Pages

Tuesday, January 17, 2017

Tutorial renew roadtax di pejabat pos bermula 1 September 2016 (PROSEDUR BARU)

Bagi korang nak renew roadtax di pejabat pos, aku nak ingatkan terdapat sedikit perubahan prosedur. Bermula 1 september 2016 yang dah lepas, sijil pemilikan kenderaan (VOC) sudah mula diterima di pejabat pos untuk proses pembaharuan roadtax & insuran. Geran original (green card) masih diterima pakai bagi pemilik yang belum membuat pertukaran kepada VOC.

Beza Geran (green card) & VOC:


beza-kadpendaftarankenderaan-rcgreencard-sijil pemilikankenderaan-voc 
*gambar diculik dari google*
Prosedur baru:
  1. Untuk pembaharuan cukai jalan, korang tidak perlu lagi membawa geran atau VOC. Yang penting, ingat no. plat kenderaan & no.IC pemilik kenderaan. Itu sahaja. Geran atau VOC boleh juga dibawa untuk memudahkan petugas kaunter memasukkan maklumat dalam sistem.
  2. Pemilik asal atau wakil yang datang untuk tujuan pembaharuan cukai jalan perlulah membawa IC original (wajib). Kalau pemilik itu sendiri yang datang, perlulah membawa IC (kad pengenalan sendiri) dan begitu juga sebaliknya. IC pemilik asal tidak perlu dibawa jika wakil yang datang, sebaliknya wakil itu sendiri perlu mengemukakan IC-nya. (Jangan risau, walaupun cip IC tersebut rosak, tiada masalah).
  3. Tiada lagi cetakan pada bahagian belakang geran original lama (green card), begitu juga bagi yang menggunakan VOC.
  4. Pemilik asal atau wakil yang datang perlu mengisi maklumat pada resit borang JPJ-01, pada borang tersebut juga cetakan harga / gst dll di-print.
  5. Bagi yang ingin memperbaharui cukai jalan dan insuran sekali, wajib bawa geran atau VOC kerana maklumat kenderaan diperlukan seperti no.enjin, casis dll.
 
borang-resit-urusanjpj-posjpj01

Peringatan: Pertukaran Kad pendaftaran Kenderaan – RC (green card) kepada sijil pemilikan kenderaan (VOC) hanya boleh dilakukan di JPJ.
P/s: Jika petugas kaunter memberitahu korang perlu rujuk JPJ, kenalah pergi kat sana gak. Dalam sistem block. Maksudnya, pembaharuan cukai jalan tidak dapat dilakukan di pejabat pos samada disebabkan ada saman, senaraihitam dll. Manakala, bagi kes *tiada rekod insuran yang sah*, bermaksud samada insuran belum dibuat atau insuran telah dibuat tetapi belum dikemaskini dalam sistem JPJ, boleh jadi sewaktu insuran diperbaharui petugas (syarikat insuran) tersebut melakukan kesilapan seperti salah sambung tarikh insuran. Perlu hubungi pihak insuran tersebut untuk bantuan dan pembetulan.
Yang benar,
Admin

Kredit : saharol