Pages

Friday, March 28, 2014

SUN TUNNEL - Pencahayaan Semulajadi Di Dalam Rumah


Salah satu konsep pencahayaan semulajadi ke dalam rumah yang dapat menjimatkan bil elektrik adalah dengan menggunakan pencahayaan matahari. Kebiasannya pencahayaan ini diperoleh melalui cermin-cermin tingkap.
Untuk kawasan yang lebih gelap atau tiada tingkap seperti di lalaun doorway atau bilik salinan, penggunaan alat yang dikenali sebagai 'Sun Tunnel' ini dapat membantu membekalkan cahaya semulajadi ke dalam ruang tersebut melalui siling rumah.

Kebanyakan kontraktor pada masa ini banyak menggunapakai konsep serupa tetapi menggunakan solusi yang lebih mudah iaitu bumbung lutsinar dan cermin pada bahagian siling.

Walaubagaimanapun, solusi tersebut tersebut walaupun jauh lebih murah, tidak se-elegan dan mempunyai beberapa isu iaitu :
1. Nampak bayangan kekuda atap, perlu gunakan cermin gelap
2. Perlu dicuci setiap 3 bulan kerana pengumpulan habuk pada cermin

Alatan khusus Sun Tunnel pula dapat mengelakkan kedua-dua masalah di atas. Cuma belum dapat kepastian samaada Sun Tunnel ni ada di jual di Malaysia atau tidak.

Sumber:Mahligai Idaman.

No comments:

Post a Comment