Pages

Friday, June 19, 2015

Siapa semput bila tiba masa nak renew road tax kereta?

 
Ramai orang merana bila tiba waktu nak perbaharui cukai jalan kereta.
Kenapa?
Sebab semput nak bayar insurans kereta.
Ahaa... masa beli kereta tu, cari yang mana nampak bergaya je. Kira bayaran ansuran bulanan je.
Terlupa nak kira berapa harga tayarnya yang perlu diganti selepas 2 -3 tahun. Lagi lupa nak tengok amaun insurans dan cukai kereta yang perlu dijelaskan setiap tahun.
Oh.. lagi besar cc kereta lagi pikap kan.. Lagi best pecut dan memotong.
Tapi jangan lupa, lagi besar cc kereta, lagi mahal cukai jalannya. Lagi mahal pula harga kereta, lagi besar amaun insurannya.





Habis tu, macamana?
Baik, untuk mengelakkan semput setiap kali tarikh keramat ini muncul, ingat amaun insurans dan cukai jalan yang perlu dijelaskan.
Katalah jumlah dua amaun ini bersamaan dengan RM1,500.
Kemudian 1500/12 = 125
Ini bermakna, setiap bulan kita perlu menyimpan sebanyak RM125 untuk kegunaan perbaharui cukai jalan dan insurans ini. Bila gaji keluar, terus pindahkan ke akaun bank lain yang tak ada ATM kad atau yang memang anda takkan keluarkan wang dalam tu.
Nak lagi senang, set di online banking untuk automatik pindahkan amaun tersebut sehari selepas hari gaji anda. Senang.
Jadi, bila tarikh keramat ini tiba, anda boleh tersenyum lega kerana wang tersebut memang dah ada.
Tinggal keluarkan sahaja.
Jadi, lepas ni kalau si suami bercakap nak tukar kereta baru yang lebih gagah perkasa dan bergaya, isteri keluarkan kalkulator dan kira berapa banyak simpanan bulanan untuk insurans dan cukai jalannya ya.
Kemudian tanya si suami, selain bayar ansuran bank, mampu tak tolak gaji siap-siap untuk amaun ini pula?
Kalau jawapannya senang je.. celah gigi gaji suami je. maka bolehlah beli kereta tu.
Tapi kalau dah terkulat-kulat melihat amaunnya, hmm.. baik lupakan je la hajat nak upgrade kereta tu. Tak mampu namanya.
Oh ya, kalau kita tak pernah claim insurans, nanti ada NCB kan. Diskaun dari bayaran penuh insurans.
Jangan kurangkan simpanan bulanan anda. Sebab kita tak tahu kalau tiba-tiba kita terpaksa claim insurans dan menyebabkan NCB hilang.
Sebaliknya, simpan sahaja untuk amaun penuh. Bila dah tolak NCB, pasti ada baki.
Ha.. baki tu bolehlah kita simpan dalam Tabung Haji, dalam ASB atau jadikan sebahagian modal untuk beli property.


Sumber: Rohaniahnoor

No comments:

Post a Comment