Pages

Wednesday, January 4, 2012

Naza Kia lancar Kia Optima K5

Naza Kia Optima K5

Mantap dan mengagumkan. Itulah ungkapan yang boleh diberikan pada model Kia Optima K5 ini.Bertambah lagi pesaing dalam segmen D di negara kita, apabila Naza Kia telah melancarkan secara rasminya model Kia Optima K5 serba baru. Harganya ditetapkan seunit RM143,888.00, tak jauh beza jika dibandingkan dengan model keluaran syarikat lain seperti Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana dan Hyundai Sonata.


Kia Optima K5 baharu untuk pasaran Malaysia buat masa ini diimport CBU sepenuhnya, namun ada khabar yang mengatakan Naza Kia turut akan memperkenalkan model CKD. Jika pengeluaran secara CKD dijalankan di kilang Naza di Gurun, Kedah, harga Optima K5 baharu itu dijangka akan diturunkan berbanding harga yang ditawarkan sekarang.

Kereta ini menggunakan enjin Theta II bersesaran 2.0liter menghasilkan kuasa 165PS pada 6200rpm dan Tork maksimum 198Nm pada 4600rpm dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan. Tahap penggunaan petrol bagi enjin DOHC DCVVT yang dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan itu begitu menjimatkan, pada kadar 7.6 liter untuk setiap 100 km jarak perjalanan. Antara aksesori yang menarik pada model ini adalah lampu HID Xenon dengan pelaras automatik, DRL, lampu kabus, lampu pasangan belakang LED, rim alloy, cermin sisi boleh lipat automatik dan spoiler belakang bawah.

Juga ia menggunakan kemasan kulit pada bahagian dalam, roda stereng dengan pedal penukar gear dan kawalan audio, pemaduan ECO, kawalan luncuran automatik, radio dengan penukar 6 CD dan fungsi AUX untuk iPod dan hubungan USB.

Tiga warna menarik ditawarkan untuk pilihan pelanggan iaitu putih, platinum dan perak.



No comments:

Post a Comment