Pages

Wednesday, December 31, 2014

Tragedi Pesawat MAS MH370, MH17 dan Air Asia QZ8501


 Tahun ini kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih menjadi misteri, kerana masih belum diketahui status kehilangan. Perkara ini menjadi tertanya-tanya di bibir setiap lapisan masyarakat seluruh rakyat Malaysia juga rakyat antarabangsa. Pesawat MH370 dikatakan hilang semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing,China pada 8 Mac 2014 yang lalu.


Pada 17 Julai 2014 pula Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kehilangan pesawat MH17 yang membuat perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Tetapi kehilangan pesawat MH17 akhirnya terjawab apabila dikatakan terhempas selepas ditembak jatuh oleh puak pemisah Ukrain. 



Pada 28 Disember 2014 pula, sebuah pesawat milik Air Asia QZ8501 yang membuat perjalanan dari Surabaya ke Singapura juga turut dilaporkan telah hilang. Tetapi usaha pencarian berakhir dengan penemuan mayat dan serpihan pesawat di laut berhampiran Indonesia.












 

No comments:

Post a Comment