Pages

Wednesday, November 13, 2013

Perumahan PRIMA 2014 Tawar Bayaran Bulanan Serendah RM400 - RM500 Bagi Rumah RM200,000?

Perumahan PRIMA 2014 Tawar Bayaran Bulanan Serendah RM400 Bagi Rumah RM200,000?


ddd


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan terbarunya memaklumkan pembeli Perumahan PRIMA Malaysia 2014 hanya perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM400-RM500 untuk sebuah rumah beharga RM200,000. Semak butirannya selanjutnya….



KUALA LUMPUR – Pembeli Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kadar tersebut jauh lebih rendah berbanding pinjaman bank komersial yang biasanya sekitar RM1,800 sebulan bagi membiayai pinjaman sebesar itu.
“Kalau gaji RM3,000 mana mampu nak bayar RM1,800. Ini berita gembira bila dia masuk pinjaman bersama dengan PRIMA nanti.
“Skim pinjaman ini akan diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Menurut Shahidan, projek perumahan PRIMA Malaysia bukan sahaja membina rumah untuk rakyat tetapi juga menolong menyediakan pinjaman.
Shahidan yang enggan menjelaskan perkara itu secara terperinci berkata, skim tersebut sebahagian daripada pakej untuk membantu pemohon yang berjaya mendapat rumah PRIMA Malaysia namun gagal memperoleh pembiayaan bank.
Shahidan juga meminta pemilik tanah yang mahu membangunkan tanah mereka agar menghubungi pemaju perumahan PRIMA Malaysia
Sumber : Bernama Malaysia
Senarai Projek Perumahan PRIMA 1 Malaysia?
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Negeri Sembilan (6,174 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Selangor (8,872 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Kuala Lumpur (4,636 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Johor ((7,539 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Pulau Pinang (2,510 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Kedah (1,349 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Perak (208 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Pahang (1,152 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Sabah (9,910 unit rumah)
  • Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Sarawak (1,877 unit rumah)
RM400-RM500 sebulan untuk harga rumah RM200,000? Agak-agak berapa tempoh masa pinjaman rumah yang ditawarkan? Bertambah menarik, apabila janji pihak kerajaan untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia yang bercita-cita memiliki kediaman sendiri merlakukan perumahan PRIMA 1 Malaysia ini bakal menikmati kadar fedah pinjaman yang rendah?
Semoga usaha & perancangan kerajaan dengan meringankan sedikit beban kos rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri kelak. Apa kata korang mengenai idea terbaru melibatkan projek perumahan PRIMA Malaysia kali ini?

No comments:

Post a Comment