Pages

Wednesday, February 29, 2012

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M



Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini. Program perumahan RMR1M ini membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa. Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.

Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat sebelum ini

Borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem ‘online’ bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.
Sejak diperkenalkan pada 2002, program perumahan itu menyaksikan pembinaan 20,308 unit rumah.Penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.Ia juga mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke 14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional.
Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.
TUJUAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR1M
-Warganegara Malaysia.
-Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
-Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
-Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
-Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
-Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.

REKABENTUK  RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA








MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 03-2681 0180.

  
Sumber: SPNB dan Nescafe Ais

1 comment:

  1. Sy tak ade tanah sendiri...tpi masih terpelenggu masalah menyewa umah..ada cara lain utk sy dptkn bantuan rumah....

    ReplyDelete