Pages

Friday, October 17, 2014

Beza Hartanah Berstatus Lot Bumiputra Dan Rezab Melayu

Gambar Hiasan


ADA BEZA KE ANTARA HARTANAH BERSTATUS LOT BUMIPUTRA DAN REZAB MELAYU.? APAKAH KENGKANGAN TERHADAP URUSNIAGA MELIBATKAN KEDUA-DUA JENIS HARTANAH TERSEBUT?

Ramai sebenarnya yg keliru dan bertanyakan kpd saya tentang perbezaan antara hartanah yang dikategorikan sebagai Lot Bumi dan Rezab Melayu. Mereka beranggapan kedua-duanya adalah sama. hakikatnya kedua-duanya berbeza antara satu sama lain.

Apakah perbezaan2 tersebut?
 
HARTANAH LOT BUMIPUTRA

1. Merujuk kpd lot2 hartanah yg telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam pelan kelulusan perancang untuk di jual kepada bumiputra shj.
2. Ianya hanya terpakai untuk penjualan hartanah baru oleh pemaju sahaja, dimana pemaju mestilah menjual lot-lot bumi tersebut kpd golongan bumiputra shj.
4. Walaubagaimanapun, sekiranya lot-lot bumi tersebut tidak laku, pemaju boleh memohon drpd pihak berkuasa tempatan untuk melepaskan status lot bumi tersebut dan menjualnya kpd non-bumi.
3. Setelah lot bumi tersebut dijual dan dipindahmilikkan kpd pembeli bumiputra, status tersebut tidak lagi terpakai. Ertinya, PEMBELI TADI SELEPAS INI TIDAK LAGI TERIKAT UNTUK MENJUAL HARTANAH TERSEBUT KEPADA BUMIPUTRA..
4. Melainkan ianya ditulis dengan jelas sebagai syarat nyata di dalam suratan hakmilik (geran), misalnya di tulis "Tanah ini hendaklah di miliki oleh bumi putra shj" atau ditulis "Tanah ini tidak boleh dipindahmilikkan melainkan kepada bumiputra sahaja". Jika terdapat syarat nyata sedemikian, barulah hartanah tadi mesti dijual atau dipindahmilik kpd bumiputra shj. Jika tiada ditulis dengan jelas di dalam geran, maka hartanah tadi boleh dijual/ dipindahmilik kpd sesiapa shj.

HARTANAH REZAB MELAYU

1. Merujuk kpd hartanah yg diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai Rezab Melayu.
2. Ianya akan ditulis dengan jelas di dalam suratan hakmilik (geran) sebagai "Pengisytiharan Rezab Melayu"
3. Tanah yg berstatus Rezab Melayu akan terikat dengan Enakmen Tanah Rezab Melayu di setiap negeri masing2. Definisi Melayu di dalam Enakmen Tanah Rezab Melayu di suatu negeri mungkin berbeza dengan negeri2yg lain.
4. Ia selama2nya hanya boleh dimiliki, dijual dan dipindahmilik kepada Melayu sahaja, melainkan dibatalkan status Rezab Melayu tersebut oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan drpd Sultan/ Raja di negeri tersebut.
5. Ertinya, jika seseorang beli hartanah yg berstatus Rezab Melayu, ia HANYA BOLEH MENJUAL DAN MEMINDAHMILIKKAN HARTANAH TERSEBUT KEPADA MELAYU SHJ SELAMA2NYA (melainkan sehingga dibatalkan status Rezab Melayunya itu)

Harap anda jelas dan tidak lagi keliru selepas ini. Sila VIRALkan untuk makluman kita bersama.

Sumber  : Salkukhairi Abd Sukor
                Peguam Hartanah