Pages

Friday, January 3, 2014

ABNxcess Akan Memperkenalkan Pakej Internet 5Mbps Pada Harga RM69.99 Sebulan

ABNxcess 5Mbps

ABNxcess mungkin tidak begitu popular dikalangan ramai pengguna buat masa ini. Ia merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV. Namun, lokasi sokongannya masih terhad buat masa ini.

Apa yang menariknya daripada ABNxcess pada tahun baru 2014 kelak adalah dimana mereka bakal hadir dengan promosi khas menawarkan perkhidmatan mereka pada harga hanya RM69.99 sebulan untuk internet berkelajuan sehingga 5Mbps dan juga 50 saluran TV percuma.

Harga pakej dikatakan akan kekal sehingga mana pengguna masih melanggan pakej berkenaan. Tempoh promosi ABNxcess untuk pakej baru ini adalah daripada 1 Januari sehingga 14 Februari kelak. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak ABNxcess akan menaikkan harga untuk pakej berkenaan ataupun mengekalkannya selepas tarikh berkenaan.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kawasan liputan anda di laman rasmi ABNxcess hari ini, disamping melihat saluran TV yang turut ditawarkan oleh mereka melaluinya.
Sebagai perbandingan, pihak TM menawarkan pakej VIP5 pada harga langganan RM149 sebulan dan hadir dengan panggilan ke talian TM secara percuma serta beberapa perkara lain.
Jadi, mungkinkah dengan pengenalan pakej 5Mbps pada harga lebih rendah berbanding TM ini, ia akan membuatkan penyedia lain termasuk TM mengubah struktur harga pakej mereka?

Kat Seremban bila pula nak sampai ye?


Semak : Kawasan Liputan ABNxcess

Sumber: amanz




No comments:

Post a Comment