Pages

Friday, April 19, 2013

Harga Emas Turun?

Sejak 2-3 hari ni kawan2 aku semua bercakap tentang harga emas sedang turun. Harga emas turun sebab nak pilihanraya PRU13...Lepas PRU13 ni nnti harga emas akan naik semula. Macam kat N9 ni, kedai emas yang menjadi buruan sudah tentula di Kuala Pilah. Aku pon xtau kenapa harga emas di Kuala Pilah ni boleh murah dari kawasan lain seperti Seremban, Tampin dan sebagainya. Nak kata K Pilah ni pusat hasil penemuan emas mcm Rusila, Terengganu rasanya bukan. Tetapi yang nyata kedai emas di Kuala Pilah memang menjadi tumpuan orang ramai daerah lain untuk mendapatkan emas. Kalau tak silap harga semasa emas 916 di Kuala Pilah (19 April 2013) adalah RM128 segram....Jom serbu samada untuk bakal pengantin, pakai sendiri ataupon simpanan sebagai pelaburan.....

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M adalah lanjutan daripada inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar di Putrajaya
Terdahulu program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diperkenalkan dan ia kini telah disinambungkan ke kawasan-kawasan bandar lain di seluruh negeri


Berbeza dengan PR1MA yang terbuka kepada seluruh warganegara, PPA1M dikhususkan khas kepada penjawat awam Malaysia
Tujuan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti
Kaedah Perlaksanaan
Daripada 10,336 unit keseluruhan Program PPA1M ini 5,239 unit akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., manakala 5,097 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras kepada pembangunan PPA1M termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara

 Harga Rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Harga rumah bagi projek ini bergantung kepada keluasan seperti berikut:
1,000 kaki persegi - dari RM150,00 hingga RM220,000
1,200 kaki persegi - dari RM221,00 hingga RM260,000
1,500 kaki persegi - dari RM261,000 hingga RM300,000
Harga sebegini dapat ditawarkan kerana pihak kerajaan memberikan subsidi dalam bentuk premium tanah dan suntikan modal kepada pemaju yang dilantik. 
Menariknya, pemilihan pembeli adalah melalui kaedah cabutan secara undian bagi mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang dilakukan melalui PR1MA. Pembeli juga dikenakan moratorium yakni tidak dibenarkan untuk memindah milik atau menjual rumah yang dibeli dalam tempoh sepuluh tahun tanpa kebenaran kerajaan.

Syarat Kelayakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000.00
  • Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-badan Berkanun Persekutuan
  • Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya
  • Tidak diisytiharkan muflis

Sebagai maklumat lanjut yang berkaitan sila rujuk risalah dengan klik pada tajuk pautan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dalam risalah berformat PDF itu terkandung maklumat yang lebih lengkap untuk difahami oleh pemohon nanti
Borang Permohonan Rumah Penjawat Awam 1Malaysia
Untuk makluman pemohan boleh mendapatkan borang secara percuma dan online (atas talian) sila klik Borang Online Perumaham Penjawat Awam 1Malaysia
Cara Hantar Borang PPA1M
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya
Tarikh Tutup
Tarikh tutup bagi skim pembangunan PPA1M Fasa pertama adalah sehingga 9 Mei 2013
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppj.gov.my

Friday, April 12, 2013

Berapa Harga Sewa Rumah di Seremban?

Ada kawan aku tengah servey2 rumah di sekitar seremban untuk mencari rumah sewa. Dia cakap rumah sewa di seremban ni sudah mahal sama mcm kat KL. Aku pon cuba google sewa rumah dalam mudah.my. Hasilnya di akui mmg ada tuan rumah yang sewakan rumah diaorang dengar harga yang agak tinggi antara RM400 - RM1200....Contoh yang aku jumpa dalam gambar ni. RM1000 disewakan...Dan difahamkan rumah ni telahpon disewa dari seorang penyewa dengar harga RM1000...nak buat rumah sewa jugakla...hahha..


Beware: Kamera Tertutup Di Tandas Bilik Hotel (3 Gambar)

Berhati-hati apabila anda menginap di hotel,kerana pada zaman serba canggih ini pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda. Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.


Kamera berbentuk suis lampu
 

 
Kamera dengan perakam video digital berbentuk pengesan asap (Smoke Detector Hidden Camera With DVR)

Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan menyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu...