Valley sebagai ladang anggur paling dekat dengan bandar.



Petikan gambar dari web MPN




Menurut pemilik ladang anggur berkenaan yang diusahakan oleh Syarikat A-WINN Global Market Services Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan ladang dibuka untuk dilawati oleh ramai setiap hari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 petang dengan bayaran RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak. Maklumat ni diperolehi dari ladang webnya 3 tahun dulu. Tetapi bebaru ni aku lalu ladang anggur ni macam dah tidak diusakan lagi. Mungkin faktor kepanasan dan pertambahan rumah yang makin meningkat.



Mungkin pihak yang berkaitan seperti MPN perlu lakukan sesuatu agar tarikan pelancong ni musnah begitu sahaja.

Sumber: MPN dan blog santai