Pages

Friday, April 19, 2013

Harga Emas Turun?

Sejak 2-3 hari ni kawan2 aku semua bercakap tentang harga emas sedang turun. Harga emas turun sebab nak pilihanraya PRU13...Lepas PRU13 ni nnti harga emas akan naik semula. Macam kat N9 ni, kedai emas yang menjadi buruan sudah tentula di Kuala Pilah. Aku pon xtau kenapa harga emas di Kuala Pilah ni boleh murah dari kawasan lain seperti Seremban, Tampin dan sebagainya. Nak kata K Pilah ni pusat hasil penemuan emas mcm Rusila, Terengganu rasanya bukan. Tetapi yang nyata kedai emas di Kuala Pilah memang menjadi tumpuan orang ramai daerah lain untuk mendapatkan emas. Kalau tak silap harga semasa emas 916 di Kuala Pilah (19 April 2013) adalah RM128 segram....Jom serbu samada untuk bakal pengantin, pakai sendiri ataupon simpanan sebagai pelaburan.....

No comments:

Post a Comment