Pages

Tuesday, November 20, 2012

Bila agaknya Canon DSLR EOS 6D masuk ke pasaran Malaysia

canon eos 6d dslr specifications retail price launch release date review malaysia

Canon cuba meraih perhatian peminat fotografi diluar sana dengan melancarkan kamera DSLR Bingkai Penuh (Full Frame) pada harga mampu milik terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu Canon EOS 6D pada hari ini. Kamera EOS 6D ini merupakan DSLR Full Frame paling kecil dan ringan yang pernah dihasilkan oleh Canon setakat ini.

Spesifikasi Canon EOS 6D

Canon EOS 6D dilengkapi dengan 20.2 Megapiksel FX-format CMOS sensor yang dikuasakan oleh enjin pemprosesan  (processing engine) Digic 5+.
EOS 6D ini mempunyai skrin TFT LCD bersaiz 3.0 inci dengan 1040K dots. Berbanding dengan Nikon D600 yang mempunyai 39 titik Autofocus, EOS 6D ini hanya mempunyai 11 points Autofocus sahaja.

canon eos 6d dslr screen malaysia

ISO Canon EOS 6D ini pula adalah antara 100 – 25,600 dan boleh dipertingkatkan sehingga 102,400. Rakaman berterusan (continuous shooting) pula boleh dilakukan pada kadar 4.5 frame per second (fps). Rakaman video dengan kualiti Full HD 1080 pada kadar 30fps juga boleh dilakukan menggunakan kamera DSLR ini.

Kamera ini disertakan dengan 2 slot kad SD, bagi membolehkan pengguna menggunakan kad SDSC, SDHC atau SDXC untuk storan gambar dan video.

Dimensi kamera DSLR Canon ini adalah bersaiz 145 x 111 x 71mm (panjang x lebar x tebal) dan seberat 770 gram termasuk bateri. EOS 6D menggunakan bateri Li-Ion LP-E6.

Kelebihan yang terdapat pada Canon EOS 6D ini berbanding dengan kamera DSLR yang lain adalah ianya dilengkapi dengan WiFi dan GPS terbina dalam (built-in). Pengguna EOS 6D  sudah tentu dapat mengurangkan kos tanpa perlu membeli peranti tambahan untuk menggunakan fungsi-fungsi ini.

canon eos 6d dslr lens ef 24-05 mm malaysia

Tarikh dan Harga Canon EOS 6D Dipasaran

Harga rasmi/runcit (official/retail price) Canon EOS 6D ini dipasaran Amerika Syarikat adalah US$2,099 (harga di Malaysia sekitar RM6,510) untuk badan sahaja (body only) atau US$2,899 (sekitar RM8,990) bersama-sama dengan lensa (lens) EF 24-105mm f/4L IS USM.

Nampak gayanya, trend syarikat-syarikat kamera ini adalah dengan mengeluarkan DSLR Full Frame pada harga berpatutan atau mampu milik bagi menarik pembeli menggunakan kamera jenama buatan mereka. Dan dengan pelancaran Canon EOS 6D ini, terdapat satu lagi model kamera DSLR yang boleh dipilih oleh para pengguna di Malaysia nanti.

Bila agaknya model ni masuk pasaran Malaysia ye?

 Sumber: http://www.kelabwebmaster.com

Selepas Nikon melancarkan kamera DSLR Nikon D600 minggu lalu, kini giliran Canon pula mengalih perhatian peminat fotografi diluar sana dengan melancarkan kamera DSLR Bingkai Penuh (Full Frame) pada harga mampu milik terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu Canon EOS 6D pada hari ini. Kamera EOS 6D ini merupakan DSLR Full Frame paling kecil dan ringan yang pernah dihasilkan oleh Canon setakat ini.

Sumber maklumat : http://www.kelabwebmaster.com/blog/spesifikasi-harga-kamera-dslr-canon-eos-6d-dilancarkan-secara-rasmi.html#ixzz2CjYz0SkV
Follow us: @kelabwebmaster on Twitter | kelabwebmaster on Facebook

No comments:

Post a Comment