Pages

Monday, November 16, 2015

7 Fakta Megenai Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).


  

 7 Fakta Megenai Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

1.Projek Pembinaan Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menelan belanja hampir RM59 juta.

2.Menara ini mempunyai 18 tingkat dan bakal menjadi mercu tanda kemajuan bandar Seremban.

3.Menara MAINS ini juga akan menyediakan ruang bagi menempatkan semua agensi agama negeri ini di bawah satu bumbung.

4.Ketika ini kedudukan jabatan serta agensi-agensi agama ini seperti Pusat Zakat agak bertaburan, maka pembinaan ini kita dapat terjemahkan impian untuk menempatkan semua agensi berkaitan di bawah satu bumbung kecuali mahkamah.

5.Menara tersebut turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan selain ruang perniagaan serta restoran yang bercirikan konsep pembinaan Maghribi.

6.Menurut YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Mente­ri Besar Negeri Sembilan beliau menegaskan,ke­selu­ruhan kos projek ditanggung melalui dana pe­laburan MAINS serta pin­jaman dibiayai oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

7.Kini Menara MAINS ini dalam proses akhir pembinaan.

Semoga Syiar Islam di Negeri Sembilan terus berkembang.Mari Sama2 kita doakan supaya segala urusan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan MAINS dipermudahkan. Amin


Sumber: Negeri Sembilan Maju

No comments:

Post a Comment