Pages

Penaja blog mansyah

Tuesday, January 3, 2012

Proton Saga Untuk Dijual

Proton Saga untuk dijual

Proton Saga untuk djual. Ada tak yang berminat nak beli agaknya kereta proton seperti gambar di atas?



Tapi kali ini aku bukan nak bercerita tentang nak jual kereta proton saga seperti di atas. Perkara yang aku nak cerita ialah tentu korang perasan kalau pergi mana-mana dan terjumpa ada kereta yang nak dijual, tuan punya kereta mesti letakkan tong minyak kat atas kereta seperti dalam gambar. Apa kaitannya letak tong minyak atas bumbung kereta dengan nak jual kereta ya? Adakah ini memang budaya di Malaysia yang letak tong atas kereta je orang yang memandang fikir nak jual kereta.

Di sini aku ada pengalaman yang nak dikongsikan. Ada 1 hari tu, aku pergi menukar minyak hitam di sebuah kedai. Biasalah bila kita tukar minyak hitam ni, bukannya kita pakai semua minyak hitam tukan. Jadi lebihannya tentula dibawa balik. Masa dah sampai di rumah pon dah lewat malam, bila keluar rumah je aku pon keluarkanla barang-barang masa singgah kedai runcit sebelum balik termasuklah tong minyak hitam ni tadi. Nak dijadikan cerita, tong minyak tu aku letakkan di atas kereta dan terus masuk rumah. Mungkin terlupa agaknya masa tu. Kereta aku parking kat luar rumah je sebab parking dalam rumah tak cukup. Jadi pada waktu malam tu lepas aku makan malam dan solat Isyak, ada orang ketuk pintu rumah. Ingatkan sapa, jiran aku juga rupanya. Dia bertanyakan tentang kereta aku "Nak jual ke Kancil abang ni? Berapa harga nak jual agaknya tu?" Aku dengan nada pelik dan hairan aku bertanya "kenapa pula nak jual? Saya tak nak jual pon Kancil tu" Jiran memberi tahu, "Tu ada tong minyak atas kereta abang, biasanya orang letak tong minyak atas kereta nak jual". Patutla jiran ni bertanya macam tu. Hehehhehe.....


Toyota untuk dijual - sampai 3 tong minyak atas kereta

No comments:

Post a Comment

Penaja Blog mansyah