Pages

Friday, April 19, 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M adalah lanjutan daripada inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar di Putrajaya
Terdahulu program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diperkenalkan dan ia kini telah disinambungkan ke kawasan-kawasan bandar lain di seluruh negeri


Berbeza dengan PR1MA yang terbuka kepada seluruh warganegara, PPA1M dikhususkan khas kepada penjawat awam Malaysia
Tujuan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti
Kaedah Perlaksanaan
Daripada 10,336 unit keseluruhan Program PPA1M ini 5,239 unit akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., manakala 5,097 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras kepada pembangunan PPA1M termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara

 Harga Rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Harga rumah bagi projek ini bergantung kepada keluasan seperti berikut:
1,000 kaki persegi - dari RM150,00 hingga RM220,000
1,200 kaki persegi - dari RM221,00 hingga RM260,000
1,500 kaki persegi - dari RM261,000 hingga RM300,000
Harga sebegini dapat ditawarkan kerana pihak kerajaan memberikan subsidi dalam bentuk premium tanah dan suntikan modal kepada pemaju yang dilantik. 
Menariknya, pemilihan pembeli adalah melalui kaedah cabutan secara undian bagi mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang dilakukan melalui PR1MA. Pembeli juga dikenakan moratorium yakni tidak dibenarkan untuk memindah milik atau menjual rumah yang dibeli dalam tempoh sepuluh tahun tanpa kebenaran kerajaan.

Syarat Kelayakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000.00
  • Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-badan Berkanun Persekutuan
  • Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya
  • Tidak diisytiharkan muflis

Sebagai maklumat lanjut yang berkaitan sila rujuk risalah dengan klik pada tajuk pautan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dalam risalah berformat PDF itu terkandung maklumat yang lebih lengkap untuk difahami oleh pemohon nanti
Borang Permohonan Rumah Penjawat Awam 1Malaysia
Untuk makluman pemohan boleh mendapatkan borang secara percuma dan online (atas talian) sila klik Borang Online Perumaham Penjawat Awam 1Malaysia
Cara Hantar Borang PPA1M
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya
Tarikh Tutup
Tarikh tutup bagi skim pembangunan PPA1M Fasa pertama adalah sehingga 9 Mei 2013
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppj.gov.my

No comments:

Post a Comment