Pages

Wednesday, November 25, 2015

PEMILIHAN BOOT BOLA



 PEMILIHAN BOOT !


Ramai antara kita tak tahu cara asas memilih kasut bola dan cleats / studs yg sesuai. Kita kekadang membeli kasut atas faktor jenama dan pengaruh pemain yg kita suka. Tak kurang juga sebab mitos seperti,
' Saya Winger laju dan saya perlukan Nike Mecurial Vapor atau Superfly'
Pemilihan kasut adalah bermula daripada bentuk/acuan tapak kaki dan aligment kaki kita. Sama ada tapak kali kita
1. High Arch / Rectus
2. Normal / Planus
3. Flat foot / Cavus



Untuk mengetahui acuan tapak kaki kita, boleh basahkan kaki dan pijak lantai kemudian lihat betuknya. Nak lebih baik pijak cat atau water color..hehe
Alignment kaki kita mungkin
1. Supinator ( melengkung ke dalam)
2. Neutral (tegak /lurus)
3. Pronator (melengkung ke luar)

Kasut yg tak sesuai akan memberikan impak kepada risiko kecederaan dan kesakitan selepas bermain seperti sakit tulang belakang.
Untuk pemain profesional di luar negara, mereka menggunakan customize atau kasut yg direka dan ditempa khas berdasarkan kaki. Aspek struktur jejari kaki juga diambil kira sama ada ia adalah
1. Egyptian (majoriti kita kaki jenis ini)
2. Greek /Morton ( ibu kaki lebih pendek daripada jari kaki sebelah )
3. Peasant feet ( jari kaki kedua hampir sama panjang dengan Ibu kaki, ini jenis jari kaki saya)
Aspek di atas penting untuk memilih bentuk lekukan leather di hujung kaki supaya kaki kita selesa. Jika silap, ia akan mewujudkan iritasi dan tak selesa.
Jika anda berkaki Greek, Adidas AdiZeros mungkin akan menjadi pilihan terbaik berbanding kasut lain kerana bentuk binaan di hujung kaki AdiZeros yg lebih panjang di bahagian jari kaki kedua.
Tebal atau nipis ?
Kasut yg tebal akan menambahkan beban di kaki dan untuk pemain yg mementingkan output seperti ketepatan hantaran dan shots terutama Striker dan midfielder, kasut tebal akan mengurangkan interaksi kaki dengan bola. Kasut nipis adalah pilihan ramai kerana anda akan dapat merasai sendiri bola dan lebih manipulasi ketika dribble dan shots. Berat kasut juga penting. Ini adalah berat kasut untuk berberapa boots glamor
Adidas F50 Adizero = 150g
Nike Mercurial Superfly = IV 200g
Puma King II = 239g
Nike Tiempo Legend V = 240g

 
Walaupun Adizero jelas boots paling ringan, winger laju tetap cenderung memilih Mecurial Superfly. Ini kerana kekadang kaki mereka tak sesuai dengan bentuk Adizero yang lebih muncung. Tak adalah beban sangat kalau takatk 300g tetapi jelas boots terbaik ini dalam range bawah 300g. Beli kasut kena bawak penimbang la ye.
Kasut Sempit atau Longgar sedikit ?
Kasut sempit dan membaluti kaki adalah yg sepatutnya. Lebihkan cuma 5-10 mm daripada jari kaki yang terpanjang. Tapi kita kan membeli kasut yg ready made di kedai, jadi pastikan kaki anda selesa dan jika longgar, pastikan ia cuma lebih 0.5 skala. Kalau anda kaki saiz 7 tapi kaki anda jenis Greek dan kasut pula jenis Egyptian. Kaki anda akan tak selesa dengan saiz tepat kerana ibu kaki kedua rasa sakit, jadi lebihkan kepada 7.5. Kasut yang terlalu longgar menyukarkan anda mengagak jarak tertentu dan anda mungkin mudah tersadung atau output sepakan ke bumbung.
‪#‎Material‬
Kulit adalah material utama kasut bolasepak dan ia perlulah sesuai dengan acuan kaki anda. Kulit yang asli atau bukan sintetik adalah jauh lebih baik. Ia menyediakan perlindungan yang lebih baik dan tebal. Kelemahannya adalah kulit tulen lebih menyerap berbanding sintetik. Namun, Nike menyatakan isu ini sudah diambil berat oleh mereka dan menyatakan teknologi HyperShield cuma menyerap air 73% kurang daripada keluaran kasut mereka sebelum ini. Jadi kasut yg ada HyperShield ni sesuai nak main kat Malaysia yang selalu hujan.
Kulit asli yang ringan Sangat nipis adalah pilihan pemain profesional supaya mereka berasa seperti main tanpa kasut. Sifat menghalang air yg lebih baik menjadikan bahan-bahan sintetik menjadi persaingan besar kepada kasut kulit tulen.
Kulit sintetik lebih ringan dalam keadaan basah namun bila bercerita support ketika menendang dan mengawal bola, kasut sintetik gagal memberikan sehingga 70% hasil berbanding kulit tulen. Kulit sintetik lebih keras dan tidak membaluti kaki secara optimum. Namun harganya lebih murah. Oleh Kerana bahan sintetik terlalu bagus dalam keadaan basah, Banyak but generasi baru kini menyediakan kombinasi bahan-bahan sintetik dan kulit asli (hybrid). Tapi masih ramai pemain bintang dunia mahukan full genuine leather.
 
