Pages

Monday, November 16, 2015

5 Fakta Masjid Hussain,Seremban 2,Negeri Sembilan.


5 Fakta Masjid Hussain,Seremban 2,Negeri Sembilan.

1.Dirasmikan pada 24 Oktober 2014 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.

2.Masjid ini berkeluasan lebih daripada 20,000 meter persegi dan ditadbir serta dibiayai oleh MAINS.

3.Dibina dengan kos RM 22.6 juta.Pembinaan bermula sejak 2012 dan telah siap pada pertengahan Oktober 2014.

4.Masjid ini terletak di kawasan rekreasi City Park,Seremban 2.Masjid ini juga bercirikan seni bina Islam Turki juga menyediakan pelbagai kemudahan moden termasuk perpustakaan, bilik komputer di samping kemudahan asas untuk jemaah.

5.Masjid ini mempunyai kapasiti lebih daripada 2,500 orang pada satu-satu masa, termasuk ruang solat untuk 400 wanita.


Sumber: Negeri Sembilan Maju

No comments:

Post a Comment