Pages

Thursday, January 5, 2012

Liga Malaysia 2012

Saingan Liga Malaysia kini hampir kepada sepak mula..
Logo Liga Level 1 (Astro Super League) dan
Logo Liga Level 2 (Astro Primier League) sudah
pun diketahui, dengan berlogo Button "Play"
selain itu terdapat juga Liga Level 3 (Liga FAM) .


Seperti sedia Maklum Liga Malaysia Musim ini menampilkan pemain-pemain import yg berkualiti, sehinggakan ada pasukan yang makan hati apabila pemain import mereka tidak layak bermain di Liga M kerana tidak menepati kriteria FAM..


Gelaran Liga Super Malaysia 2012 bakal menjadi rebutan 14 pasukan yang diketuai Juara Musim Lepas Kelantan FA. PKNS FC dan Sarawak FA pula dinaikkan ke Liga Super setelah berjaya mencatat kedudukan 1 2 dalam saingan Liga Perdana 2011.. Manakala, LION XII merupakan pasukan
jemputan singapura yang bakal memeriahkan lagi Liga Super 2012.

Berikut adalah senarai pasukan yang akan bertanding dalam
Saingan Malaysia ASTRO Super League 2012:





Bagi saingan Malaysia ASTRO Premier League 2012,12 pasukan akan berentap bagi kejuaran Liga Perdana serta 2 tempat ke Liga super 2013. ATM FC dianggap sebagai pasukan pilihan dengan kehadiran ramai bintang Harimau Malaya yang menyertai kelab yang digelar "Man City" Malaysia..

Berikut adalah pasukan yang akan bersaing dalam saingan
Malaysia ASTRO Primer League:





Untuk Liga Level 3 di Malaysia, bakal menampilkan 9 pasukan,
bagi merebut kejuaran Liga FAM dan tempat ke Liga Perdana 2013,
2 Pasukan FA iaitu Melaka FA dan Pulau Pinang FA menjadi pasukan
pilihan bagi kembali ke Liga Perdana Malaysia





Saingan Liga Malaysia akan membuka tirai dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal menemukan 2 pasukan juara iaitu Liga Super 2011 (Kelantan) dan Juara Piala Malaysia (Negeri sembilan) pada 7 Januari 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas itu sepak mula Astro Super League akan bermula pada 10 Januari
Manakala sepak mula Astro Primer League akn bermula pada 13 Januari.

Ayuh sama sama raihkan semangat Bola sepak negara dengan menghangatkan kemeriah LIGA MALAYSIA 2012..

Hoben Jang Hoben

No comments:

Post a Comment