Jenis jenis kasut sukan Anda
1. Jenis Cushioning
Kasut jenis ini sesuai dengan kaki jenis rectus dan alignment supinator. Ini kerana bentuk rectus memerlukan sokongan cushioning yg lebih tebal di bahagian inside boots. Namun cushioning dalam kasut boleh ditukar ganti di kedai sukan. Biasanya impak bila kaki anda saiz kecil/ di bawah 7UK tapi berat badan anda agak berat. Jika anda tak pakai cushioning shoes, anda terdedah kepada lateral / inside ankle injuries yg tinggi berbanding kaki lain.
2. Jenis Motion Control
Jika anda jenis Flat foot afau planus, anda ada jenis kaki yang tak boleh langsung main kaki ayam di padang rumput kerana bentuk kaki mereka rata. Lebih terdedah kepada Risiko mereka akan tergelincir di permukaan licin tanpa kasut lebih tinggi. Kasut jenis motion control biasanya lebih luas tapak kasut dan pengeluar seperti Mizuno adalah sangat reliable dalam membekalkan kasut stabiliti untuk ahli sukan dan teknologi mereka juga boleh harap untuk bolasepak. Motion control bermaksud kawalan kepada gerakan. Jika alignment anda over pronator (melengkung keluar, anda perlu pastikan anda memilih motion control kerana ia memang direka kepada jenis ini. Jika silap pilih kasut, kecederaan medial atau ankle luar amat tinggi.
3. Jenis Stabiliti
Kasut ini penting untuk tapak kaki yang flat foot dengan aligment lurus / neutral. Bila aligment lurus ia memang sukar untuk stabil berbanding over pronator. Biasalah, kalau bangunan pun tapak yg lebih luas akan lebih stabil berbanding yg lurus atau kecil.
Di atas ini adalah jenis jenis kasut sukan atau bolasepak yg anda patut utamakan. Biasanya penjual atau promoter kasut akan lebih tahu. Ia adalah sokongan penting kepada jenis kaki anda. Nike mungkin pilihan yg lebih baik jika anda blur. Nike memang ada kepakaran dalam menghasilkan kasut stabiliti dan ia menjadi pilihan pemain bertapak kaki lebar.
‪#‎STUDS‬ / CLEATS
Ada ramai antara kita suka pakai cleats yg salah. Sekarang ada cleats / studs yg boleh laras. Dengan penjelasan jenis acuan tapak kaki di atas anda sudah pasti tahu bahagian mana yang anda harus letakkan supports. Jika kaki jenis rectus, anda harus fokus kepada sokongan di tengah.
‪#‎Kesimpulan‬
Sangat subjektif menentukan mana satu kasut terbaik secara umum. Di atas cuma teori yang mungkin membantu anda supaya kasut boot anda menjadi rakan baik anda dan bukan duri bawah kaki. Adidas jelas menguasai aspek distribution untuk midfileder yg kaki assist seperti Xavi , Beckham ,Gerrard. Pirlo pula membuktikan Nike pun boleh menghasilkan support kepada deep lying playmaker denganTiempo Legend. Cristiano Ronaldo adalah sprinter yg menggemari Nike dan kini menggunakan Superfly. Gareth Bale juga sprinter namun dia dengan Adidas X15.
Jelas sekali, pemilihan kasut sesuai dengan customization oleh syarikat boots menjadikan pemain bolasepak dunia menggunakan boots terbaik. Malang di Malaysia apabila ramai pemain kita cuma mampu menggunakan ready made macam kita semua yang pergi ke Al Ikhsan dan beli sebab sedap pakai. Betapa details mereka memilih boots.
AdiZero - untuk jari kaki kedua lebih panjang , jenis morton / greek
Mizuno - kalau saiz kaki kecil dan anda perlukan kasut stabiliti.
Kaki jenis Morton/Greek - cuba elak nike superfly / mecurial dan Puma Powecats series.
Kaki lebar - nike series seperti Superlfly, CTR
Jadi , at the end anda kena pastikan pelaburan ratusan atau ribuan ringgit anda berbaloi. Pastikan anda tahu kasut anda kulit asli, sintetik atau hibrid. Pastikan jejari kaki anda selesa terutama ibu kaki dan jari kedua sebelah ibu kaki. Untuk kasut sintetik kalau silap pilih jenis struktur hujung kaki akan jadi masalah besar sebab kasut sintetik lebih keras.

Sumber: Axello Tacts

No comments:

Post a Comment