Pages

Thursday, March 15, 2012

Proton P3-21A Masih Guna Timing Belt & Hydraulic Power Steering ?



Ini maklumat yang aku jumpa dalam blog proton sales. Maklumat yang menarik perhatian aku ialah tentang belting sistem dan power assist steering sistem yang bakal digunakan didalam model ini.




Seperti model-modelnya sebelum ini, sistem Timing Belt masih lagi dipilih untuk dimuatkan dalam model ini, bukan sistem Timing Chain. Aku kurang pasti apakah tujuan mereka. Adakah untuk penjimatan kos pembuatan semata-mata? Pasti ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua sistem timing belt dan timing chain. 

Selain itu, sistem power steering juga masih menggunakan Hydraulic (HPS), bukan Electric (EPS). Kedua-dua sistem ini juga banyak kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan side by side. Mungkin tak semua kenderaan sama, dan punyai konsep handling yang berbeza-beza.  Cuma pada aku, kalau model P3-21A ini turut mahu dijual pasaran dunia(global car), sepatutnya model ini dipasang dengan Timing Chain dan sistem power EPS.

    
Sumber: Proton Sales

Wednesday, March 14, 2012

Tempahan P3-21A kini dibuka!!!



Pada 14 Mac 2012 iaitu hari ni, Soft-Launching model P3-21A yang akan berlangsung hari ini secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di semua pusat & wakil jualan Proton Edar di seluruh negara. Walaubagaimanapon perasmian penuh terpaksa ditangguhkan ke awal bulan April nanti. Dan ini juga bermakna tempahan secara rasmi sudah mula dibuka untuk para pembeli sekalian yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran model ini.

Beberapa info yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai butiran tempahan (Booking):

PRICE (Tentative):
- Executive MT (Metallic): RM65,500
- Executive CVT (Metallic): RM68,500
- Premium CVT (Metallic): RM75,500
* Bagi Solid White harga akan berkurang RM450 untuk setiap variasi.


BOOKING FEE:
- RM500



ESTIMATED WAITING PERIOD:
- 1 to 2 Months


FUEL CONSUMPTIONS:
- 7.8 Litre / 100KM


MAINTAINANCE:
- Every 10,000KM


VARIANTS:
- EXECUTIVE MT: 5 speed Campro 1.6 IAFM+
- EXECUTIVE CVT: 6 speed Campro 1.6 IAFM+
- PREMIUM CVT: 7 speed Pro-tronic Campro 1.6 CFE


OTHERS:
- Hot Press Materials (body)
- Platform diambil dari P6 (Exora)
- Italdesign Giugiaro


NAMA MODEL:
- Masih belum diketahui



Sumber: Proton Blog