Pages

Thursday, January 5, 2012

PIALA SUMBANGSIH 2012 KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN



Untuk perlawanan pembuka tirai 2012 bola sepak di Malaysia, perlawanan piala Sumbangsih antara Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan diadakan pada 7 Januari 2012 bermula jam 8.45 malam.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk memindahkan venue perlawanan Piala Sumbangsih antara Juara Liga Super, Kelantan dan Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan 7 Januari depan ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Perubahan lokasi adalah kerana cuaca di Kelatan yang masih tidak menentu berdasarkan laporan dan pandangan Jabatan Kajicuaca. Keputusan ini dibuat agar Stadium Bukit Jalil dapat dipenuhi oleh kedua-dua penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan.

Tiket Perlawanan Akan Dijual Pada Hari Sabtu Bermula Jam 10 Pagi Di Kaunter Tiket Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain Itu Anda Boleh Mendapatkan Tiket Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Bermula Jam 10 Pagi Hari Khamis ( 5 Januari 2012 )
Harga Tiket Rm15 Tempat Duduk Berbumbung dan Rm30 Tempat Duduk Grandstand.

No comments:

Post a Comment