Pages

Friday, April 18, 2014

Kualiti Rumah Seri Pajam (SPD)

Tentu ramai nak tau kualiti rumah yang dibuat oleh  syarikat Seri Pajam ni ok ke tidak. Tetapi kat sini, aku hanya letakkan gambar yang berlaku di Warisan Puteri. Dan biarlah pembaca yang menilai sendiri. Harap kualiti rumah SPD dijaga sama bukan sekadar kejar keuntungan semata.


















UPDATE : Gambar di bawah ni baru je berlaku di Taman Nusa Intan pag Jumaat (18 Apr 2014) Tetapi bukan rumah, cuma tembok Indah Water je yang runtuh.


Tuesday, April 8, 2014

OPPO N1 masuk pasaran Malaysia




Biasanya pengeluar telefon akan membangunkan dua kamera, satu di depan manakala satu lagi di belakang yang selalunya mempunyai resolusi berlainan.
Tapi, lain pula dengan satu syarikat dari China, Oppo yang mencipta satu saja kamera bagi model N1. Uniknya, kamera tersebut boleh diputarkan 206 darjah dari belakang ke depan dan sebaliknya yang lengkap bersama resolusi 13 megapiksel.
 
Operasi kamera yang pantas dibuka (0.6 saat) menjadikannya antara yang terpantas merakam foto. Manakala jika kamera dipusing pada putaran 120 darjah, ia secara automatik akan mengaktifkan skrin utama.
Kamera telefon ini mempunyai lebih 10 modul, 50 kabel dan 67 komponen yang tidak mudah rosak menunjukkan betapa seriusnya syarikat Oppo mahu menyaingi nama-nama besar. Enjin khas pemproses imej Pure Image juga tawarkan Oppo.

rantai kunci yang mengawal secara mudah alih 
Skrin belakang boleh disentuh


Oppo boleh didatangkan bersama rantai kunci yang bukan saja menjadi alat kawalan untuk menekan 'shutter' kamera tetapi mengesan telefon dalam jarak 15 meter radius sekiranya anda tersalah letak.
Manakala body aluminium penuh telefon ini bukan saja menghasilkan rekaan premium tetapi warna cantik yang diperkemaskan menidakkan stigma peranti buatan China langsung tidak berkualiti tinggi.
Saiz skrin 5.9 inci cukup untuk penggunaan seharian tetapi yang lebih menarik ia memperkenalkan cara baru menggunakan telefon pintar yang mana pengguna saja mampu menyentuk skrin depan tetapi badan belakang peranti berkeluasan 12 sentimeter persegi bagi mengoperasikan serta menggerakkan aplikasi.

Ia mula dijual pada harga lebih kurang RM1,790 dan beroperasi pada OS Android 4.2 Jelly Bean dan keupayaan bateri 3610mAh.

Sumber: My News