Pages

Sunday, January 8, 2012

Negeri Sembilan Juara Perlawanan Sumbangsih 2012


Pembuka tirai 2012, pasukan bola sepak Negeri Sembilan berjaya menundukkan Kelantan 2-1 di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu yang lalu dan mencipta sejarah tersendiri bergelar Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) buat kali pertama.

Perlawanan Piala Sumbangsih yang berlangsung antara juara Piala Malaysia 2011 iaitu Negeri Sembilan dan juara Piala Liga Super 2011, Kelantan  di Stadium  Bukit Jalil malam tadi menyaksikan perlawananan secara keseluruhan dikuasai oleh Kelantan.


Piala Sumbangsih pertama Negeri Sembilan


Negeri  Sembilan tidak menurunkan ke sebelas pemain utamanya dengan merehatkan  ketua pasukan Shukur Adan dan Idris Karim. Jaringan gol dimulai oleh jaringan padang oleh pemain Kelantan iaitu Norshahrul Idlan Talaha pada minit 19. Pemain import Negeri Sembilan Effa Owona menyamakan kedudukan melalui rembatan pada minit 30.


Pada minit ke 63,Effa Owona berjaya menanduk masuk ke gawang Kelantan sekaligus sudah cukup untuk membawa kemenangan ke atas Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan.Semoga diteruskan kecemerlangan dalam Liga Super 2012 nanti.



No comments:

Post a Comment